#11 : KEMUNCULAN COLLIN
Setahun sudah berlalu dan tidak terasa bahawa kehidupan mereka berdua semakin dilimpahi dengan kebahagiaan
Hari ini, buat pertama kali di dalam sejarah. Jonathan akan berkahwin dengan Aydan di gereja dan ini semua akan disaksikan oleh beberapa orang yang telah diundang oleh mereka berdua
Walaupun pada mulanya banyak yang sangat pelik dengan hubungan itu tetapi kerana sudah dibayar dengan sangat tinggi oleh Jonathan supaya mereka tutup mulut maka dengan terpaksa mereka mengikut saja
Kalau tak ikut arahan? Kemungkinan besar mereka akan mati mengejut di tangan milik Jonathan
Kehidupan mereka berdua semakin bertambah meriah apabila Aydan dan Jonathan ingin mengambil seseorang untuk dijadikan sebagai anak angkat mereka
Anak lelaki dan juga perempuan itu bersyukur kerana Aydan dan Jonathan sanggup mengambil mereka berdua menjadi anak angkat
Anak lelaki yang diberi nama Joshua Evans dan juga anak perempuan dengan nama Andrea Evans
Evans ni adalah nama keluarga moyang milik Jonathan dan sekarang nama Evans digunakan secara rasmi oleh keluarga kecil mereka
Jonathan Evans
Aydan Evans
Joshua Evans
Andrea EvansKeluarga Evans mendapat perhatian dari seluruh warga dunia setelah perkahwinan antara hubungan sejenis diadakan. Banyak yang tidak menyokong hubungan tersebut kerana beranggapan bahawa hubungan seperti itu sangat menjijikkan manakala ada sesetengah dari mereka menyokong benda itu terutamanya golongan +LGBTQ termasuk author
Berita tersebut tersebar sehinggalah seorang lelaki dengan paras rupa yang sangat kacak membaca tentang artikel tersebut. Senyuman sinis terlihat dari bibir merahnya
"Akhirnya setelah sekian lama, saya akan berjumpa dengan awak Jonathan"
Tidak lama kemudian, seorang lelaki dengan bentuk tubuh yang sasa dan sangat tinggi datang menghampiri Collin
"Kenapa dengan awak?"
"Rasanya saya dah jumpa Jonathan"
"Betulkah?"
"Ya, dan ini masanya untuk saya membalas dendam atas apa yang telah dia lakukan"
"Saya harap kamu tidak buat pilihan yang salah"
"Pilihan saya tidak salah, yang patut disalahkan ialah dia"
"Tapi kamu tidak boleh bertindak secara melulu tanpa apa-apa perancangan"
"Disebabkan dia saya tidak dapat bertemu dengan kakak saya selama berabad-abad"
"Jadi kamu ingin balas dendam dan cari dimana kakak kamu?"
"Ya, kalau tak buat apa selama ini saya beria menunggu dan mencari tentang Jonathan"
"Betul juga cakap kamu"
"Kamu nak bantu saya dalam misi kali ini?"
"Rasanya saya tidak dapat lagipun hari ini saya dapat banyak gadis yang cantik"
"Dasar miang, sudah pergi sana"
Collin menuju ke alam bumi dan sekali lagi sejarah berulang
LOVE YOU SO MUCH | THE END -5
Untuk chapter 11 sedikit pendek kerana ini adalah permulaan yang baharu di dalam hidup Jonathan dan juga Aydan
Kedatangan Collin di dunia adalah untuk membalas dendam kepada Jonathan tetapi dihalang oleh Aydan
Paras rupa cantik Aydan membuatkan Collin hampir jatuh cinta dengannya dan bahkan hampir merogol hak milik Jonathan tetapi dihentikan oleh Nek Wan
Nek Wan menggunakan seluruh tenaganya untuk menghapuskan syaitan yang ingin melakukan perkara buruk terhadap Aydan
Bagi korang tentu cerita ni tak seperfect seperti cerita orang lain tetapi author tetap berusaha untuk berikan yang terbaik
NEW STORY | COMING SOON 1ST APRIL 2024
THE WORST GUYS IN THE UNIVERSE
OVERALL ABOVE 40 CHAPTER•
•
•
•
YOU ARE READING
LOVE YOU SO MUCH | (END)
RomanceKerana tidak sengaja melanggar bahu milik lelaki sombong dan dingin, Aydan terpaksa menjadi hambanya sehingga hutangnya selesai Tanpa disedari semakin lama rasa cinta mula berputik di hati mereka berdua sehingga mereka berdua menjalin hubungan yang...