B A B 4 2

6.8K 420 34
                                        

Enam bulan kebelakangan ini terlalu banyak peristiwa yang terjadi secara tiba-tiba. Di mana, ia di paksa oleh bekas suaminya untuk mendapatkan rawatan. Berkat rawatan itu, sekali lagi dia dapat melihat dunia yang fana ini. Bahkan, Fatimah Zahra juga dengan rela hati bekas suaminya menyerahkannya semula kepada dia. Namun, setiap kali hujung minggu mereka bertiga pasti akan meluang masa bersama. Tetapi, entah kenapa dia merasakan ada sesuatu yang kurang.

Shazrin Ammar seperti menjauhinya. Dia berfikir sejenak, adakah lelaki itu sudah berputus asa untuk mendapatkannya semula atau jejaka itu sudah menemui pengganti?

Jika dia sudah menemui calon isteri yang sesuai untuknya. Dia menumpang bahagia. Tetapi, mengapa dirinya seakan kecewa pula? Baguslah, andai benar dia sudah menemui kebahagiaannya.

Dengan langkah penuh dengan keyakinan, Bunga Anggerik Nathalia masuk ke dalam studio yang penuh dengan cahaya gemerlapan di kiri, kanan bahkan depan juga belakang. Kecantikkan terserlah ketika dia mengenakan busana satin biru muda di padankan pula dengan tudung bercorak bunga-bunga kecil biru laut. Ia berada di tengah-tengah ruangan yang di rancang khas untuk mengabadikan setiap gerak wanita itu sebagai seorang model.

Setiap gerakannya seperti tarian yang mengalir lancar seiring dengan arahan fotografi yang setiap saat memberi arahan kepadanya. Busana yang ia kenakan menambahkan seri di wajahnya.

Kedua mata hazel itu penuh dengan pesona menarik setiap pandangan. Sementara itu, senyuman lembutnya telah menghidupkan suasana di dalam studio.

Di sebalik kamera pula, seorang fotografi dengan teliti mengatur setiap langkah dengan sangat terperinci. Hal ini untuk memastikan bahawa setiap penjuru ia abadikan dengan sempurna.

Klik! setiap klik kamera akan menghasilkan sebuah karya yang memukau. Yakni, mencerminkan keanggunan Bunga Anggerik Nathalia setiap kali melakukan posing seperti yang di arahkan.

"Good job Anggerik, okay team we're gonna break for one hour!" Kata seorang fotografi kepada semua pekerja yang berada di studio.

Bunga Anggerik Nathalia mengukir senyuman puas. Minuman yang di hulurkan oleh si kakak ia ambil lalu ia teguk rakus. Dahaga betul!

"Anggerik dah free ke?" soal Bunga Azalea Adelia bersama senyuman.

"Untuk sekarang dah. Kenapa kak?" kata Bunga Anggerik Nathalia pelik.

Azalea pula mengukir senyum.

"Tuan nak jumpa Anggerik sekarang, boleh ke?" soalnya pula serba salah.

Bunga Anggerik Nathalia mengangguk. Sebaik sahaja Azalea menerima respon daripada si adik. Dia memanggil majikannya itu bersama dengan seorang wanita asing.

"Anggerik, kenalkan Alura Elaina. Bakal isteri saya." Kata Shazrin Ammar sebaik sahaja mata mereka bertembung.

Namun, riak wanita itu hanya terlihat biasa. Tidak terkejut langsung. Malah, dia masih bisa melempar senyuman manis lagi.

"Oh, I Anggerik. Nice to meet you Mrs.Alura." Kata Bunga Anggerik Nathalia sekaligus memperkenalkan diri.

Tiada huluran tangan. Kerana di sini, Alura Elaina yang menganggap bekas isteri Shazrin Ammar sebagai pesaing. Sedangkan wanita itu tetap santai di posisi sebagai model dan duta di Empire Anggerik Beauty & Beyond ini.

"Me too Mrs.Anggerik. You pesaing I. I tak mampu nak buat Shazrin tergila-gilakan I macam mana dia tergila-gilakan you. I benci you." Kata Alura Elaina pula dengan nada sinis.

Bunga Anggerik Nathalia pula masih tersenyum. Kali ini, senyuman itu penuh bangga. So, dia anggap aku pesaing sedangkan aku tidak? aduhai!

"Oh, really? well he redflag. So, you can leave him. You can choose to leave or stay Mrs. Alura. You... Tak bodohkan? lagipun, I tak perlu bersaing sebab... I memang pemenang. Kan, sayang?" kata Anggerik lagi seraya mengeyitkan mata pada bekas suaminya.

SYARAT BAHAGIA Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang