"Andai aku tahu kan sesakit hati,
Ku takkan mungkin mencintaimu,
sedalam ini,
sialnya saat kau pergi ku terus menanti..."
Nafas di hela. Setiap bait lagu yang di nyanyikan oleh Shazrin Ammar seakan meluah setiap satu isi hatinya. Di tambah pula dengan petikkan gitar yang beralun lembut cukup untuk mengetahui bahawa lelaki itu sedang tidak baik-baik sahaja.
Asfan mendekati sahabatnya yang sedang bersantai di halaman rumah lalu duduk di atas kerusi bersebelahan si sahabat.
"Shaz, kau ada bakat dalam bermain alat muzik. Tapi, aku hairan kenapa dulu kau tolak tawaran baba untuk masukkan kau di dalam sekolah khas untuk muzik saja?" kata Asfan dengan suara yang lembut.
Dia melihat ada sekuntum senyuman di bibir lelaki itu. Sekilas dia memandang sahabatnya itu bersama helaan nafas.
"Sebab aku nak adik-adik aku berjaya dulu. Kalau aku terima tawaran baba. Mungkin, aku seorang saja yang berjaya dan adik-adik aku pula akan terabai. Ya, aku tahu kau akan cakap, baba dan umi kan ada. Mereka boleh tolong jagakan adik-adik aku. Tapi, Fan tak sama bila orang luar yang jaga dengan kita yang jaga sendiri," jawab Shazrin Ammar bersama senyuman manis.
Dia juga turut memandang sahabatnya itu. Sekarang ini, mereka berada di rumah agam milik Tuan Fakhrul. Setelah kejadian dua hari lalu, Bunga Anggerik Nathalia sudah membuat keputusan untuk kembali ke rumah agam itu semula. Dia pula tidak keberatan langsung. Malah ia turutkan sahaja rentak si isteri. Atau lebih tepat bekas isteri? entahlah.
"Shaz, kau seorang lelaki yang hebat. Mungkin di mata kasar orang lain. Kau seorang lelaki yang tiada apa-apa. Walaupun, kau tak habis sekolah. Dan tak reti membaca. Tetapi, Allah bagi kau kelebihan di sudut yang lain. Kau seorang yang kreatif Shaz." Kata Muhammad Asfan Najmi lagi bersama senyuman.
"Maksud kau?" soal Shazrin Ammar yang tidak mengerti dengan kata-kata sang sahabat.
Muhammad Asfan Najmi mengukir senyuman lebar. Dia menarik nafas sebelum memulakan semula perbualan di antara mereka berdua.
"Sampai bila kau nak rahsiakan semua lukisan-lukisan yang kau dah lukis tu Shaz? Aku minta maaf, aku tak ada niat hendak campur urusan peribadi kau. Aku tak tahu pondok yang usang tu dah jadi tempat rahsia kau melepaskan rasa yang tak mampu untuk kau ungkapkan di depan orang lain. Betul lah orang cakap, satu lukisan mampu memberi sejuta satu makna yang hanya faham oleh si pelukis itu sendiri." Kata Asfan pula dengan panjang lebar.
Ia bisa melihat ketenangan raut muka itu membuatkan dia kembali membalas sebuah senyuman manis itu. Senyuman yang membawa sejuta maksud yang tersirat. Dengan senyuman kita mampu untuk menutupi sejuta rasa di hati.
"Fan, aku baru lagi dalam dunia seni. Lukisan aku tu belum tentu laku Fan. Lagipun, aku melukis sebab hobi dan minat itu aje. Aku tak pernah terfikir hendak menjadi orang seni yang sesungguhnya," jawab Shazrin pula dengan serius.
Bagi Shazrin Ammar pula dia hanya melukis untuk suka-suka. Sekadar ingin menghindar bahawa kerasnya dunia ini. Itu sahaja, tidak pernah walaupun sekali dia hendak menjual atau menghasilkan uang melalui bakatnya. Kerana, dia masih perlu belajar banyak lagi tentang seni.
"Jangan rendahkan diri kau Shaz. Kau layak untuk berjaya macam orang lain." Kata Asfan lagi bersama senyuman.
Tidak pula Shazrin Ammar membalas kata-kata itu. Malah, kedua mata hazel itu galak melihat susuk wanita yang sedang bergelak ketawa dengan seorang lelaki asing.
"Aku tak tahu lah apa nak jadi dengan Anggerik itu. Sifat malu sebagai seorang perempuan dah tak ada agaknya. Tak padan dengan mengandung." Kata Asfan sebaik sahaja melihat si adik yang sedang bermesra dengan seorang lelaki asing itu.
"Aku tak pernah nampak Anggerik senyum Fan. Sepanjang kami kahwin, aku tak pernah nampak Anggerik sebahagia sekarang. Mungkin betul, aku memang tak layak untuk dia. Fan, tengok dia bahagia saja dah cukup untuk aku rasa bahagia Fan." Kata Shazrin Ammar pula bersama senyuman.
