Bab 14

674 50 92
                                    

MAK NAB berbulat hati menjual rumah pusaka Nek Bedah sebanyak seratus dua puluh ribu dan dibayar secara ansur oleh pembeli tersebut. Beg bimbit yang berisi wang pendahuluan berjumlah dua puluh ribu dipandang lama oleh Mak Nab.

Hati melonjak kegembiraan. Lepas ini tak payahlah dia susah-susah mengambil tempahan baju kurung, dan menghantar nasi lemak ke gerai Makcik Salmiah di pekan. Hidupnya sudah berubah. Dia bukan lagi si miskin yang bergantung pada mesin jahit.

Kebetulan Ubai lalu di hadapan bilik Mak Nab. Dia curi-curi pandang dari celah pintu yang tidak terkatup rapat. Bibir pucat dan mengelupas ukir segaris senyum. Mukanya tidak bermaya dan kekurangan tidur. Hidung mancung dicuit. Timbul satu perasaan ingin tahu apa akan berlaku jika dia melarikan beg bimbit itu. Ubai tepuk pipi sendiri, menyedarkan dia dari hasutan yang cuba menguasai minda.

Langkah dikorek menuju ke dapur. Tangga dituruni, peti sejuk di dekati. Mentari terik memancarkan sinar membuat tekak berasa dahaga. Beberapa ketul ais batu ditambah ke dalam air sejuk sebelum isinya diteguk penuh nikmat.






DENGAN kaki tempang sebelah. Jupi melangkah ke arah Oja sebaik Oja menuang makanan kering ke dalam mangkuk besi.

Oja mencebik. "Bukan main laju lagi kalau kau nak makan. Kaki tu... buat-buat sakit pula. Doktor dah cakap kaki kau tak apa-apa, cuma cacat sikit saja. Dalam dua tiga hari oklah tu." Oja membebel.

Jupi mengangkat kepala dan mengiau. Ekor pendek digoyang ke kiri dan kanan tanda protes.

"Eleh! Marah kat bibik, bibik tak kasi makan baru tahu."

Oja bingkas bangun meninggalkan Jupi. Niat hendak melangkah ke luar rumah terbantut ketika Nek Som menyeru nama Oja dari arah dapur.

"Ainul Afiyyah binti Ramli." Panggilan kali kedua tertuju kepada Oja.

"Ya, nek?" soal Oja dan menghampiri Nek Som.

"Sebelum hari bertukar gelap. Boleh kau tolong aku buangkan sampah? Aku tak larat nak turun tangga. Sejak kebelakangan ini lutut aku selalu sakit. Boleh kan?" pinta Nek Som.

Oja angguk laju. "Buang sampah saja, nek? Tak nak pakej urut kaki sekali?"

Nek Som mengetuk kepala Oja. Senget sebelah topi yang dia pakai.

"Eii, sempat pula kau ajak aku bergurau, kan? Kalau kau nak. Lepas sembahyang Isyak nanti kau tolong urutkan lah, Seroja Ainul." putus Nek Som.

Oja mengangguk faham. Dia menabik hormat.

"Aip-aip kapten!"

"Tak payah nak berkapten-kapten lah. Kau ingat aku ini siapa? Kau tabik hormat kat cucu aku bolehlah. Dia kapten." beritahu Nek Som. Bangga punya dua orang cucu yang dulunya berpangkat Kapten.



QAF RAYYAN yang sedang ralit memandang skrin telefon dikerling sekilas oleh Raykal yang berada ditempat duduk pemandu. Senyum tanpa bicara, gelakkan halus kedengaran di koklea sehingga timbul rasa curiga pada hati. Qaf tidak menunjukkan perubahan emosi ketika dia mendapat berita bahawa Armel membatalkan perkahwinan mereka yang akan berlangsung seminggu dari sekarang. Malah, Qaf menayang muka tenang tanpa biasan emosi. Tahu, mereka sudah dilatih untuk bertenang ketika menghadapi situasi yang menegangkan. Tetapi reaksi yang Raykal terima, sukar untuk dipercaya.

Kalau Raykal ditempatnya, boleh jadi gila dia nanti.

"Kau... tak terkejut?" Raykal membuka bicara.

Kelantangan lagu yang diputar oleh Dj Radio dikurangkan sedikit agar tidak mengganggu perbualan mereka. Bibir merah jambu yang disentuh senyum mengherot.

[ HIATUS ] 𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now