Love You So Much | ep.07

601 19 2
                                    

#07 : JATUH CINTA (PART -1)

"Bagaimana perasaan awak sekarang" ujar Jonathan sambil menyerahkan ais krim perisa vanilla kepada Aydan

Aydan mengambil ais krim yang diberikan oleh Jonathan dengan senyuman yang lebar

"Senyuman yang manis, kalau hari-hari tengok tak lama lagi rasanya saya akan kencing manis" kata hati Jonathan

"Terima kasih untuk ais krim ini, sebenarnya saya tak berapa minat dengan perisa vanilla" ujar Aydan dengan senyumannya yang manis dan mampu membuatkan Jonathan kencing manis

"Saya tak tahu pula, selalunya semua orang akan suka vanilla. Kalau awak tak suka, saya akan belikan yang lain. Awak nak perisa apa?"

"Saya nak perisa mint chocolate chip"

"Baiklah, tapi tunggu dekat sini dulu sementara saya belikan untuk awak"

Aydan mengangguk ke arah Jonathan. Tidak lama kemudian, Jonathan datang ke tempat tersebut dengan ais krim perisa mint chocolate chip tetapi Aydan tidak ada disana

"Aydan, kamu dekat mana? Keluarlah!!! Saya takkan buat benda macam tu lagi dekat kamu"

"Ha?"

Aydan sedang bermain dengan kucing jalanan warna putih dan memandang ke arah Jonathan yang sedang memanggilnya

"Apa awak buat dekat sini?"

"Kalau kita pelihara kucing ini boleh tak?"

"Saya tak berapa suka dengan haiwan, tapi memandangkan awak suka terpaksalah kita ambil"

"Terima kasih, Jo"

"Apa awak panggil saya tadi?"

"Tak ada pun"

"Lepas terima kasih tadi, awak cakap apa?"

"Saya tak cakap apa-apa pun" ujar Aydan lalu mengambil ais krim perisa mint chocolate chip di tangan Jonathan lalu berlari ke arah kereta sambil menggendong anak kucing jalanan tersebut

"Lari pun macam budak-budak, comel sangat"

"Cepatlah, Jo. Panas ni!!!" jerit Aydan kerana Jonathan masih berada di tempat yang sama

Jonathan kemudian berlari ke arah Aydan dan membukakan pintu untuknya

"Terima kasih, abang Jo"

"Saya tak suka orang panggil saya Jo selain dari Nek Wan kerana Nek Wan orang istimewa"

"Jadi saya bukan orang istimewa?"

"Awak istimewa di dalam hati, kalau awak nak awak boleh panggil saya dengan gelaran yang lebih manja"

"Macam..."

"Daddy"

"Bodoh!!! Cepat masuk, kesian anak kucing ni kelaparan"

Tanpa Jonathan sedar ternyata Aydan tersenyum. Jujur di dalam hati, Aydan sudah jatuh cinta dengan Jonathan. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk menerima hakikat tapi inilah takdir. Tiada siapa mampu mengubahnya jika sudah ditetapkan

LOVE YOU SO MUCH | (END)Where stories live. Discover now