"Bahagia kau kata? bahagia dengan melakukan maksiat? bahagia dengan serahkan tubuh badan dia dekat lelaki lain? itu bukan bahagia Shaz. Itu perempuan murah namanya." Kata Asfan lagi dengan sinis.
Shazrin Ammar mengukir senyum kecil. Dia memandang sahabatnya itu lama.
"Fan, siapa kita hendak menghakimi orang? Boleh jadi kalau dia berubah. Dia jauh lebih baik daripada kita. Sebab kita tak pernah tahu bagaimana kelak kita di masa depan. Faham?" kata Shazrin Ammar menegur sahabatnya itu.
Dia tahu Asfan terkilan kerana perbuatan adiknya. Namun, dia tiada hak untuk menghakimi Bunga Anggerik Nathalia sedemikian rupa.
"Kau masih cintakan dia Shaz?" soal Asfan ingin tahu.
Entah kenapa Muhammad Asfan Najmi terdetik untuk bertanyakan soalan seperti itu kepada sahabatnya. Dia hanya ikut kata hati sahaja. Di samping itu, sifat ingin tahu juga sangat membuak-buak di dalam hati.
"Selalu Fan. Aku selalu cintakan dia. Hari ini, esok bahkan sehingga nyawa aku terpisah dari jasad sekalipun. Hanya Bunga Anggerik Nathalia satu-satunya wanita yang aku cinta." Kata Shazrin Ammar bersama senyuman kecil.
Kedua mata hazel itu tunak ralit melihat Bunga Anggerik Nathalia bersama senyuman yang mekar di bibir.
"Orang kata, jangan terlalu mencintai manusia berbanding Allah. Kelak kau akan kecewa sekecewanya. Dan, aku letakkan rasa cinta itu kerana Allah. Sebab itu, aku tak rasa kecewa atau terkilan. Sebab, dia makhluk ciptaan Allah. Aku pun sama Fan. 99% cinta aku untuk Allah dan Nabi Muhammad S.A.W. 10% baru cinta aku untuk Bunga Anggerik Nathalia." Kata Shazrin lagi dengan nada lembut.
Asfan pula mengangguk faham. Tulusnya cinta seorang Shazrin Ammar sehingga sukar untuk dia memilikinya.
"Aku tak mampu ubah dia Fan. Tapi, aku selalu berdoa agar Allah yang mengubah dia. Biarlah ia mengambil masa untuk seumur hidup sekali pun. Aku tetap akan tunggu hari di mana dia akan terima dan ikhlas dalam menerima juga cintakan aku." Ujarnya lagi.
Ya, dia akan menanti sehingga hari itu tiba. Walaupun ia memakan masa sehingga seratus tahun pun. Dia akan tetap menunggu Bunga Anggerik Nathalia. Dan, jika dia tidak mampu untuk memiliki wanita itu. Izinkanlah dia untuk bahagia dengan caranya meskipun tanpa seorang wanita yang bernama Bunga Anggerik Nathalia.
"Shaz, andai suatu hari nanti. Adik aku di uji dengan sesuatu dugaan yang di luar jangkaannya. Adakah kau akan bersama dia lagi?" soal Asfan dengan tiba-tiba.
Entah kenapa, soalan seperti itu juga muncul di bibir miliknya. Dia ingin tahu sejauh mana ikhlasnya cinta seorang Shazrin Ammar terhadap si adik.
"Macam yang aku cakap dekat kau. Aku akan selalu cinta dan ada untuk dia. Aku bersedia untuk menjadi apa sahaja demi dia. Andai dia buta, biarlah aku yang menjadi mata untuknya. Andai dia harus kehilangan tangan atau kaki. Biarlah aku yang menjadi salah satu darinya. Sebab cinta aku ikhlas untuk dia tanpa memandang sebarang kelemahannya, Fan," jawab Shazrin Ammar bersama senyuman nipis.
Cinta tidak bisa di ungkapkan dengan sebuah lukisan mahu pun tulisan. Namun, cukuplah dengan tindakan atau perbuatan yang dapat menyakinkan kita bahawa cinta sejati itu wujud di atas dunia ini.
Hai, okay tak?
wuhuu double ke
ni? typo abaikan!
Jangan lupa vote&
comment tau banyak²
kalau tak saya malas
updated werk!
Apa pun, happy read❣️
ANDA SEDANG MEMBACA
SYARAT BAHAGIA
Romance[ BOOK SERIES ] Dia wanita terakhir milik, Shazrin Ammar. Sehina itukah seorang manusia yang tiada sebarang pendidikan di mata seorang Bunga Anggerik Nathalia? "Aku tahulah kau ni bodoh sebab tak sekolah. Tapi, takkanlah membaca pun kau tak pandai...
