TIDUR Qarizh terganggu apabila ketukan di muka pintu kedengaran di seluruh bilik tidurnya. Terpisat-pisat dia mencelikkan matanya sebelum dia menolak gebar yang menutupi tubuh. Dia turun dari katil dan menuju ke arah pintu."Selamat pagi, Encik Qarizh!" Airish, gerangan yang mengetuk pintu bilik menjerit kegirangan apabila wajah mengantuk Qarizh muncul di hadapannya. Loceng di tangan digerak-gerakkan di hadapan muka Qarizh. Sempat dia meminjam loceng tersebut ketika melintasi meja resepsi tadi.
"Airish? What are you doing here?" Qarizh menekap telinganya yang bingit dengan bunyi loceng itu.
"To fulfilling my job as your tour guide. Hari ni, kita ada banyak lagi tempat-tempat menarik untuk dilawati." Ujar Airish penuh semangat.
Qarizh mengerutkan dahi. Ke mana lagi gadis itu ingin membawa dirinya bersiar-siar? Sudahlah dia masih dikuasai kantuk, Airish pula datang mengajaknya untuk keluar. Setahu dia, servis tour guide yang dia minta hanya untuk kelmarin sahaja.
"Dah... dah... awak pergi mandi dulu. Lepas tu, bersiap. Saya tunggu awak. Tapi jangan lama-lama tau. Nanti kena extra charge." Airish tersengih sehingga menampakkan giginya yang tersusun rapi.
Qarizh yang belum sempat menjawab terasa tubuhnya ditolak masuk ke bilik. Haih, Airish ni suka mengarah-arahkan dia tanpa bertanya atau berbincang dahulu. Tapi, Qarizh ikutkan sahaja. Malas dia mahu bertekak di depan muka pintu.
Tidak sampai setengah jam, Qarizh siap berpakaian dengan casual linen shirt dan seluar jenis cotton beige. Penampilan yang ringkas namun berjaya membuatkan Airish terpukau memandang Qarizh yang segak dalam gaya 'old money.'
"Airish..." Qarizh memetik jari di hadapan wajah Airish.
"Errr– ya?" Airish mengalihkan pandangan ke arah lain. Boleh pula kantoi usha depan-depan.
"Kenapa pandang saya macam tu?" Soal Qarizh ingin tahu. Kutlah pakaian yang dia kenakan tidak sesuai dengan tempat yang mereka ingin tuju.
"Eh, siapa pandang awak? Tolong jangan perasan." Airish membetulkan anak rambut yang menutup matanya. Cover malu beb!
"Yeke? Tapi tadi... bukan main membulat lagi mata awak tu. Handsome sangat ke saya hari ni?"
"Wah... wah... wah! Perasannya. Awak keluar tadi tak pandang cermin dulu ke?"
"Kenapa nak pandang cermin, kalau awak boleh jadi cermin saya?"
"Haaa? Cermin? Dah kenapa saya disamakan dengan cermin?"
"Sebab, jodoh itu kan cerminan diri."
Airish kelu lidah untuk membalas apabila melihat Qarizh tersenyum senang kerana berjaya meraih kemenangan dengan mudah. Cis, guna taktik kotor ber-pickup-line!
"Huh, dah lah. Jom kita gerak sekarang." Airish terus berjalan meninggalkan Qarizh. Entah kenapa, dia pula segan untuk berada di sisi Qarizh semenjak lelaki itu sudah pandai mengusik.
Qarizh hanya tersenyum kecil melihat riak kalut Airish itu. Malu-malu kucing pula. Itulah, siapa suruh mula mengusik dulu, kang dah kena usik.
Dia ini pun boleh tahan kuat mengusik juga, cuma bukanlah mengusik sembarangan. Hanya untuk orang tertentu sahaja dia boleh jadi kaki mengusik. Kalau dengan orang yang tidak dikenali, dia lebih selesa berdiam diri walaupun dicop sombong.
Airish sudah menunggu Qarizh di depan van milik Aurora Valley Resort. Dia sudah meminta kebenaran dari Puan Asyura dan Encik Azri untuk memandu van semata-mata ingin membawa Qarizh bersiar-siar di luar resort.
YOU ARE READING
CYPHER
RomanceQARIZH ARRAZI, seorang pilot fighter mengalami trauma apabila misi yang diketuainya dua tahun yang lepas telah mengorbankan nyawa-nyawa pasukannya. Dek kejadian jet pejuang diserang hendap oleh musuh, Qarizh perlu memikul perasaan bersalah sehingga...