rumah hantu ni gelap dan dipenuhi dengan hiasan yang seram, sawang labah-labah yang tergantung pada dinding, gambar potret yang matanya seolah-olah ikut gerak geri kita, bayang-bayang yang seram dan patung yang berpakaian seperti hantu berdiri cantik di penjuru.
aku, heeseung dan jay jalan bersama-sama dan setiap hantu yang muncul akan membuatkan aku bergerak lebih dekat dengan heeseung.
jay yang penakut cuba untuk beranikan diri. lampu suluh yang ada pada tangannya dia genggam dengan sepenuh hati dan matanya tak henti-henti melilau ke seluruh tempat.
rangka mekanikal tiba-tiba muncul depan mata aku daripada tempat gelap. secara tak sengaja aku menjerit dan lengan heeseung jadi mangsa pegangan aku.
"o- okay. i admit it, this place is actually pretty scary."
itu lah orang kata. jangan berlagak sangat.
"janganlah risau. aku ada."
heeseung usap kepala aku dengan lembut. aku baru nak rasa blushing, jay tolak kitorang berdua ke tepi.
"alahai, nak sweet sweet dekat sini pula. orang suruh bercinta, tak nak pula."
jay beranikan diri untuk pergi ke depan dan ketuai kitorang tapi bila ada hantu muncul, dia pula yang menjerit ketakutan.
"a- alah. benda kecil je pun. aku siap pernah tengok cerita hantu lagi seram lah."
eleh, padahal time tu kau siap tutup muka pakai bantal lagi.
kitorang sambung berjalan dan masuk ke dalam ruang yang dipenuhi dengan kabus. kabusnya agak tebal jadi kitorang susah nak nampak apa yang ada dekat depan.
pembesar suara tersembunyi mainkan bunyi suara-suara hantu dan jay cuba untuk bergerak beberapa langkah ke hadapan, walaupun sebenarnya dia tengah takut.
"aku rasa ada jalan keluar dekat sekitar sini."
tepat pada masanya, ada orang yang berpakaian zombie tiba-tiba muncul dari belakang langsir sampaikan jay menjerit dan terus berlari keluar.
aku dan heeseung tak dapat tahan dari gelak sebab ini kali pertama aku nampak jay berlari macam tu. jay yang muka tengah takut pun tiba-tiba boleh tergelak selepas kitorang berdua keluar dari rumah hantu.
"laju betul kau lari?" aku mula menyindir jay yang masih lagi tengah ketakutan.
"aku lari dulu sebab aku nak pastikan korang berdua keluar dengan selamat."
ada je alasan dia ni.
aku tak sengaja pandang heeseung dan mata kitorang bertembung satu sama lain.
aduh malu pula dia pandang kita macam tu.
"dah, jom lah. kita pergi tempat lain pula."
selepas rumah hantu, kitorang pergi ke gerai permainan. heeseung kata dia nak cuba nasib untuk permainan lambung gelung dan dapatkan hadiah.
"alright, aku cuba menang and dapatkan patung beruang yang besar tu."
"goodluck, heeseung."
hanya dua kali percubaan, heeseung dapat masukkan gelung ke dalam botol. staff gerai hulurkan patung beruang yang heeseung minta dan bagi kepada aku sambil tersenyum lebar.
"nah, for you."
"comelnya. thank you, heeseung!"
argh! dia bagi kita teddy bear lah!
"aku? aku tak dapat hadiah ke?" jay muncung kan bibir macam dia tengah mengejek aku.
"alright alright. aku cuba menang and dapatkan something untuk kau." heeseung tergelak kecil.
YOU ARE READING
𝐔𝐍𝐄𝐗𝐏𝐄𝐂𝐓𝐄𝐃 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆 || 희제이
Fanfic⟨⟨ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ⟩⟩ can you imagine if someone who helps you to get to know about your crush actually likes you? © thesky_hoon ◩ start: 24/6/2024 end: 6/7/20204