🔥 BAB 3🔥

37 1 0
                                    

Gadis yang cantik manis dan berhijab itu adalah Zahra Afisya. Seorang jururawat yang menjaga wad bayi disebuah hospital.

Pada malam itu, Zahra begitu sibuk menjaga wad bayi yang baru dilahirkan pada malam itu. Tangisan bayi kedengaran seluruh ruang wad itu.

Ketika waktu bertugas Zahra telah tamat, dia melangkah keluar daripada wad itu dan menyerahkan tugasnya kepada jururawat yang lain dan yang baru masuk bertugas.

"Kau dah habis bertugas?" Tanya salah seorang jururawat yang berada disitu.

"Iya! Aku kena balik sekarang. Nanti mama aku risau."

"Kenapa mama kau mau risau? Kan kau jururawat. Kerja seperti kita tidak ada erti cuti bah."

"Biasalah mama aku. Ndak tahu bagaimana jika aku kahwin nanti." Sapa Zahra tenang.

Jururawat itu hanya mengangguk faham.

"Aku pulang dulu. Jaga bayi-bayi ini."

"Hati-hati!"

Dia melangkah keluar daripada wad itu dengan membimbit beg tangannya untuk meninggalkan kawasan wad itu. Sewaktu dia berjalan disekitar wad itu, dia terpandang kearah salah seorang jejaka yang masih berpakaian uniform polis yang baru saja keluar daripada wad privasi itu.

Membulat matanya apabila melihat jejaka itu, rupanya jejaka itu yang terlanggar bahu dengannya.

"Alamak! Dia lagi. Baik aku pergi cepat-cepat." Sapa Zahra cemas. Kakinya dengan pantas menuju kearah lif itu untuk turun ke tingkat bawah.

Syaakir memandang kearah gadis yang beruniform jururawat itu tanpa berkedip matanya. Afeeq dengan wajah hairan memandang kearah Syaakir seperti orang yang tidak tentu arah. Mereka berdua baru sahaja datang melawat Fierhan yang masih ditahan didalam wad.

"Oii! Apa yang kau pandang-pandang tu?" Soal Afeeq kearah Syaakir. Tersentak bahu Syaakir apabila bahunya ditampar oleh Afeeq.

"Opocot! Tak ada apa!"

"Bohong! Kau usha jururawat dekat sini kan? Baik cakap betul-betul!"

"Ish kau ni. Mana adalah. Tak ada masa aku nak usha. Kita datang sini untuk melawat si Fierhan."

"Hmmm yalah kau. Dah jom, lewat malam dah ni." Sapa Afeeq tenang. Mereka berdua melangkah dan meninggalkan wad dimana Fierhan sedang berehat.

Setelah sampai ditingkat bawah, Syaakir ternampak satu barang tercicir seperti keychain yang ada mempunyai nama "ZAHRA" dan dia menggapai keychain itu.

"Zahra namanya." Bisik didalam hati Syaakir. Akhirnya dia tahu nama jururawat yang terserempak dengannya sebentar tadi adalah Zahra.

"Cik! Cik!" Begitu lantang suara Syaakir memanggil Zahra untuk memulangkan kembali keychain itu.

Zahra memandang kebelakang apabila ada yang memanggilnya daripada jauh.

"Aaa... Ini cik punya kan?" Tanya Syaakir tegas. Dia cuba untuk menegaskan dirinya tetapi dihatinya sudah terpaut dengan gadis itu.

"Alamak! Terima kasih tuan! Saya tak perasan keychain ni jatuh tadi. Terima Kasih."

Syaakir hanya tersenyum manis dan dia masih belum berganjak daripada situ. Tanpa berkedip matanya dia memandang kearah wajah cantik gadis itu.

"Nama cik apa?"

"Ooo.. Saya Zahra Afisya."

"Saya Syaakir Erwan. Panggil je saya Inspektor Syaakir atau Syaakir." Tenang saja dia memperkenalkan dirinya kepada jururawat itu.

He's Mine MR PGA (Inspektor Afeeq Ilham)Where stories live. Discover now