SD | 01

34 6 3
                                    

┌──── ∘°❉°∘ ────┐
SELAMANYA DIA
└──── °∘❉∘° ────┘

Related song:
Kisah sempurna by Mahalini.

7 tahun yang lalu.

"Hanan"

"Ye"

"Ada orang minta num kau, kau nak bagi ke?" Terhenti tangan Hanan yang tadinya ralit menyelesaikan latihan matriks yang sudah menjadi chapter kegemarannya dalam subjek matematik. Kepala didongakkan untuk melihat empunya suara. Baheera rupanya.

"Siapa yang minta?" Hairan, siapa pula yang minta nombor telefonnya. Tiba-tiba pula tu.

"Lelaki dekat depan makmal tu" Jelas Baheera.

"Oh" jelas Hanan tidak berminat untuk merespon. "Tak yah bagi lah."

"Okay then." balas Baheera sambil mengangkat kedua bahunya tanda tidak kisah. Lantas Beheera meninggalkan Hanan dan menuju ke arah seseorang.

"Dia tak mau bagi, sekian terima kasih." tanpa menunggu respon dari seseorang itu, Baheera terus meninggalkannya.

"Hish buang masa aku je" gumam Baheera perlahan. Bahera memegang jawatan ketua pengawas sekolah dan sedang ditugaskan untuk menjaga kelas yang tiada guru. Seseorang itu jelas sudah menganggu waktu bertugas Beheera.

✧・゚: *✧・゚:*

Hanan bergegas ke pintu belakang untuk menghalang uncle Rezza daripada mengambil beg sekolahnya. "Eh uncle, Hanan boleh buat sendiri lah. Susah-susah je." pantas Hanan mengambil beg sekolahnya dari tangan uncle Rezza.

"Mana ada susah, memang dah tugas uncle."

"Ish setakat ambil beg sekolah, apa lah sangat. Hanan dah besar panjang dah ni. Boleh ambil seg sendiri." Hanan tidak mahu menyusahkan uncle Rezza.

Bibir uncle Rezza merekah, mengukir senyuman Melihat gelagat Hanan yang sungguh baik persis arwah isterinya. "susah nak cari anak muda macam kamu ni Hanan, lagi-lagi zaman sekarang ni."

Ternaik bibir Hanan menguntum senyuman dek kerana pujian dari salah seorang pembantu ayahnya yang kini ditugaskan untuk menghantarnya ke sekolah setiap hari. "Cehh uncle ni, ada-ada aje lah."

✧・゚: *✧・゚:*

"Hanan!" laung Fasya dengan penuh teruja dari jauh seraya melambai tangannya kiri ke kanan setelah melihat Hanan yang sedang berjalan membelakanginya.

"Aduh!" muka Hanan tersembam pada beg seseorang dek kerana tindakannya yang tiba-tiba pusing ke balakang. Ini semua salah Fasya!

"S..sorry, tak sengaja" tertunduk Hanan sambil membetulkan tudungnya.

"Are you okay?" suara garau yang sangat asing bagi ku. Ish mesti abang senior ni! "I'm okay, sorry bang." pantas sahaja Hanan membuka langkah meninggalkan lelaki itu. Malu weyh!

Anak mata lelaki itu tidak dapat mengalihkan pandangan malah setia menemani langkah Hanan sehingga pemilik hatinya itu sirna dari padangannya. "Comel." Gumam Arfan perlahan.

✧・゚: *✧・゚:*

"HAHAHAH macam mana lah kau boleh terlanggar dia?" Senak perut Ruby dek kerana teringat peristiwa pagi tadi. "Ish pagi pagi lagi aku dah malu. Memalukan betul!" gumam Hanan perlahan.

SELAMANYA DIA - [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now