❒ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 13 (𝐞𝐧𝐝)

24 3 0
                                    

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
이희승

Lee Heeseung
somin

what's wrong?

kenapa kau hiraukan aku
semalam?

i miss you

kita jumpa dekat coffee
haven cafe, nak?

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

sehingga sekarang aku hiraukan mesej, telefon dan semuanya daripada heeseung. dekat sekolah pun aku jaga jarak tak seperti sebelum ni. walaupun sebenarnya agak susah, tapi aku cuba untuk kebaikan diri aku sendiri.

hari ni hujung minggu. jadi aku tak kan jumpa heeseung untuk hari ni dan dari tadi aku hanya baring dekat sofa dan tak henti-henti menangis.

/kring, kring/
"sekejap!"

aku lap air mata dan cepat-cepat buka pintu. rupa-rupanya yang ketuk pintu ialah jay.

"jay? kau bu-" aku belum habiskan ayat, jay dah tolak aku ke tepi dan masuk ke rumah.

beg kertas jay letak dekat atas meja dapur dan ambil tempat di sebelah aku.

"mak aku ada buatkan breakfast untuk kau. jangan lupa makan."

"aku tak selera lah."

"why? sebab kau fikir tentang heeseung lagi ke?"

bila jay sebut nama heeseung, aku terus tak dapat tahan air mata dan menangis sekuat hati macam budak-budak.

"dia mesej aku and dia kata dia rindu aku. kenapa dia cakap macam tu sedangkan dia just permainkan aku je?"

aku menangis teresak-esak bila cerita dekat jay. jay mula memeluk badan aku dan usap kepala aku dengan lembut dengan harapan supaya aku dapat tenangkan diri.

tapi kenapa aku rasa tenang bila dia buat macam tu?

"it's okay, it's okay."

"nangis je banyak mana yang kau nak. aku tak kan lari pun dari sini, okay."

▃▃▃▃▃▃▃

sedar tak sedar, aku dah menangis sehingga ke petang dan jay ambil keputusan untuk bawa aku jalan-jalan ambil angin dekat taman.

semasa kitorang tengah berjalan, jay tunjuk sesuatu dekat kolam dan rupa-rupanya ada keluarga itik tengah berjalan-jalan dekat tepi kolam. senyuman lebar terus terukir di bibirnya dan aku boleh nampak yang jay tengah teruja.

"tengok tu, kau tak rasa ke yang itik-itik ni terlalu comel?"

"yeah, comel sangat-sangat."

aku dan jay ambil tempat di bangku kayu yang berhadapan dengan kolam sambil menghayati bunyi alam sekitar.

"tak sia-sia aku bawa kau datang ke sini."

"rasa bagus juga bila kita berdua dapat lupakan everything, tenangkan fikiran, dapat hirup udara segar and enjoy the moment."

aku menganggukkan kepala dengan perlahan. bila aku datang ke sini, aku dapat lupakan segalanya.

"thanks sebab bawa aku datang ke sini. baru aku sedar yang rupa-rupanya aku memang kena tenangkan fikiran buat sementara waktu ni."

"baguslah kalau aku dapat tolong kau." jay usap kepala aku dengan perlahan

selepas balik dari taman, jay ajak aku untuk teman dia tengok filem. walaupun dia tak suka genre romantik dan lebih suka drama aksi, jay lansung tak complain.

sepanjang filem dimainkan, jay tak henti-henti layan aku dengan baik. belikan popcorn, selimutkan badan aku bila aku rasa sejuk, ambilkan air bila aku rasa haus dan sanggup jadikan badannya penghalang kalau aku rasa takut tengok filem seram.

dia cuba buatkan aku rasa istimewa dan aku tak boleh tipu yang sebenarnya jantung aku dah berdegup dengan laju bila jay buat macam tu.

▃▃▃▃▃▃▃

sekarang pun dah lewat, jadi jay ambil pilihan untuk balik ke rumah.

"somin, aku balik dulu lah."

jay pakai seliparnya dan berjalan keluar, tapi aku masih lagi ekori dia dari belakang sehinggalah ke depan pagar rumah jay.

"kenapa kau ikut aku? nak tidur dekat rumah aku ke hari ni?"

"ish mana ada!" aku pukul bahu jay dengan kuat sampai dia meraung kesakitan.

"aduh, sakitlah."

"habis tu kenapa kau ikut aku sampai ke depan pagar?"

kang somin, this is the time!

aku pandang muka jay dengan penuh teliti. perlahan-lahan aku rasakan gelombang perasaan. jay masih lagi pandang aku dengan tatapan yang penuh rasa ingin tahu.

"jay." jantung aku mula berdegup dengan laju.

"aku ada sesuatu nak bagitahu kau."

"apa dia?"

aku beranikan diri, tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembus.

"aku dah fikirkan tentang ni, tentang kita berdua, tentang semuanya. and.. aku rasa aku dah start suka dekat kau juga."

u

ntuk buat seketika, kitorang berdua diam seribu bahasa. tiba-tiba muka jay pancar kan senyuman yang paling gembira. jay ambil tangan aku dan genggam nya dengan lembut. mata dia pun dah bersinar-sinar dengan kegembiraan.

"baguslah."

"sebab aku suka dekat kau dalam jangka masa yang lama."

bila reaksi jay macam tu, aku terus rasa lega.

"terima kasih sebab sentiasa ada dengan aku. aku memang hargai sangat-sangat."

"tak payahlah berterima kasih dekat aku. aku memang sentiasa ada untuk kau, no matter what."

"aku rasa bertuah sangat-sangat sebab ada kau dalam hidup aku, kang somin."

"me too, jay."

"ah- somin, kau balik lah. dah lewat dah ni. tak elok perempuan duduk dekat luar waktu-waktu macam ni."

"yelah, aku nak balik lah ni."

"bye, bye. aku pergi dulu okay."

aku baru nak memulakan langkah, jay peluk aku dari arah belakang. untuk pertama kalinya.

"goodnight."

"and i love you, kang somin."

"goodnight."

"and i love you too, jay."

bila aku nampak jay berjalan masuk ke dalam rumah, aku sedar yang kadang-kadang perkara yang baik datang dari tempat yang tak dijangka dan masa yang lansung tak dijangka. dan mungkin, mungkin, jay lah orang yang aku cari selama ni.

- 𝐭𝐡𝐞 𝐞𝐧𝐝 -

UNEXPECTED LOVE
© thesky_hoon

𝐔𝐍𝐄𝐗𝐏𝐄𝐂𝐓𝐄𝐃 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆 || 제이Where stories live. Discover now