angkat

9 1 1
                                    

angkat beban aku.

dari kecil dididik dengan tanggungjawab.
bila tiada orang di bawah bumbung ini,
semua aku pikul.

dengan niat agar mereka membesar dengan baik.
rehat aku seperti tiada.
di mana aku berada,
selalu rasa berat.

ada tanggungjawab,
ditambah harapan orang tua,
mustahil aku beralah.
tapi aku penat.
sampai masa, mata aku terasa basah.
kerana tiada yang dapat tahu aku lemah.

tapi aku lemah.
dan aku juga perlu kekuatan.
pasti mereka lebih kasih dengan yang lebih hebat.
aku ini siapa.
bukan sesiapa.
melihat orang lebih hebat,
buat aku rasa di bawah.

DiaWhere stories live. Discover now