Bab 1

1.4K 83 60
                                    



DALAM keadaan berlutut. Topi loreng dibuang. Disarungkan di kepala beret berwarna hijau dan dipakaikan lanyard biru dibahu kanan. Lalu dianugerahkan pisau komando setelah mereka berjaya melepasi latihan asas dan bergelar warga baru GGK. ( Grup gerak khas )

Brigedier Jeneral Roshidi Tuah tersenyum manis ke arah Qaf Rayyan. Wajahnya menyerupai benar wajah kawan lamanya. Komander Yusuf. Yang sudah lama menamatkan perkhidmatannya sebagai komander Tentera Laut. Dia berbangga jejak langkah Tuan Yusuf diikuti oleh pasangan kembar itu.

"Tuan!"

Tegak dia berdiri dan menabik hormat. Brigedier Jeneral Tuah menepuk bahu Qaf Rayyan. Sengihnya lebar, wajahnya comot dengan Camouflage.

"Buat yang baik-baik. Jangan hampakan harapan Bapa kamu," pesannya.

Qaf angguk saja.

Di celah-celah kesibukan keluarga penuntut kursus yang sibuk menangkap gambar, berbual, dan berpelukan bersama juraian air mata. Qaf Rayyan liarkan pandangan mencari satu-satunya sahabat sejati.

Kening kiri terjongket sebelah. Dilihat Zafrul Aiman memandang ke arah keluarga penuntut yang sibuk meraikan kejayaan mereka.

Bibir senget sebelah. Tahulah dia hendak berbuat apa.

Bahu Zafrul ditepuk kuat dari belakang. Zafrul tersentak. Dia berpusing. Budak ini rupanya! Hampir terkeluar jantungnya dek terkejut beruk.

"Termenung kan apa tu? Sampai tak ingat dekat aku."

Zafrul sengih saja. "Aku tengah tunggu keluarga aku datang."

Qaf diam. Zafrul anak yatim piatu dan dijaga oleh Neneknya di kampung. Nak harapkan keluarganya datang melihat, sampai ke esok tak datang. Bila masalah menimpa mereka, baru tunjuk muka. Itu pun tebal muka minta duit dekat Zafrul. Umur yang semakin meningkat, dan keadaan tidak mengizinkan menjadi punca mengapa Nek Som tidak menghadiri majlis pentauliahan itu.

"Tak apa. Aku kan ada," Qaf senyum.

Zafrul angguk. Mujur dia punya sahabat yang memahami.

"Kau dengan Luqman apa macam? Masih tak bertegur?"

Wajah Qaf berubah serius. Sebut saja nama Luqman, hilang terus mood hendak bergambar. Jarang-jarang dia nak bergambar. Kalau bukan gambar itu simpan kenangan, manalah dia mahu.

"Sampai di situ aje kot. Tak apalah, aku tak kisah. Yang dah lalu, biarkan berlalu. Benda dah lepas jangan diungkit,"

"Yalah."

"Qaf, Rul!" Fauzan menghampiri bersama DSLR.

"Senyumlah dulu. Tak cantik muka hensem tu monyok memanjang. Hari ini kita happy. " sambung Fauzan lagi.

"Betul tu. Hari ini kau orang happy." sampuk Brigedier Jeneral Tuah.

"Tuan!"

"Tuan nak join sekali ke?" Fauzan menayangkan sengih.

"Kau orang enjoy jelah. Saya ni dah tua, dah tak ada masa nak bergambar-gambar."

Jeneral Tuah berlalu pergi dan mendekati keluarga penuntut.

"Sekali dua bolehlah aku turutkan permintaan kau orang ni. Kau pun tahu aku tak suka bergambar. Muka aku tak simetri. Kamera depan lain, kamera belakang lain." Panjang Qaf jelaskan sebab dia tak suka bergambar.

"Yalah tu. Habis tu muka hensem ni nak letak mana? Letak dekat kaki?" Zafrul membalas. Fauzan ketawa.

"Eh, kau orang ni. Minta orang lain tolong gambarkan lah! Aku pun nak join sekali."

[ HIATUS ] 𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now