Sebaik saja sampai di KLIA Raja Humairai Nathan terus buka helmet dan masuk ke dalam lapangan terbang dan mencari kafe sementara menunggu uminya Hamara dan adik-adik kembarnya. Dia memang jarang naik satu kenderaan bersama ahli keluarganya dia lebih suka bawa superbikenya.
" Bapak ahhh Ducatti Panigale v4 siotttt " kedengaran lelaki yang berdiri di luar lapangan terbang itu teruja melihat superbike yang dipakai Humaira.
Masuk saja di kafe Humaira terus memesan latte dan duduk di meja yang agak tersorok daripada pandangan orang ramai. Selepas 10 minit tunggu akhirnya umi, Hamara dan adik-adik kembarnya sampai.
" Akak Maira !!!" jerit Nuha selepas dia nampak kakak kesayangannya itu.
Humaira yang sedang bermain telefonnya terus mengangkat kepalanya. " Yes precious "
" Dayat? " hanya satu patah perkataan yang ditujukan kepada Hamara dah buat adik perempuannya faham apa yang dikatakan oleh kakaknya.
" Dia baru turun, japgi lepas kastam lah tu akak " bagitahu Hamara kepada Humaira.
Setelah mendengar jawapan adiknya itu dia terus bangun dari tempat duduknya.
"Kamu nak kemana Raja Humaira Nathan?" tanya Tengku Sumayyah kepada anaknya itu.
"Japgi jumpa dekat restoran umi" kata Humaira kepada uminya dengan laju sebelum melangkah pergi.
"Akak Maira nak pergi mana umi ?" tanya Nuha kepada uminya. "Akak Maira nak keluar kejap nanti kita jumpa dia dekat restoran ya, haih" kata Tengku Sumayyah dan mengeluh bila memikirkan perangai anak perempuan sulungnya itu. Faham sangat yang Humaira memang tak suka berada di luar. Itupun dia tak pasti lagi sama ada Humaira akan sertai makan-makan dengan yang lain.
Setelah kelihatan kembarnya melepasi pintu kastam Raja Hamara Nathan terus berlari kepada abang kembarnya Raja Hidayat Nathan.
"Dayat!!!! i miss you so much!!" kata Hamara sambil berlari kepada kembarnya dan terus masuk ke pelukan Hidayat.
Disebabkan Hamara melompat dan Hidayat perlu mendukung kembarnya itu dia tak menjawab kata-kata rindu Hamara tapi tangan dia setia menahan badan Hamara daripada jatuh.
"Turun-turun Mara berat tahu tak" kata Hidayat lembut kepada Hamara sebelum menurunkan Hamara. Hamara yang mendengar abang kembarnya berkata begitu terus menjeling." Ishhh dia ni kita dah la rindu Dayat, Dayat boleh kata macam tuh pulak" kata Hamara dengan muka masam.
"Abang yatttt!!" jerit kedua kembar kecil memanggil abang bala mereka. "My little cutie Piee!!" jerit Hidayat semula sambil mendepakan tangan. Kedua kembar kecil terus memeluk Hidayat.
"Hah umi tak nak lari peluk Dayat macam mana yang lain buat ke?" usik Hidayat kepada uminya.
Tengku Sumayyah terus menjeling anak lelakinya yang nakal. Dia pun rindu dengan Hidayat kerana Hidayat yang paling mulut bising dalam keluarga mereka dan yang paling nakal."Meh la umi Dayat nak peluk cium umi Dayat ni" kata Hidayat dan memeluk uminya itu. " Mana yang lain ni jeke yang datang ?" tanya Hidayat kepada uminya.
"Tadi akak Maira kamu ada sekali tapi dia pergi mana entah, yang lain pula tunggu kita dekat restoran" bagitahu Tengku Sumayyah.
"Dah jom karang lambat pula kita sampai semua dah berkumpul dekat restoran" kata Tengku Sumayyah.
"Ok umi!!" kata mereka berempat serentak.
.
.
.
.
.
"Hah sampai ingat ke kau kena tinggal dengan kapal terbang" sinis Raja Haiyan berkata kepada adiknya yang baru balik daripada luar negara itu.
YOU ARE READING
Untitled Story : Miss Humaira Nathan
OverigCerita tentang kisah sedih seorang perempuan