Bab 7

263 15 1
                                    

POV Nora

Berberapa minit perjalanan, kami sampai di Burger Wonder Diner, 7 blocks dari condo ku. Ketika aku hendak membayar Lyft, Razak dengan cepatnya menghulurkan duit cash sebanyak USD 180, sambil berkata, "takpe Abang je yang bayarkan." Aku dan Ebra pun keluar dari kereta dan berjalan masuk kedalam Burger Wonder sebagai "pemanis" kepada Ebra since he has been a good boy.

Semasa aku didalam, pelayan depan menyuruh ku untuk menunggu sebentar, tetapi Razak terus pergi ke waiting desk sambil berkata, " hello can I request table for 3?", menunjuk kepada aku dan Ebra.

"Hello, I thought table for 2 only. Table for 3 then. Come along Sir!", balas pelayan itu membawa kami dan menunjukkan kami di meja kami yang terletak sedikit dihujung.

Ebra membelek-belek menu, walaupun sudah berberapa kali dia makan kat Burger Wonder Diner dan Ebra tahu dia nak order apa.

Ebra terus bercakap, " mummy boleh Ebra order this?".

Aku membalas sambil mengusap kepalanya, " boleh je sayang".

Pelayan pun menghampiri meja kami, "ready to order?"

Aku membalas, " sorry can you give us few minutes more, thank you".

Terus aku bertanya kepada Razak yang kelihatan keliru, " awak dah tahu nak order apa?"

"Sebenarnya abang tak tahu nak order apa, banyak sangat makanan nak pilih", balas Razak.

Aku berkata, " kalau awak nak makan heavy cheese burger kat sini sedap. Steak pun ada kut. Ebra order double cheese burger and sweet potato fries ".

" tapi kalau awak nak sedikit healthy, grill chicken strip mash potatoes salad kat tepi", aku sambung lagi.

"Nora nak order apa?", Razak tanya.

"Selalunya share je dengan Ebra, since Ebra makan selalunya tak habis", balas ku kepada Razak.

Pelayan tadi pun datang semula ke meja kami, "ready to order?".

Razak terus menyahut, "yes, steak medium rare, sides mash, drink sweet iced tea. And another grilled chicken with salad, drink can I get tapped coca cola and for Ebra.."

" One double cheese burger , sweet potatoes fries, water and chocolate sundae ice cream for Ebra", sahut pelayan itu.

Aku tersenyum kerana memang regular kat sini.

Pelayan tu pun beredar berjalan.

"Eh jadinya Nora dan Ebra selalu la makan sini sampai pelayan pun tahu order Ebra", kata Razak dengan terpegun.

"Haah", balas ku.

***********************************
POV Razak

Ebra yang duduk ditengah antara aku dan Nora, membuat kami kelihatan seperti satu keluarga harmoni.

Aku tidak lekang melihat Nora melayan kerenah Ebra, dan Ebra yang bermain dengan dino yang ku belikan dia. Ada juga aku angan-angan berkala membayangkam kehidupan kami sebagai satu unit keluarga, namun salah ku jugak.

Aku memang dilamun cinta semula kat Nora, dengan sifat keibuannya.

"Nora selepas ni nak pergi mana?", aku yang bersahaja nak bercakap dengan Nora.

Nora membalas, "pulang".

Aku tau sepertinya Nora memang malas nak melayan aku. Tetapi aku cuba bermain dan kali ni melayan Ebra sementara menunggu makanan sampai.

Respon Ebra positif dan terdengar bunyi ketawa dan sahutan Ebra memenuhi hiruk-pikuk diner itu.

Berberapa minit kemudian, makan kami pun semua sampai.

Jiran Ku Terlajak Bujang 2Where stories live. Discover now