Bab 8

317 17 0
                                    

POV Nora

Ding...ding

Selamat datang ke Lapangan terbang....

Aku, Ebra, Luqman dan Johan selamat tiba di tanah air ku.

Aku yang mengambil sedetik masa untuk menikmati udara tanah air ku sebelum Ebra, " mummy,mummy, mummy, Ebra want pee".

Ahhh getus ku dalam hati, warna warni kehidupan sebagai seorang ibu.

"I dan Johan pergi ambik our luggages, you go take care of Ebra dulu", Luqman berkata.

Aku telah di summon oleh mahkamah, bagi pembacaan keputusan ujian DNA antara Ebra dan Razak serta Razak mengemukakan permintaan terbaru , iaitu hak penjagaan terhadap Ebra sekiranya Ebra adalah anaknya.

Kepulangan ku disambut oleh kedua ibu bapa ku. Ibu ku yang riang berlari anak menuju ku sambil memeluk aku dan Ebra," Nora dan Ebra kesayangan ibu apa khabar?!".

Ibu ku tidak berhenti mencium ku dan Ebra. Bapa ku pulak memeluk Luqman sambil bertanya, " apa khabar Luqman?" Dan mengalihkan perhatiannya kepada Johan dan terus bertanya, " Ini siapa?".

"Baik uncle," jawab Luqman.

"Saya Johan uncle, wakil guaman Nora. Kawan Luqman", jawab Johan.

"Oh gitu", balas bapa ku. Sambil mempelawa kami semua masuk dalam kereta.

Setelah perjalanan dari lapangan terbang selama 3 jam setengah, kami pun sampai kat rumah orang tua ku. Aku disambut oleh nenek ku disurung oleh sepupu ku Yara.

Lalu bapa ku hendak menghantar Johan dan Luqman untuk tinggal di rumah ku yang berdepanan dengan rumah Razak.

Usai aku mengemaskan semua barangan kami, aku merasa letih dan Ebra sudah tidur di katil bujang ku. Aku pun mengambil kesempatan untuk melelapkan mata sekejap.

Berberapa minit kemudian aku terbangun dan aku decide nak pergi menjenguk Luqman dan Johan.

Aku yang melihat Ebra sudah tidak ada disebelah ku, tapi kedengaran suara riang dia bergelak ketawa dari lantai bawa. Sejurus aku turun aku melihat Ebra bermain bersama sepupu-sepupunya.

Berjalan aku menuju dapur untuk mencari ibu ku dan ibu ku bersama Mak Su ku dan sepupu ku Sarah ada kat sana, "bu, Nora nak pergi jenguk Luqman dan Johan, mungkin they need something".

"Oh dah bangun anak mak ni, okay hati-hati Ebra biar dia kat sini tengah main tu dengan Haqi", balas ibu ku.

Aku pun beredar, pinjam kereta bapa ku dan terus memandu. Sedang aku memandu, aku pun terfikir untuk singgah kat kedai runcit, belikan kudapan untuk Luqman dan Johan.

Selesai aku dari kedai runcit aku meneruskan lagi perjalanan ke rumah ku yang sudah hampir, dan masuk saja aku simpang rumah ku, aku melihat Razak di luar rumah.

Aku seperti biasanya, malas nak peduli. Terus je aku park bawah garage dan aku bergegas masuk ke dalam rumah.

Tapi sepertinya Luqman dan Johan takde kat rumah. Aku yang menghantar Luqman text.

Luqman, I kat rumah ni bawa kudapan - Sent, 2.45 pm

Aku yang duduk kat ruang tamu, sambil menghidupkan televisyen dan penghawa dingin.

Ding...ding...ding...

Oh sorry, kita pergi jalan kat pekan bebs. Sekejap lagi kut - Luqman 3 pm

Sementara aku menunggu diaorang balik aku pun membersihkan rumah ku yang lama sudah di tinggalkan, menyusun semua kudapan dalam pantri dan minuman dalam peti ais.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 17 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jiran Ku Terlajak Bujang 2Where stories live. Discover now