Bab 6

69 0 0
                                    


"Boleh mama tanya?" lembut suara Melani ajukan soalan. Dia memandang si anak yang sedang berselera menikmati ayam KFC. Sebaik saja keluar dari perkarangan sekolah tiba-tiba Rayyan mengadu lapar dan mengajaknya berhenti makan di restoran segera itu.
Ikutkan hati, dia mahu pulang saja. Tapi melihat wajah mendung si anak dia tak ada pilihan selain menurut saja. Mungkin sebab sudah masuk waktu makan tengah hari, keadaan restoran agak sedikit riuh dengan pelanggan. Pun begitu tak menganggu Melani untuk berbual secara peribadi dengan anak lelakinya itu.

"Tanyalah." Rayyan bersikap acuh tak acuh.

"Kenapa Rayyan gaduh dengan kawan tadi?"
Masih lembut inotasi suara Melani. Memandang wajah si anak tepat. Ramai orang berkata, wajah anak lelakinya itu seiras dengan dirinya dan dia memang tak pernah menafikan. Lebih lagi apabila Rayyan senyum, dia seolah sedang bercermin saja.

"Saja." Rayyan masih bersikap acuh tak acuh.
Melani mengeluh.

"Takkan saja-saja kut? Mesti ada sebab. Cikgu Rayyan tadi beritahu mama, katanya ada kawan yang ejek Rayyan. Betul ke? Mereka cakap apa? Jujur dengan mama, Rayyan." Nada Melani lembut tapi terdengar sangat tegas di telinga Rayyan.

Rayyan pandang tepat wajah mamanya itu. Wajah mama nampak agak tertekan. Dia juga sudah lama tak melihat wajah mama tersenyum. Dia tahu, mama sedang menyimpan masalah. Dan, semuanya sebab papa.

Dia sudah mendengar pergaduhan besar antara mama dan papa beberapa minggu yang lepas. Dia juga tahu mama dan papa akan berpisah, dia sudah tahu semuanya.

Dia sedih. Hatinya terluka. Dia mahukan keluarga sempurna seperti dulu. Dia mahu kehidupan yang bahagia macam dulu. Bukan seperti sekarang. Papa juga sudah lama tak pulang. Hatinya mahu memberontak. Tapi, tak guna. Mama dan papa takkan mendengar. Orang dewasa selalunya ego dan pentingkan diri mereka sendiri.

Mereka selalu bertindak mengikut perasaan tanpa pernah memikirkan emosi seoang anak. Dia benci dengan mama dan juga papa.

"Mama tak perlu ambik tahu masalah Rayyan. Baik mama selesaikan masalah mama sendiri." Rayyan merengus kasar.
"Rayyan kenapa cakap macam ni dengan mama?" Melani agak terkejut dengan tindak balas anaknya itu. Selama ini Rayyan anak yang selalu patuh. Tak pernah melawan kata. Tutur katanya juga lembut. Wajah Rayyan dipandang dengan rasa tak percaya.

"Mama cuma nak tahu masalah Rayyan. Mana tahu mama boleh tolong." Melani masih berlembut. Dia memujuk.

"Mama takkan boleh tolong selesaikan masalah Rayyan."

"Macam mana Rayyan tahu mama tak boleh tolong selesaikan masalah Rayyan sedangkan mama sendiri tak tahu apa masalah tu."
Rayyan mendengus kasar.

"Mama nak tahu apa masalah Rayyan tu?"
Melani mengangguk.

"Rayyan tak nak mama dan papa berpisah. Rayyan nak kehidupan Rayyan macam dulu lagi. Ada mama dan papa. Kita hidup bahagia macam dulu." mata Rayyan sudah mula berkaca-kaca.
Melani terkedu.

"Mama boleh tolong selesaikan masalah Rayyan ni?" Rayyan pandang mama dengan riak wajah yang simpan kemarahan. Dia marah dengan apa yang berlaku dalam hidupnya sejak kebelakangan ini. Dia tertekan. Dia juga benci. Dia tak mahu orang tuanya itu berpisah, tapi takkan ada siapa yang mahu mendengar luahan isi hatinya.
Dia rasa bersendirian.

Melani terdiam. Perasaanya bercampur baur. Dia juga seperti kehilangan kata-kata. Dia mengamati wajah Rayyan. Dia melihat ada banyak kesedihan pada wajah itu. Kesedihan yang Rayyan sedang sembunyikan dari dirinya, perasaan bersalah mula bersarang di hati Melani.
Sebagai seorang ibu, impiannya tak banyak. Hanya mahu melihat anaknya itu hidup bahagia. Tapi nampaknya dia sudah menjadi ibu yang gagal kerana telah merampas kebahagiaan sang anak.

SEHARUSNYA AKUWhere stories live. Discover now