Dalam fokus menyiapkan kerja yang banyak tidak pernah habis, Afeeq dengan segera menyiapkan kerjanya didalam bilik seorang diri. Anggota yang lalu lalang diluar bilik kerjanya tidak dipandang sedikit pun kerana matanya hanya fokus kearah kertas kerja diatas mejanya.
Tiba-tiba fikirannya teringat satu tragedi dimana dia terlibat didalam operasi besar untuk membanteraskan kumpulan militan dan menyelamatkan Azreel Huq yang menjadi mangsa tembusan beberapa bulan lalu. Kepalanya dipicit dan kerjanya dihentikan seketika.
Beberapa minit kemudian, pintu bilik kerjanya dibuka oleh seorang anggota lelaki yang berkulit putih dan melangkah masuk. Afeeq memandang sekilas kearah anggota itu.
"Assalamualaikum Tuan!" Sapa Fierhan dengan memberi salam kepada pegawainya.
"Waalaikumusalam! Ada apa ni Fierhan!" Soal Afeeq Ilham dengan penuh ketegasan.
" Pegawai atasan nak jumpa tuan!" Balas Fierhan tegas. Dengan pantas Afeeq bangun daripada kerusinya dan melangkah kearah pintu keluar daripada bilik kerjanya dan diiringi Fierhan dibelakang.
** Di bilik pegawai atasan**
Afeeq berdiri tegak menghadap pegawainya yang sedang duduk dengan reaksi wajah yang kosong.
"Awak tahu tak kenapa saya panggil awak kesini Inspektor Afeeq?" Soal pegawainya kepada Afeeq.
"Kenapa tuan? Saya ada buat silap ke? Saya rasa tak ada apa-apa operasi besar lagi setakat ini."
Pegawai atasnya hanya tersenyum dan ingin menggelakkan dengan jawapan daripada Afeeq. Begitu berdebar jantungnya apabila soalan daripada pegawai atasannya diajukan kepada dirinya.
"Sabar Inspektor Afeeq! Awak tak ada buat apa-apa salah. Saya panggil awak kesini ada hal penting saya nak bercakap dengan awak."
" Apa dia tuan? Macam serius je!" Sapa Afeeq dengan rasa kehairanan. Apa motif disebaliknya.
"Saya panggil awak kesini, saya nak perkenalkan seorang pegawai baru yang sama pangkat dengan awak."
"What? Pegawai baru?"
"Ya! Dia PGA daripada Johor."
"Dimana dia sekarang tuan?" Tiba-tiba dia terdengar satu ketukkan pintu bilik pegawai atasan itu dan dia memandang dengan pantas kearah pintu itu. Sekujur tubuh yang tinggi dan tegap dan segak beruniform PGA. Afeeq dengan wajah hairan dan didalam hatinya hanya pasrah apabila hadirnya pegawai baru didalam pasukannya.
" Masuk!"
"Assalamualaikum Tuan!" Sapa pegawai baru itu dengan memberi salam. Dia melangkah kearah meja pegawai itu dengan penuh tegap. Afeeq hanya memandang kearah wajah pegawai baru itu dengan riak wajah yang kosong tetapi didalam hatinya siapa yang tahu.
"Waalaikumusalam. Selamat Datang Inspektor Syaakir Erwan. Kenalkan ini Inspektor Afeeq Ilham. Antara pegawai terbaik dan terpantas didalam pasukan PGA disini."
"Apa Khabar Inspektor Afeeq?"
"Khabar baik!" Perlahan saja Afeeq menjawab pertanyaan khabar daripada pegawai baru itu. Dirinya seakan masih belum untuk menerima kehadiran pegawai baru itu.
"Saya harap awak dapat jalankan tanggungjawab awak sebagai pegawai yang terbaik dan berkerjasama apabila didalam tugasan."
"Saya faham tuan!"
Fierhan dan Arief sedang rancak berborak sambil menyiapkan kerja dan suara yang riuh didalam batalion itu tidak dihiraukan.Beberapa minit selepas itu, pintu bilik pegawai atasan mereka dibuka dan mereka berdua memandang kearah dua pegawai yang baru saja melangkah keluar daripada bilik itu.
YOU ARE READING
He's Mine MR PGA (Inspektor Afeeq Ilham)
حركة (أكشن)!! Before nak baca story ni, sila baca He's Mine MR PGA yang first tu dulu!! Inspektor Afeeq Ilham(Insp PGA) & Eidatul Hayna (Cikgu Sekolah) He's Mine MR PGA ( Mr Redflag & Mrs Shying) adalah kisah dimana Inspektor Afeeq Ilham mempertahankan nama...