aku tak sangka,
hati satu hancur berkeping.semalam kau koyakkan,
hari ini kau rabakkan,
esok mungkin kau remukkan seribu.aku lihat,
kau cukup buta
untuk kembali sedar.
kau cukup keras
untuk dengar.
memang tiada lagi pintu
untuk aku masuk,
dan lembutkan tempat iman berteduh.hancurkan aku,
bukan satu perkara yang aku sangat peduli.
hancurkan mamaku,
satu perkara yang tak dapat aku beri maaf.apa lagi benda yang harus aku tahu?
apa lagi benda yang boleh retakkan aku?aku sangka kau pendukung.
tapi kau memang sudah hancur.beritahu pada dunia,
aku sedih,
melihat diri kau sekarang.
tapi dunia tidak kesah.
kerana dunia buta.beritahu pada Dia,
aku sedih,
melihat kau yang sekarang.
kau, Dia hantar sebagai ujian,
aku usaha,
agar kau selamat,
dari hujan tangisan mama.
tapi aku gagal.untuk itu,
kau juga gagal menjaga
hati seorang aku,
yang juga banyak menadah untuk kamu.adakah masih akan kuat aku kalamkan doa untuk kamu? tapi aku sudah terlalu hancur-