SD | 05

9 1 0
                                    

Arfan's POV :

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arfan's POV :

3 bulan selepas berjumpa dengan Hanan.

Sayup-sayup kedengaran azan berkumandang menunjukkan sudah pun masuk waktu subuh.

Semalam aku cuba untuk pergi ke Masjid Sri Sendayan. Dengar cerita ada majlis ilmu yang dianjurkan oleh pihak masjid dan salah seorang penceramah yang di jemput ialah Ustaz Azhar Idrus.

Dia mesti datang.

Tapi apabila aku tiba, tidak banyak kereta yang ada. Malah boleh di kira pakai jari.

Berkerut dahi aku dibuatnya. “Eh aku sampai lewat sangat ke?” Gumam Arfan perlahan seraya membuang pandangan ke arah pintu utama masjid. Ke aku salah tengok masa? Setahu aku majlis ilmu itu hari ni. Hari khamis. Malam jumaat lah katakan.

Tangan di bawa masuk ke dalam kocek seluar. Telefon canggih yang di beli tiga bulan lalu dengan niat hanya untuk matching dengan telefon si cinta hati, di bawa keluar dari kocek.

Ya! Aku beli phone ni sebab nak matching dengan dia je. Butang on ditekan, gambar si cinta hati dahulu menghiasi pandangan.

Tiada siapa tahu akan perasaan ini, hanya aku dan Allah saja yang tahu.

Tangan mula menari di atas layar telefon. Aplikasi galeri di buka untuk mencari hasil screenshoot poster majlis ilmu.

“Ya allah, rasa macam nak hantuk je kepala ni dekat stereng kereta! Ini khamis minggu depan la Arfan! Bukan khamis ni.” Arfan meraup muka dengan kasar.

Patut lah tak banyak kereta malam ni. Keluhan berat diluah. Apa nak jadi lah dengan aku ni.

“Hish, tak dapat lah aku nak tengok muka si cantik pemilik hati ni.” Gumam Arfan perlahan sambil membawa tangan ke dada.

Untuk pengetahuan awak semua, si cinta hati saya selalu pergi masjid ni. Tak kisah lah bila sekalipun. Kadang-kadang solat fardhu pun dia buat dekat masjid ni. Apatah lagi kalau ada majlis ilmu atau ceramah. Kompem boleh nampak dia punya lah! Terubatlah sikit rindu tu.

Hish! Gatal betul si Arfan ni.

Eh cop cop. Aku bukan stalker okay. Cuma selama sebulan ni baba aku ada projek dekat area area sini. Baba pula selalu minta tolong aku. That's why aku selalu solat sini. Lagi selesa.

Allah-hu akbar, Allah-hu Akbar,
Laa ila ha illallah.

"Astagfirullah al adzim." Pantas Arfan membawa diri ke dalam masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama yang lain. Bukan selalu dapat solat subuh berjemaah dekat masjid macam ni.

✧・゚: *✧・゚:*

Sujud terakhir Arfan di akhiri dengan doa...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 15 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SELAMANYA DIA - [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now