"CYPHER! Boogie six o'clock coming hot!"Qarizh melihat pada display radar meter kerana inginkan kepastian jika benar apa yang diberitahu oleh anak buahnya terdapat jet pejuang musuh yang menghampiri mereka.
"Focus on the rescue mission, kalau mereka engage, baru kita engage." arah Qarizh selaku ketua yang mengetuai misi OP Combat iaitu membawa pulang anggota-anggota Squadron Force Protection (SFP) serta penumpang awam yang terperangkap di Hrabove, Donetsk Oblast, Ukraine.
Sekumpulan Pasukan Khas Udara (PASKAU) telah dihantar bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan HADR (Humanitarian Aids Disaster Relief) serta beberapa orang sukarelawan dalam misi tersebut. Namun, berlaku situasi kacau bilau apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan bantuan yang disalurkan sehingga mencetuskan peperangan antara Utara dan Timur Ukranian.
Oleh itu, Qarizh bersama pasukan Combat Air Rescue (CAR) dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah diarahkan untuk menyertai misi menyelamatkan mereka. Empat buah jet pejuang jenis F/A 18D Hornet diterbangkan untuk mengiringi Airbus A4000M.
"Cypher, we need order now!" ujar anak buah.
"Just stick in formation. Kita dah nak sampai perairan Malaysia." balas Qarizh setelah pihak control tower memaklumkan jarak perjalanan mereka untuk sampai ke ruang udara Malaysia adalah sepuluh minit lagi.
"Tak boleh, they're too close. Kita kena delegate." balas mereka.
"This is an order, stay in position! Jangan berpecah! Kita step up, going for 0.7 mach." beritahu Qarizh untuk menaikkan kadar kelajuan jet pejuang.
"Masih tak sempat. Kita tetap kena delegate! Move, move! Hard left."
Tiga buah jet pejuang telah berpecah dari formasi. Mereka membelok ke arah kiri untuk mengumpan jet pejuang musuh dari menghampiri kapal terbang yang membawa misi.
"Comeback in position!" jerit Qarizh apabila anak buah mengingkari arahannya.
"Mayday, mayday! Boogies on my tail. Running from fire position." Kedengaran suara panik anak buah melalui radio komunikasi.
"Viper, Jester, Thunder, coming in, coming in." Qarizh memanggil call-sign name anak buahnya setelah terputus hubungan.
Mahu sahaja Qarizh memusingkan jet pejuangnya untuk memberi sokongan kepada anak buahnya tetapi protokol memaksa dia untuk meneruskan perjalanan pulang ke pangkalan udara.
Setelah tiba di pangkalan udara, Qarizh terus menuju ke local room untuk bersiap sedia sebelum dipanggil ke proses debrief.
"Mejar Qarizh Arrazi..."
Qarizh mendongak memandang figura yang menghampiri dirinya.
"Tahniah! Mission accomplishes. Terima kasih kerana telah menjalankan misi dengan selamat." ujar General Datuk Seri Hamidun.
Qarizh menghembus nafas lega mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh general tersebut. Syukur apabila misi kecemasan yang diketuaianya berjaya.
"Tetapi... dengan dukacitanya saya ingin memberitahu Viper, Jester dan Thunder kill in action."
Air muka Qarizh terus berubah saat mengetahui tentang anak buahnya yang terkorban dalam misi. Tubuhnya terasa ingin menyembah bumi namun pantas ditahan oleh beberapa orang yang berada di situ.
"Harap awak tabah." General Datuk Seri Hamidun menepuk perlahan bahu kanan Qarizh untuk memberikan pemuda itu semangat. "Dan ini, Medal of Valor untuk awak. We're lucky to have you on the team. Bravo, Cypher."
Qarizh memandang medal yang sudah bertukar tangan. Hanya pandangan redup diberikan kepada medal yang diterimanya. Jiwanya terasa kosong, perasaan untuk meraikan kejayaan misi ini bagaikan direntap ketika mengetahui ahli pasukannya terkorban.
Siapa sangka, jet-jet pejuang yang dibawa anak buahnya telah ditembak oleh musuh yang melakukan serang hendap terhadap mereka tatkala mereka diberitahu misi mereka adalah misi menyelamat sahaja.
Langkah dihayun perlahan untuk keluar dari bilik persidangan. Keadaan dirinya yang masih dikuasai G-force menyebabkan dia sedikit terhuyung-hayang ketika berjalan. Sesekali tangannya naik memegang kepala yang terasa berpusing. Berita kematian anak buahnya masih tergiang-ngiang di telinganya.
"Mejar Qarizh Arrazi..."
Satu suara yang menyebut nama penuhnya menyapa gegendang telinganya. Segera dia menoleh ke belakang dan memandang pegawai yang lengkap dalam persalinan uniform sedang berdiri tidak jauh darinya.
Belum sempat Qarizh bertanya, dirinya telah diserbu oleh ahli keluarga yang berkumpul di ruangan menunggu.
"Nak, betul ke anak mak cik dah tiada?"
Terkedu Qarizh apabila diajukan soalan sedemikian.
"Kenapa? Kenapa anak mak cik terkorban? Kenapa kamu tak jaga anak mak cik? Kamu ketua yang mengetuai misi ini kan? Kenapa biarkan anak mak cik terkorban?"
Air liur yang ditelan terasa payau. Bola matanya melihat setiap wajah ahli keluarga yang sedang menangis teresak-esak termasuklah beberapa orang kanak-kanak. Mereka adalah anak-anak kepada anak buahnya.
"Kamu sengaja biarkan anak mak cik terkorban kan? Supaya... supaya kamu selamat." Kedua-dua lengan Qarizh digoncang. "Sepatutnya... kamu yang terkorban. Kamu yang perlu bertanggungjawab dalam misi ini. Bukannya biarkan anak mak cik yang terkorban. Allahuakhbar..."
Pegawai yang berdekatan lantas meleraikan kericuhan itu. Tubuh ibu kepada si mangsa dibawa menjauhi Qarizh yang hanya berdiri kaku.
"Mejar, lebih baik Mejar pergi dulu. Saya akan uruskan situasi ini." Ujar pegawai tersebut.
Qarizh terus pamit tanpa menoleh ke belakang lagi. Dia tidak tegar untuk melihat setiap air mata yang tumpah akibat meratapi pemergian mengejut ini. Dia sendiri pun belum boleh menerima tentang kepergiaan rakan-rakan seperjuangan memandangkan mereka selalu pulang dari misi dengan selamat.
"Kembalikan anak mak cik! Kembalikan!"
Suara nyaring itu mengejutkan Qarizh dari lena yang panjang.
"Astaghfirullahaladzim..."
Gebar yang menyelimuti tubuhnya diselak kuat. Dia bangun dari baring dan tubuhnya disandarkan pada birai katil. Anak rambut yang berjutaian di dahi diraup ke belakang.
"Ya Allah... mimpi lagi."
YOU ARE READING
CYPHER
RomanceQARIZH ARRAZI, seorang pilot fighter mengalami trauma apabila misi yang diketuainya dua tahun yang lepas telah mengorbankan nyawa-nyawa pasukannya. Dek kejadian jet pejuang diserang hendap oleh musuh, Qarizh perlu memikul perasaan bersalah sehingga...