Terima Kasih

13 0 0
                                    

Terima kasih
Kerana tidak menggantung aku lagi.
Meski pernah di setiap helaian
Ada tertulis tentangmu,
Dirimu,
Dan anganku.

Terima kasih
Kerana telah membangunkan aku,
Yang lena dibuai mimpi
Aku sangka indah,
Hakikatnya lebih dari indah.

Terima kasih
Kerana telah melepaskan aku,
Ibarat melepas permata
Di air tenang.

Aku tidak kesal dengan tindakanmu.
Aku tahu
Tuhan selamatkan aku,
Daripada orang yang bukan untuk aku.

Nilaimu dengan yang lain.
Dan nilaiku seiring dengan apa yang temaktub buatku.

Doaku kini terhenti,
Kini untuk pemilik takhta yang tidak aku ketahui.
Tapi dia pasti lebih baik,
Dan terbaik,
Buat hamba yang reda dengan segala ketentuan-Nya.

24 Mac 2024.

DiaWhere stories live. Discover now