Bab 5

39 1 0
                                    

MELANI melirik jam di pergelangan tangan kanannya. Alamak, dia dah lambat! Hari ini dia ada janji mahu bertemu dengan Adam, peguam syarie yang akan menolong dirinya untuk mengurus penceraiannya bersama Syahril. Tapi dia sudah lambat hampir satu jam. Semua gara-gara dia perlu menghadap ketuanya. Entah kenapa tiba-tiba saja bosnya itu mengadakan miting tergempar pulak. Huh!
Melani menarik nafas dalam-dalam. Kemudian dia melangkah masuk ke dalam bangunan pejabat sesuai dengan alamat yang berada dalam kartu milik Adam yang Nana berikan.

"Assalamualaikum." Melani lembut memberikan salam pada gadis cantik yang sedang berdiri menyambutnya.

"Saya ada janji nak bertemu dengan Encik Adam."

"Puan Melani, ya?"

Melani mengangguk.

"Encik Adam ada beritahu saya tadi. Puan boleh terus masuk ke dalam bilik encik Adam kat hujung sana tu."

Melani mengangguk. Selepas mengucapkan terima kasih dan menghulur sebuah senyuman manis, Melani segera menuju arah bilik yang di maksudkan itu. Di hadapan pintu bilik tertera nama Adam Zahri. Sekali lagi Melani menarik nafas sebelum dia mengetuk pintu itu perlahan. Sebaik saja mendengar suara arahan meminta dirinya masuk, dengan tenang dia melangkah masuk.
Pada saat itulah, matanya bertemu pandang dengan sepasang mata redup milik seorang lelaki yang duduk di meja kerjanya.
Tak tahu kenapa, perasaan Melani sedikit berdebar dengan renungan mata milik lelaki itu. Dia perlu menarik nafas berkali-kali untuk tenangkan hatinya yang riuh dengan bunyi debaran hatinya.
Ini ke bapa saudara Haikal? Mudanya.

"Umur berapa bapa saudara Haikal tu?" soalan yang dia pernah tanyakan pada Nana saat sahabat baiknya itu menghulurkan kad nama milik Adam.

"Rasanya dalam 55 kut."

Melani mengerutkan dahi. Tapi lelaki yang sedang berada di hadapannya sekarang ini, masih muda. Sangat muda. Sekilas tengok, dia boleh agak lelaki ini lebih muda darinya. Mungkin masih awal 30-an.

"Encik Adam?"

Dia tersentak. Seolah baru dikejutkan dari mimpi yang panjang. Dia pandang seraut wajah cantik di hadapannya itu. Hati lelakinya terpegun sejenak. Cantik sungguh ciptaan Allah. Dia bergumam dalam hati.
Wajahnya tak jemu dipandang. Hidung sederhana mancung. Sepasang mata yang bulat tapi memikat serta bibir yang mengukir senyum itu, buat dia terpesona. Suaranya juga lembut dan terdengar merdu di telinga.

"Encik Adam?"

"Ya?"

Dia segera mengusir segala bayangan yang berada dalam fikirannya. Dia cuba untuk fokus.

"Saya Melani..."

Melani memperkenalkan diri. "Ya, sila duduk."
Mata bertentangan seketika sebelum Melani mengalihkan pada tempat lain. Dia duduk di kerusi tepat hadapan lelaki ini. Dia tak selesa dengan cara lelaki ini memandangnya. Perasaanya jadi berdebar- debar. Dia jadi resah sendiri.

"So, apa yang boleh saya bantu?" dia menyoal. Berlagak tenang, walau jiwa lelakinya sedang kacau dengan kehadiran wanita ini. Matanya juga tak lepas memandang seraut wajah cantik itu.
Melani tarik nafas, lepas nafas. Dia perlukan masa beberapa minit untuk menjawab soalan itu.

"Saya nak minta bantuan encik Adam." Melani mulakan bicara. "Saya nak berpisah dengan suami saya."

"Kalau boleh tahu sebab apa puan nak berpisah dengan suami?"

Melani menghela nafas panjang. Terasa berat mahu bercerita.

"Dia kahwin lain tanpa pengetahuan saya. Dan, saya tak mahu hidup bermadu. Sebab tu saya mahu berpisah, cuma masalahnya suami tak nak ceraikan saya."

SEHARUSNYA AKUWhere stories live. Discover now