Fairy Sumin - Hajat Minjae

35 7 0
                                    

Dia suka melihat pantulan dirinya di cermin mahupun tetingkap rumah manusia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Dia suka melihat pantulan dirinya di cermin mahupun tetingkap rumah manusia.

Kedua belah kepak bersinarnya, tubuh genitnya nan anggun serta pakaian berasaskan dedaun hijau keemasan klasiknya yang kelihatan sungguh elegen.

Tak lupa juga kerlipan serta sinaran seserbuk magikal yang berkilauan setiap kali dia terbang serta memudar meninggalkan jejak nan indah.

Itulah dia. Dirinya.

Pari-pari kecil penunai hajat.

Choi Sumin.

.

.

.

.

Di sebuah kampung terpencil, ada seorang budak lelaki yang baru menginjak alam awal remaja duduk diam tidak berkutik menghadap halaman rumah.

Kampungnya selalu sunyi setiap kali malam.

Dia mengimpikan untuk hidup bebas serta serba ada seperti anak-anak seusianya.

Dia yang kini sudah berusia 15 tahun itu terpaksa berhenti sekolah kerana dia bukanlah datang dari keluarga yang berada.

Pagi, dia akan akan ke hutan mengambil upah mencari kayu-kayan. Di sebelah petang pula, dia akan turun ke pelabuhan untuk membantu menjual ikan. Hampir lewat malam, barulah dia akan pulang ke rumah.

Minjae bersandar memandang entah ke mana-mana. Hatinya terasa berat.

Begitu sukar kehidupan yang dia perlu jalani. Bagaimana jika dia pergi ke kota ?

Dia begitu teringin untuk menjadi penyanyi. Dia sangat suka mengarang lirik. Namun dia tidak mahir untuk mencipta melodi. Manalah dia ada alatan canggih sebegitu.

Larut malam, sedang Minjae duduk termenung ke luar jendela tiba-tiba dia terlihat silau keemasan nan begitu indah.

Jejak seserbuk magikal juga jelas kelihatan. Awalnya dia hanya ingin mengendahkan namun apabila terlihat cahaya nan silau itu mula menunjukkan sosok kecil, Minjae terkaget kecil.

Eh ?

Dua belah kepak lutsinar dan bersinar jelas kelihatan.

Pari-pari !

Namun keterkejutan Minjae bertukar cemas sebaik sahaja dia melihat sosok kecil itu terhempap sebuah ranting pokok sederhana besar yang diterbangkan oleh angin.

Pari-pari tersebut sempat bergelut kecil sebelum dibantu oleh Minjae yang secara refleks melompat keluar dari tingkap rumah papannya.

Dia mengangkat ranting tersebut kemudian melemparnya ke sisi.
Pari-pari kecil nan indah itu dia letak perlahan di atas kedua telapak tangannya.

" Kamu ada cedera di mana-manakah ? ", soalnya dengan wajah cemas.

Pari-pari itu turut cemas dan ketakutan. Alamak, dia di bawah kongkongan manusia.

[✓] Sketsa Mini xikers (bab pendek)Where stories live. Discover now