Dalam perjalanan pulang ke rumah, Afeeq berhenti dihadapan 7 Eleven untuk membeli makanan ringan dibawa pulang kerumah setelah dia makan tengahari bersama Eidatul.
Sewaktu dia melangkah masuk kedalam kedai itu, dia tidak menyedari ada yang sedang mengekorinya.
Roti dan air dutch lady coklat diggapai sebelum diletakkan diatas kaunter bayaran. Belum sempat dia ingin membayar makanan itu, terdengar satu bunyi seperti tembakkan tanpa henti diluar kedai itu.
Wajah serius Afeeq membuatkan dirinya ingin lihat apa yang sedang berlaku. Dengan pantas dia berlari menuju keluar dengan gopoh gapah.
"Bang!"
"Bang!"
Bunyi tembakkan tanpa henti dan menyebabkan ada beberapa orang yang sudah terpelanting maut diatas jalan tar itu. Sungguh terkejut dirinya melihat beberapa orang berpakaian seperti perompak tetapi bersenjata.
"Ya Allah! Apa yang berlaku sebenarnya ni?" Soal Afeeq cemas. Dengan pantas dia mengambil telefon didalam jaketnya dan mendail nombor Syaakir.
Belum sempat dia ingin mendail nombor Syaakir, salah seorang lelaki itu datang kearah Afeeq dan mengacukan senjata daripada belakang dan hadapan tetapi Afeeq tetap tenang dan anak matanya tetap tajam.
"Siapa kau?" Tanya Afeeq dengan suara garau. Lelaki itu masih mengacukan senjata nya.
"Kau jangan banyak soal. Masuk kedalam sana!" Afeeq hanya menurut arahan lelaki itu sambil mengangkat kedua-dua belah tangan tetapi dengan pantasnya dia menendang lelaki itu sehingga terpelanting kejalan tar.
"Hiyaaa!" Tendangan padu daripada Afeeq membuatkan lelaki itu melepaskan tembakkan kearahnya tetapi dia sempat mengelak daripada terkena tembakkan itu.
"Bang!" Tembakkan dilepaskan oleh lelaki itu kearah Afeeq.
Syaakir bersama-sama Fierhan dan Arief dalam perjalanan pulang ke batalion tetapi kelihatan suasana huru-hara diatas jalan itu membuatkan kereta milik Syaakir terhenti seketika dan melihat apa yang sedang berlaku.
Anak mata Fierhan terpandang kearah kedai 7 eleven dan ternyata dia ternampak pegawainya sedang bertempur dengan salah seorang lelaki disitu. Membulat matanya melihat suasana itu.
"Eh! Bukan itu Tuan Afeeq kah?" Tanya Fierhan cemas.
"Eh! Haahlah Fierhan! Apa yang berlaku sebenarnya ni?"
"Jom Tuan! Tuan Afeeq dalam bahaya itu."
Mereka bertiga turut keluar daripada kereta dan turut melawan dan menghapuskan beberapa lelaki yang membuat kekecohan disitu. Kelihatan Afeeq sedang berlawan dengan lelaki itu.
"Jangan bergerak! Polis!"
"Bang!" Lelaki yang lain melepaskan tembakkan kearah mereka bertiga dan sempat mengelak.
"Uinaaa! Melawan ya mereka! Biarkan saya jak ya balas."
"Jangan! Fierhan."
Dengan kedegilan Fierhan, dia cuba melepaskan tembakkan kearah lelaki itu tapi lelaki itu melepaskan tembakkan kearah Fierhan sehingga peluru itu tertusuk kedalam dada Fierhan.
"Allahuakbar!" Jerit Fierhan setelah dadanya ditembusi peluru. Dia terbaring diatas jalan tar itu.
"Fierhan!!! Arief, awak cover saya." Tegas saja suara Syaakir mengarahkan Arief untuk mengawalkan keadaannya.
"Bang!" Tembakkan daripada Syaakir kearag lelaki itu membuatkan lelaki itu sudah terhumban jatuh tidak bernyawa.
Afeeq juga melepaskan tembakkan kearah lelaki yang bergelut dengan dirinya dan kini sudah terhumban jatuh dan mati.
YOU ARE READING
He's Mine MR PGA (Inspektor Afeeq Ilham)
Action!! Before nak baca story ni, sila baca He's Mine MR PGA yang first tu dulu!! Inspektor Afeeq Ilham(Insp PGA) & Eidatul Hayna (Cikgu Sekolah) He's Mine MR PGA ( Mr Redflag & Mrs Shying) adalah kisah dimana Inspektor Afeeq Ilham mempertahankan nama...