🔥 BAB 4🔥

25 0 0
                                    

Apabila sedang fokus menyiapkan segala kerja yang masih belum selesai, Afeeq dan Syaakir dengan pantasnya menyelesaikan kerja mereka tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Anggota yang berada diluar bilik mereka dihiraukan yang lalu lalang tanpa henti.

"Afeeq! Kes yang tahun lepas kau dah siapkan?" Tanya Syaakir tegas sambil tangannya menulis laporan.

"Sikit lagi. Aku pula penat selepas Fierhan tiada dekat sini. Selalunya dia yang pantas selesaikan segala kerja."

"Sabar aku faham. Aku dah pernah lalui dulu."

Tiba-tiba kedengaran pintu biliknya diketuk dan ternyata pintu biliknya dibuka oleh pegawai atasannya. Wajah ketat pegawai atasannya membuatkan Afeeq dan Syaakir dengan segera berdiri tegak dan hormat.

"Selamat Tengahari Tuan!" Sapa hormat mereka berdua serentak.

"Selamat Tengahari. Saya baru dimaklumkan, kita akan ada satu operasi dimana disebuah lokasi terlibatnya jenayah besar -besaran."

"Besar-besaran? Maksud tuan?" Tanya Afeeq dengan. Wajah hairan nya. Apa pula operasi kali ini.

"Kumpulan pengganas. Beberapa kumpulan pengganas sedang membuat kacau bilau disebuah perkampungan dan saya dimaklumkan ada sebuah keluarga sudah dibunuh dengan kejam."

Membulat mata Syaakir mendengar info itu dan wajah Afeeq mula menjadi serius mendengar kes kejam itu

"Jadi saya nak awak berdua kumpulkan orang-orang kita untuk sertai operasi ini dan operasi ini akan diketuai oleh awak berdua"

"Bila operasi itu bermula?" Tanya Afeeq tegas.

"Esok! Saya nak awak berdua kumpulkan anggota kita dan saya kecualikan Fierhan."

"Baik tuan!" Serentak mereka menyapa.

"Terima Kasih."

Selepas pegawai atasan mereka melangkah keluar daripada bilik kerja Afeeq, mereka berdua memandang sesama mereka. Begitu terkejut apabila operasi pertama melibatkan kumpulan pengganas sedang membuat kacau bilau disebuah perkampungan.

"Nampaknya, aku terpaksa tangguhkan majlis perkahwinan aku minggu ini demi tugas untuk negara." Sapa Afeeq tenang dengan penuh rasa keluhan.

"Apa? Kau nak kahwin lagi?" Terkejut Syaakir mendengarnya. Betul kah inspektor lelaki di sebelahnya ingin mendirikan rumahtangga!

"Ya. Dulu arwah isteri aku bagi greenlight kahwin baru."

"Tahniah bro! Siapa ya gadis yang bertuah dapat tuan inspektor yang kacak ni ya. Beruntung betul."

"Sudahlah! Kau jangan nak sakat aku lebih-lebih. Kejap lagi kita kumpul anggota-anggota kita untuk taklimat mengenai operasi esok. Faham!" Lantang saja suara Afeeq disebelah Syaakir.

Syaakir hanya mengangguk faham.

Sesi taklimat untuk operasi yang diketuai oleh Inspektor Afeeq Ilham dan Inspektor Syaakir Erwan. Beberapa anggota berkumpul untuk mendengar arahan tentang operasi yang bakal mereka sertai.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera semua." Sapa Afeeq dengan suara lantangnya yang tak pernah hilang.

"Waalaikumussalam tuan." Salam dijawab oleh anggota beragama Islam.

"Salam sejahtera tuan." Sapa hormat dijawab oleh anggota bukan Islam.

"Baiklah, dengar baik-baik. Saya baru saja dimaklumkan oleh DSP Azran sebentar tadi. Kita akan sertai satu operasi besar-besaran dimana ada kumpulan pengganas yang cuba membuat kacau bilau disebuah perkampungan di daerah ini."

He's Mine MR PGA (Inspektor Afeeq Ilham)Where stories live. Discover now