Bab 1

1K 22 0
                                    

"Eh kau dengar sini ye Jak! Kau fikir Nora tu nak sangat ke kau jadi suami ataupun ayah kepada anaknya, lepas kau dah buat macam2 kat dia?"

Suara Kak Ngah yang lantang memenuhi ruangan bilik tamu nya. Aku yang duduk disofa masih belum dapat memproses benda yang terjadi terhadap ku.

"Jak! Engkau dengar sini betul-betul, aku taknak engkau kacau Nora tu lagi! Kalau Nora tu anak aku, memang aku taknak engkau kahwin dengan kau dari awal sudah! Sudah-sudah lah kau nak memalukan keluarga kita Jak! Semua ni engkau yang mulakan, semua ni salah kau. Kau buang, tolak, dan cerai Nora tu semata-mata kau dah buta dengan kangkangan dan tipu helahnya yang Julia mengandungkan anak kau, sedangkan isteri yang halal kau nikahi kau layan seburuk-buruk nya! Hadap lah kau Jak! Padan muka kau!", kak Ngah ku membasuh ku dengan teruk, dan aku terasa sangat terkilan dengan ini.

Perasaan menyesal berunsur timbul dilubuk hatiku kerana aku tahu apa yang Kak Ngah cakapkan itu betul. Aku memang bodoh melayan Nora begitu, aku hina dan maki dia. Sekarang aku berhadapan dengan kifarah dosa ku terhadap Nora dan anak ku.

"Akak ingatkan kau lagi jangan engkau nak buat hal kat majilis persanding Dol dan Liya! Jangalah kau kacau Nora dan Ebra lagi", Kak Ngah ku memberikan amaran.

*******************************
Hari ni adalah majlis resepsi persandingan Dol dan Liya. Aku sebenarnya malas nak datang takut, kebodohan ku terserlah dan aku tidak dapat mengawal diri ku dari cuba mendekati Nora. Namun Dol ada menghantar pesanan WA kepada ku.

Assalamualaikum Pak Su, Pak Su jangan la ambik habis sangat apa yang ibu cakap tu. Pak Su datang eh kat resepsi persandingan Dol ye? Cumanya Dol harap Pak Su janganlah kacau ibu Ebra dan Ebra. Kalau boleh elak je diaorang Pak Su. - Dol Dol Dol, 9.30 am

Aku pun bersiap, sebab aku tahu Dol ni tak sampai hati untuk aku tidak berada kat acaranya. Namun aku kena hormat permintaan Dol, Kak Ngah dan Abang Ngah untuk tidak membuat hal kat acara resepsi Dol.

Sampai ku kat, hotel H dimana resepsi persanding Dol berlangsung. Sejurus aku masuk entrance, aku terserempak dengan Nora dan Ebra. Aku menahan diri ku untuk tidak mendekati Nora. Aku pun terus berjalan menuju ke dewan resepsi, cuba untuk tidak memedulikan Nora walaupun jauh di lubuk hati ku ingin ku menyapa Nora.

Nora terlihat sangat cantik, seperti dulu, tambahan sifat keibuanya lagi terserlah membuat aku terpana melihatnya. Namun aku cepat-cepat mengalihkan perhatian ku dari Nora agar aku tidak dapat terbuai dengan perasaan ku.

Tetapi tidak dapat ku larikan pandangan ku dari Nora. Sepertinya aku angau melihat Nora yang sangat cantik. Sepanjang acara aku hanya dapat memerhatikan Nora dan kerenah Ebra dari jauh. Nora yang ada kalanya memegang Ebra menghalangnya daripada berlari jauh, mengendongnya sambil bergelak ketawa bersama Ebra melayan kerenah anak kecil yang sepatutnya memanggil ku ayah. Seribu satu sesalan memang terbit jauh di benak hati ku.

Selama acara juga aku merasakan kalau aku boleh tolong Nora aku tolong. Tapi apakan daya aku sudah tidak ada apa-apa hubungan dengannya.

*****************************

POV NORA

Sejurus aku masuk kedalam entrance  hotel aku ternampak Razak, dan aku buat-buat tidak nampak. Dia terhenti dan aku dapat merasakan dia sedang memerhatikan aku.

Sepanjang acara, aku tahu Razak memang memerhatikan aku yang sibuk melayan kerenah Ebra. Aku berharap dia tidak melakukan apa-apa perkara bodoh yang boleh menggangu acara Dol dan Liya seperti semasa acara kesyukuran.

Berberapa minit kemudian Ebra dengan tidak disangka memecut lari dan tangan nya terlepas dari genggaman ku. Aku yang cuba untuk bertenang, sambil bersuara sedikit besar memanggil anak lelaki ku yang sudah belari, " Ebra!".

Aku yang berlari anak cuba mencari Ebra, selepas berberapa minit kemudian aku di datangi oleh seseorang dari belakang, "excuse awak, ni Ebra". Aku menoleh, terkejut melihat anak ku digendong Razak.

Cepat-cepat aku mengambil Ebra dari gendongan Razak. Lalu Razak bercakap, " awak boleh kita berbincang?".

" terima kasih. Takde apa yang saya nak bincangkan", aku pun berlalu pergi.

Jiran Ku Terlajak Bujang 2Where stories live. Discover now