Fairy Sumin - Hajat Junmin

17 4 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.

.

.


Tidak jauh dari perkampungan Minjae, Sumin berhenti berehat di sebuah taman bunga.

Cantiknya bunga-bunga ni !
Sebelum ini Minjae hyung selalu bawa pulang bunga untuk aku.

Tak sampai setengah jam dia mengembara, dia sudah merindukan Minjae.

Sumin terbang rendah.

Taman bunga malam itu kelihatan begitu cantik walau hanya diterangi dengan cahaya bulan.

Pelbagai jenis bunga yang ada di sana.

Sejenak Sumin terfikir, siapalah yang mengusahakan kebun bunga ini ya ?

Mahir serta berbakat betul.

Sumin mula terbang masuk ke kawasan bunga yang menjalar tinggi.

Bunga matahari.

Dia duduk serta bersandar di atas permukaan bunga matahari yang paling besar.

Sesekali matanya melilau ke sana ke sini, memerhati keadaan sekeliling.

Dapat dia lihat di pojok kebun bunga, ada seseorang sedang duduk meringkuk memeluk lutut sambil menyembunyikan wajahnya.

Bahunya jelas kelihatan bergetar hebat.

Dia mengangkat wajahnya, mendongak memandang langit.

Pemuda itu turut mencengkam sedikit bajunya serta menumbuk kecil bahagian dadanya.

Wajahnya yang mendongak itu berbahang hebat. Merah padam mukanya.

Air mata pemuda itu terus mengalir, terserap dek tanah.

Perit, sedih dan kesedihan.

Itulah apa yang Sumin dapat rasakan.

Pemuda itu bergerak, memalingkan wajahnya ke petak kebun seberang.

Dia menyangka dia akan melihat lebih banyak bunga-bunga cantik namun sangkaannya jauh meleset.

Kosong.

Tanahnya kelihatan tidak subur.

Ada beberapa pokok bunga  yang layu.

Junmin mencabut kedua-dua sarung tangan berkebun dari tangannya serta menanggalkan topi kebunnya kasar, kemudian melemparnya kuat ke arah tanah kosong itu.

Amarahnya dilempiaskan dengan menghentak-hentakkan kakinya ke tanah itu kuat.

" Kau tahu berapa banyak duit yang aku dah belanjakan untuk suburkan kau ?

Aku hampir muflis.

Banyak baja dan pengnaturalan kulat yang aku tabur. Pihak pembasmi serangga pertanian juga telah aku panggil. Banyak benda yang telah aku usahakan.

[✓] Sketsa Mini xikers (bab pendek)Where stories live. Discover now