Bab 20

706 46 38
                                    

KAYUHAN basikal dilajukan ketika titisan hujan mula membasahi muka bumi. Angin bertiup perlahan dan menghembus rambut panjang yang dibiar terurai. Terasa semak di pandangan. Kayuhan diberhentikan. Rambut diikat, dan disembunyikan di dalam topi hoodie kuning. Kini, hanya muka yang dipenuhi kesan lebam tertayang.

Manik-manik peluh di dahi tidak dipedulikan. Langkah kaki diatur menuju ke mini market yang terletak berhampiran kawasan sekolah.

Senyuman dilemparkan ke arah gadis penjaga kaunter sebaik dia melangkah masuk ke dalam. Senarai barang yang perlu dia beli, dibawa keluar dari dalam kocek.

Sambil menjinjing bakul. Dibaca, dan diteliti baik-baik tulisan Emak saudaranya itu. Dia bukannya reti membaca sangat. Cukup kenal huruf Abc. Itupun dia terkial-kial nak membaca.

Biskut Hup Seng, syampu Rejoice anti rambut gugur, sebungkus mi sedap goreng, dua paket minyak makan. Ok, itu sahaja yang perlu dia beli.

Dia berbaris dan menunggu giliran untuk membayar. Bila tiba gilirannya, barisan gadis itu terus dipotong oleh seorang wanita yang tiba-tiba saja muncul di hadapannya. Si gadis mengeluh. Hati mula resah memikirkan Emak saudaranya yang berada di rumah. Kalau dia lambat sampai, lima jari akan menyambut kepulangannya ke rumah.

Sticky Note dikeluarkan dari dalam kocek seluar track. Sebatang pen berdakwat merah, mula menari atas kertas. Hasil tangannya tidak pernah mengecewakan. Tulisan cakar ayam.

Kira saya punya dulu, boleh?

Sticky Note diserahkan kepada pembantu gadis cashier. Tetapi, tangan tak sampai pula.
Sudahlah wanita di hadapannya ini tidak memakai deodoran. Ketiak yang berpeluh teruk, menghasilkan bau badan menyengat hingga ke lubang hidung. Bau belacan bercampur ikan kering.

Si gadis menahan nafas dalam-dalam. Tangan yang diangkat tinggi, masih setia menghulur Sticky Note bertulisan cakar ayam.

Tak sampai beberapa saat, nota kuning berubah tangan. Zafrul mengambil nota bertulis itu dan menyerahkan kepada gadis penjaga kaunter.

"Kira sekali." ujar Zafrul.

Gadis berhoodie kuning menggeleng rakus. Tangannya bergerak-gerak di udara melakukan bahasa isyarat. Bila Zafrul toleh ke kiri, dia hadiahkan senyuman tipis di bibir. Si gadis tepuk dahi.

Dia lupa, tidak semua orang memahami isyarat tangan. Nota kuning diserahkan kepada Zafrul.

Zafrul ambil dan baca dengan kening berkerut di dahi.

Tak apa. Aku boleh bayar sendiri.

Zafrul angkat kepala. Biar betul gadis secantik ini tidak dapat bercakap?

"No, it's ok. Aku tak kisah pun."

Lagi. Gelengan diterima. Si gadis menolak sekerasnya.

Zafrul angguk faham. Bibir senget sebelah.

"Tak padan dengan muka."

Membulat terus matanya. Ada apa dengan mukanya? Tahulah muka cantik dan bersih seperti puteri salju itu selalu menerima tamparan kasih sayang dari Emak saudara. Tetapi, janganlah cakap terus terang padanya.

Aku kata aku boleh bayar sendiri.

"Kalau itu yang kau mahu." Zafrul malas mahu berbalah. Tubuh dipusingkan semula ke kaunter. Beberapa keping duit dikeluarkan dari dalam dompet dan dihulur kepada cashier.

"Kirakan sekali dengan budak tu." Sempat dia mengerling ke arah gadis berhoodie kuning yang terlihat pasrah dengan tindakan Zafrul.

Tak fasal-fasal dia berhutang dengan stranger. Andai kata dia minta bayar, dia ok saja selagi berduit. Cuba bayangkan dia minta ketika dompetnya sudah kering. Nak minta dekat Mak Linda, penampar sulung yang diberi. Minta duit buat beli ubat pun dia berkira. Apatah lagi nak minta duit buat bayar hutang.

[ HIATUS ] 𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now