❒ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 01

85 9 0
                                    

"somin, nanti balik sekolah teman aku pergi beli hoodie."

jay menyandar di loker sebelah sambil menunggu aku siap kemas barang-barang yang ada dalam loker aku.

semalam aku sibuk, jadi aku ambil je barang tanpa letak dekat tempat asal. sekarang ni pula dah bersepah macam dalam kandang lembu.

"hoodie lagi? kau nak buat apa beli banyak-banyak? bukannya kau guna pun."

"ni aku tengok kau asyik guna hoodie warna hijau ni je."

"kau apa tahu. bukannya kau ada sense of fashion pun."

amboi menghina aku nampak.

tengah sibuk berbual dengan jay, aku nampak heeseung berdiri berselang dengan tiga loker dari aku. dia tengah sibuk ambil beberapa buku dari lokernya sendiri.

heeseung perasan yang aku dari tadi pandang dia, jadi aku beranikan diri untuk tegur dia.

"h— hai."

"hai." dia membalas dengan senyuman manis terukir kemas di bibirnya.

aduh, handsome nya. tak penat ke jadi handsome hari-hari ah, lee heeseung? ni kalau aku tenung muka dia hari-hari pun tak bosan.

"kang somin?" suara heeseung yang terdengar jelas di telinga membangunkan aku dari lamunan.

"y— ye?"

"saya pergi dulu."

"o— okay."

"jay, kau nak masuk kelas dengan aku sekali tak?"

"kau masuk lah dulu. aku ada hal sikit." jay

"alright."

heeseung bergerak pergi dan tinggalkan aku macam tu je.

secara tak sedar, aku dah menundukkan kepala ke bawah dengan perasaan yang bercampur-baur.

"ye, somin. that's it.. tak lebih, tak kurang."

itulah yang selalu aku alami sepanjang aku suka kepada seorang manusia bernama lee heeseung. selama ni aku memang teringin nak berbual dengan dia, nak berkenalan dan nak tahu tentang dia.

bukan hanya setakat hai.

tapi aku tetap tak berjaya sebab tiba-tiba rasa mulut ni berat sangat nak buka.

jam di tangan menunjukkan pukul 7:50 pagi dan hanya beberapa minit sahaja sebelum loceng berbunyi.

"dah, jom lah masuk kelas. nanti ssaem marah pula."

aku cepat-cepat mengatur langkah ke kelas sebab tak nak kena marah dengan ssaem kim tapi jay tarik tali beg sekolah aku supaya aku tak boleh lari dari dia.

"kenapa? jangan kata dekat aku yang kau nak ponteng kelas harini."

"aku dah insaf lah."

"habis tu?"

"aku nak cakap dengan kau sikit."

"lah— cakap dekat kelas kan boleh. bukannya kita berdua ni beza kelas pun."

"aku nak cakap sekarang. lepas ni kalau kau suruh aku repeat, memang aku tak layan eh."

nampak macam serious sangat je dia ni?

"ha, kau nak cakap apa?"

"kau memang betul-betul suka dekat heeseung ke?"

aku ingatkan soalan serius mana lah dia nak tanya. rupa-rupanya soalan ni je. buat penat je aku berdiri dekat sini lama-lama.

𝐔𝐍𝐄𝐗𝐏𝐄𝐂𝐓𝐄𝐃 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆 || 제이Where stories live. Discover now