hujan

8 0 0
                                    

hujan itu nikmat kurniaan Tuhan.

aku tidak hanya mahu melihat,
tapi ingin juga merasa seperti,
anak-anak yang bermain di bawah langit yang menurunkan air gendongannya,
berlari dan berpijak di bulatan air-air kecil,
dipenuhi kotornya lumpur di wajah.
untuk lupakan kabus-kabus
yang sering menutup senyumku.

ingin juga merasa
bebas ke mana-mana,
terus berlari di tanah rata,
sambil tertawa riang seperti yang selalu kulihat pada orang di layar kaca.

bagi mereka yang menganggap ini gila,
tiada hidup.
karna tidak pernah faham
rasa gembira walaupun dengan cara yang sederhana.

DiaWhere stories live. Discover now