❒ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 11

10 3 0
                                    

hari ni hari jadi heeseung dan pertama kalinya aku dan jay dijemput untuk pergi ke parti hari jadi dia petang ni.

aku dan jay dah pun sampai di hadapan rumah heeseung. rumahnya yang dihiasi dengan lampu yang meriah dan banner yang bertulis kan "happy birthday" elok cantik tergantung di dinding.

aku terpukau dengan saiz rumah heeseung untuk seketika. tak sangka pula yang rumahnya besar macam ni.

"dah sedia nak masuk dalam?"

"yeah, jom."

ini kali pertama aku pergi ke parti hari jadi heeseung, jadi rasa gementar tu mestilah ada.

"don't worry. heeseung mesti excited jumpa kau nanti."

aku dan jay berjalan ke pintu masuk dan bunyikan loceng. beberapa minit kemudian, pintu dibuka dan heeseung muncul dengan senyuman lebar cantik terukir di bibirnya.

"dah sampai dah? masuklah, masuklah."

"happy birthday, heeseung and thanks sebab jemput kitorang berdua."

"yeah, happy birthday, man." jay

"thank you."

heeseung bawa kitorang masuk ke dalam. ruang tamunya dipenuhi dengan ramai orang, suara gelak ketawa dan juga muzik.

aku dan jay berdiri kaku di tengah-tengah ruang tamu tapi tiba-tiba jay lambai dekat seseorang.

"somin, aku pergi jumpa kawan lama aku sekejap eh."

ha nak tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini lah tu.

"habis aku ni?"

"alah, heeseung kan ada." senyuman nakalnya mula muncul.

"haah, aku kan ada."

"t- tapi.."

"dah, aku pergi dulu. kalau ada apa-apa, call je aku, okay?"

sekarang ni hanya tinggal heeseung je yang aku boleh ajak berborak sebab kebanyakkannya aku tak kenal.

"kalau macam tu.. jom. aku bawa kau pergi jumpa dengan kawan-kawan aku."

"okay."

heeseung bawa aku jumpa dengan pelbagai tetamu. setakat ni semua orang yang aku jumpa aku tak kenal tapi kali ni aku pernah nampak diorang dekat sekolah.

"hey guys, aku nak kenalkan kawan yang aku pernah cerita haritu."

"somin, yang ni sunghoon dan yang ni pula jake." heeseung perkenalkan kawan-kawan dia.

"hai, nama aku sim jaeyun but more better if you call me jake."

"and aku pula sunghoon."

sebelum ni aku selalu nampak heeseung dengan diorang berdua, tapi baru hari ni aku dapat berkenalan.

"hai, nama saya kang somin." giliran aku pula untuk memperkenalkan diri.

kitorang berempat berbual macam biasa dan banyak bertukar-tukar soalan. jake dan sunghoon nampak peramah, jadi aku tak rasa kekok sangat.

"so, lately heeseung ada banyak cerita dekat kitorang tentang kau." sunghoon

"yeah, dia banyak kali mention nama kau. nampak gayanya macam korang berdua dah cukup rapat je."

aku perasan yang jake dan sunghoon pandang satu sama lain dan tersenyum sinis, seolah-olah ada sesuatu yang aku tak tahu.

"haah, kitorang banyak kali juga keluar sama-sama."

"that's kinda interesting. but actually heeseung memang ada cara tersendiri untuk buat seseorang rasa special."

jake menyenggol sunghoon dan memang nampak yang diorang cuba tahan dari gelak.

𝐔𝐍𝐄𝐗𝐏𝐄𝐂𝐓𝐄𝐃 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆 || 희제이Where stories live. Discover now