2024
Fasya akhirnya membuka bicara sambil matanya meliar melihat skrin telefon canggih kawan baiknya itu. “Reject lagi?” Kalau tidak salah, ini sudah calon ke-20 Hanan reject sedari tadi.
“Bukan taste aku lah.” Rungut Hanan sambil tangannya ralit menekan sesuatu du telefon canggihnya.
Ya, aku diminta untuk date dengan muda teruna pilihan Fasya. Kadang hairan juga, betulkah Fasya ni kawan aku. Calon yang dia bagi semua bukan selera aku.
Nak buat macam mana, orang tak minat yang muda-muda ni. Orang minat abe Taufiq dengan abe Haydar. Eh gatal! Abe Dheo lagilah!
“Bukan taste aku lah.” Spontan Fasya mengulang ayat Hanan, mengejek rakan baiknya itu seraya mengangkat bebola matanya ke atas.
Menyampah!
Memilih betul kawan aku seorang ni. Banyak betul masalah dia. Yang ini tua sangat lah, yang itu tinggi sangat lah yang lagi seorang itu pula muda sangat. Biasalah Perempuan.
“Cantik tapi sayang, b.u.t.a. Buta!” Sengaja perkataan buta itu dieja satu-satu dan ditekan oleh Fasya untuk memerli Hanan.
“Handsome plus kaya macam tu pun kau reject? Tak faham aku.” Tapi apa yang kita boleh lakukan? Hati dan perasaan manusia ini mana boleh dipaksa. Kan?
“Mana kau tahu dia kaya?” Cantas Hanan.
“Eh setakat tengok gambar dia tu, budak lima tahun pun tahu lah dia kaya!” Balas Fasya dengan nada yang jelas menyampah! Apa yang lurus sangat kawan aku ni haih.
Americano yang di pesan sedari tadi di teguk rakus oleh Fasya. Bercakap dengan Hanan ni memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Innocent betul!
Namun…
Fasya tahu, Hanan bukan tidak suka pada kaum adam, jauh sekali kaum hawa. Tetapi sudah ada seorang jejeka pujaan hati Hanan yang sudahpun mengisi ruang hatinya yang kecil itu. Malah, sejak tujuh tahun yang lepas lagi. Walau Hanan tidak pernah mengakuinya, tapi naluri seorang kawan baik yang lagi bijaksana macam aku ni, seratus persen sure yang si Hanan ni masih suka seseorang tu.
“Kalau macam tu, kau aje lah date dengan dia.” Bidas Hanan.
Uhuk! Terus tersedar Fasya dari lamunannya tadi. Perit anak tekak rasanya. Tersedak dek cadangan rakan baiknya itu. Americano ni masih panas tahu tak?!
“Ish! Aku pula yang kena. Ibu suruh kau, bukan aku. Kau pun tahu kan yang aku ni tunang orang.” Balas Fasya seraya mengangkat jari manis kirinya yang jelas tersarung sebuah cincin dihiasi batu permata kecil yang tersusun sebaris. Simbolik kepada cincin pertunangan.
YOU ARE READING
SELAMANYA DIA - [SLOW UPDATE]
Romance{ON-GOING} Nama aku Hanan Sycaniena binti Rahman. Tahun ni umur aku genap 24 tahun. Tak percaya rasanya bila diri ini sudah di kepala dua. Fikiran bercelaru ingin mulai dari mana. Sebagai satu-satunya cahaya mata ibu dan ayah, aku dibebankan denga...