Bab 4

42 0 0
                                    


"KAU nak bercerai?"
Melani mengangguk lemah. Wajah Nana, sahabat baiknya itu dia pandang tepat. Pada Nanalah dia mengadu nasib malangnya dek pengkhianatan yang telah Syahril lakukan. Air mata yang sempat kering, kembali membasahi pipinya.

"Takkan sampai nak bercerai, Mel?"

"Maksud kau aku kena redalah bila Syahril duakan aku? Aku juga kena terima dengan sabar hidup berpoligami, macam tu ke?" suara Melani sedikit tinggi. Jadi geram dengan Nana yang seolah tak faham dengan keadaannya.
Nana diam.

"Cuba bayangkan kalau kau ada yang ada kat tempat aku. Kau boleh terima kau bila Haikal kahwin lain? Kau sanggup hidup bermadu?"
Laju saja Nana menggeleng. Minta dijauhkan! Benar, tak akan ada perempuan yang bergelar isteri sanggup hidup bermadu. Dia jadi faham perasaan sahabat baiknya itu.

"Syahril setuju nak berpisah?"
Melani menggeleng.

"Dia tak nak ceraikan aku." Keluhnya perlahan. "Tapi aku juga tak nak hidup dengan dia lagi, Na. Aku tak tak boleh terima perbuatan Syahril, Na. Dia dah tipu aku." Melani sebak. Kelopak matanya kembali bergenang dengan air mata jernih. Sakit sungguh hatinya setiap kali mengenang penipuan suaminya itu.

"Hati aku hancur bila dapat tahu suami yang paling aku percaya diam-diam tipu aku. Setahun aku kena tipu hidup-hidup dengan dia, Na. Bodoh kan aku? Sikit pun aku langsung tak rasa curiga dengan sikap dia yang berubah. Aku selalu percaya bila dia beritahu aku nak outstation. Sebab aku memang bagi sepenuhnya kepercayaan aku kat dia. Tapi tengoklah apa yang dia dah buat kat belakang aku. Dia khianati aku, Na." Melani menangis lagi. Tuhan sajalah yang tahu rasa sakit dalam hatinya saat ini. Dia sedaya upaya cuba untuk tabah. Tapi dia hanya manusia biasa yang kadang kala lemah dengan ujian.

Nana memeluk tubuh sahabat baiknya itu. Cuba memberikan sedikit kekuatan. Sebagai sama-sama perempuan, dia faham perasaan yang Melani alami sekarang ini. Walau dia tak tahu seteruk apa rasa sakit itu.

"Aku faham. Kau ada aku kalau nak perlukan pertolongan." Ikhlas suara Nana. Dia bersahabat dengan Melani sejak zaman sekolah lagi. Kebetulan mereka berdua memang berjiran. Sehingga mereka masuk ke universiti, menikah dan sama-sama mempunyai anak persahabatan mereka berdua tetap utuh.
Melani tempat dia meluahkan segala rasa susah dan senangnya. Begitu juga dengan Melani. Dia akan selalu ada untuk sahabat baiknya itu pada saat bahagia dan sedihnya.

Melani kesat air matanya. Dia pandang Nana.
"Terima kasih, Na. Kaulah sahabat terbaik aku. Terus terang, aku tak okay. Tapi aku perlu kuat, kan?" nafas dia tarik dalam- dalam. "Selepas ni aku nak pergi mahkamah untuk buat permohonan cerai. Tak ada siapa yang nak pernikahan mereka berakhir dengan penceraian, tapi inilah jalan yang terbaik buat aku buat masa ni. Aku tak nak hidup bermadu. Aku juga tak nak hidup dengan lelaki yang dah tipu aku, Na."
Melani diam sebentar. Mengesat sisa air mata yang masih tak berhenti mengalir.

"Tapi yang jadi masalah sekarang ni, Syahril tak nak ceraikan aku. Aku malas nak jumpa dia, Na. Bila ajak berbincang hujung- hujungnya dia salahkan aku sebab tak boleh terima isteri mudanya tu. Huh!" Melani mendengus marah. Hatinya masih sakit dengan kata-kata suaminya yang menuduh dirinya bukan-bukan.

"Dia tuduh aku yang nak hancurkan pernikahan kami."

"Gila ke apa Syahril tu? Dia kut yang salah, dahlah kahwin senyap-senyap lepas tu tipu kau setahun. Boleh pulak dia nak salahkah kauu! Eh, memang jantan tak guna betullah!" Geram pulak hati Nana. Kalau dia yang jadi Melani, memang mati agaknya Syahril dia kerjakan. Dia bukan macam Melani yang masih nak berlembut walau hatinya disakiti. Terbayang wajah Syahril, marahnya meluap-luap. Huh!

"Kalau macam tu kau upah lawyer, biar dia yang tolong uruskan semuanya. Kau tak perlu dah jumpa atau nak berbincang dengan jantan tak guna tu lagi." Nana bagi cadangan.
Melani diam. Berfikir.
"Aku boleh kenalkan kau dengan bapa saudara Haikal, dia tu peguam syarie. Orangnya baik, dia juga berpengalaman nak urus kes-kes macam kau ni. Kau tak perlu lagi nak penat-penat pergi balik mahkamah. Semua peguam kau yang akan setllekan. Amacam?"
Melani masih diam. Memandang sahabat baiknya itu. Lambat-lambat dia pun mengangguk setuju. Dia memang malas nak bertemu dengan Syahril lagi.

SEHARUSNYA AKUWhere stories live. Discover now