Bab 1

584 23 0
                                    

Nafisa melangkah masuk kedalam bilik tidurnya sebelum menghempas kuat badannya keatas katil. Beg tangannya turut dilempar ketepi.

"Arghhh!!!" Jeritnya seraya menggengam rambut perang asli miliknya itu. "Aku benci kau, Adzrien Zein!!" Jeritnya sekali lagi. Nafisa menepuk kuat katilnya.

Barang disekelilingnya dibaling.

Airiel yang lalu dihadapan bilik adiknya terus menghentikan langkah. Dia menoleh memandang bilik adiknya yang berselerak itu. "Astaghfirullah al'adzim, Nafisa! Apa kau buat ni?" Soal Airiel sambil melangkah masuk kedalam bilik itu.

Nafisa mengerling sekilas abangnya. Soalan daripada abangnya itu dibiarkan berlalu seperti angin. Airiel menghela nafas sebelum melabuhkan diri bersebelahan dengan Nafisa.

"Putus cinta lagi?" Soal Airiel seperti dapat mengagak apa yang terjadi pada adiknya. Nafisa sekadar mendehem bagi menjawab soalan tersebut.

"Ayahanda dan bonda dah kata, jangan couple, tapi kau degil," beleter Airiel seraya menggelengkan kepalanya perlahan.

"Ish diamlah kau, bang. Ni mana ayahanda dan bonda?" Tanya Nafisa. Matanya memandang kearah wajah abangnya itu.

"Kau pun tau apa je diorang akan buat pagi pagi macam ni kan? Mestilah ayahanda pergi restoran dan bonda pulak pergi butik. Yang kau tu, mana pergi seharian tak balik?" Soal Airiel semula. Nada suaranya tegas.

Airiel yang melihat adiknya hanya mendiamkan diri tidak membalas soalannya, sudah mengagak kemana adiknya pergi. "Kau pergi club night eh?"

Nafisa masih tidak bersuara. Ya betul, memang dia pergi ke kelab malam. Tapi mustahil dia akan mengaku, bukan?

"Apa nak jadi dengan kau ni, Nafisa? Kau sedar tak darjat kau? Kita anak raja, Sa. Semua orang kenal kita. Kau nak malukan negara ke?" Soal Airiel bertubi tubi.

Turun naik turun naik nafas Nafisa mendengar ayat ayat yang dilontarkan oleh Airiel itu. Dia meraup wajahnya sebelum bersuara "Ni kau boleh keluar tak, abang? Aku nak mandi," ujar Nafisa seraya menolak tubuh abangnya keluar dari bilik itu.

Airiel menghela nafas berat sebelum mengakur akan arahan adiknya itu.

NAFISA melangkah keluar dari bilik setelah bersiap. Dress paras lutut berwarna navy blue tersarung elok dibadannya. Dia mengerling jam tangannya yang menunjukkan pukul 8 malam itu.

Dia berjalan menuju ke pintu utama istana sebelum langkahnya mendadak mati apabila namanya diseru oleh seseorang dari arah belakang.

"Izzhawa Nafisa!"

Perlahan lahan Nafisa menoleh kearah suara itu sebelum mengeluh kecil. Kening diangkat tinggi sambil memandang kearah ayahandanya.

"Nak pergi mana?" Soal Raja Xayden tegas. Dia menikam tajam bebola mata anak gadisnya itu. "Keluar," balas Nafisa mendatar.

"Pergi kelab?" Sinis seseorang yang baru tiba bertanya. Serentak dua beranak itu menoleh kearah suara tersebut.

"Apa nak jadi dengan kamu, Izzhawa Nafisa?" Tanya Permaisuri Auroura seraya berjalan mendekati mereka.

Nafisa hanya mengabaikan saja ayat ayat yang keluar dari mulut orang tuanya itu. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

"Tuan Pute-" terhenti ayat yang hendak keluar daripada mulut Ibrahim itu apabila mendengar pertengkaran yang berlaku diantara keluarga itu.

Nafisa menoleh memandang Ibrahim sebelum terus melangkah pergi tanpa menghiraukan ayahanda dan bondanya.

Raja Xayden menggelengkan kepalanya perlahan. Hatinya bersungguh sungguh memanjatkan doa agar anaknya berubah.

TENGKU Adzriel melangkah keluar dari pasar malam negara Vendoria setelah selesai memborong makanan. Saja malam ini dia keluar pergi ke negara sebelah untuk menghirup udara segar.

Ditangannya terdapat beberapa plastik makanan. Sebenarnya dia keluar senyap senyap saja. Tiada siapa yang tahu memandang jam sudah menunjukkan pukul 12 malam.

Sedang berjalan jalan sambil menghirup udara segar, langkahnya mati apabila melihat seorang gadis sedang berjalan seperti orang hilang kawalan. Mata Tengku Adzriel beralih pada jalan raya pula sebelum terus berlari mendapatkan gadis tersebut.

Tangan gadis yang mahu melintas jalan itu ditarik sebelum mereka berdua jatuh terbaring diatas lantai. Gadis itu terjatuh diatas tubuh Tengku Adzriel.

Setelah lama mereka begitu, dengan lajunya Tengku Adzriel bangun dari pembaringannya. Bajunya digosok gosok sehingga hilang kesan kotor.

Lalu dia memandang sekeliling sebelum mulutnya ternganga. "Makanan akuu!!" Ujar Tengku Adzriel sayu.

"Membazirnya duit aku," ujar jejaka itu lagi sambil meraup wajahnya.

Gadis itu hanya memandang kearah Tengku Adzriel pelik. Bawah mata gadis itu sudah mula berubah warna akibat mengantuk.

Tengku Adzriel yang perasan dirinya dipandang terus menoleh kearah gadis itu sebelum menunduk memandang lantai.

"Nak lintas jalan tu hati hati," pesan jejaka itu ringkas. "By the way aku Adzriel. Kau?" Soal Tengku Adzriel tanpa memandang wajah gadis dihadapannya itu.

"Na-Nafisa," balas Nafisa. Tangannya naik memegang kepala. Terlalu banyak dia minum air kencing syaitan itu sehingga pening kepala dibuatnya. Rasa seperti ingin pitam.

Baru saja Nafisa hendak menyambung langkahnya untuk balik keistana, tiba tiba kepalanya terasa pusing sebelum dia jatuh terduduk dilantai.

"Nafisa," laju Tengku Adzriel menyambut tubuh gadis itu sebelum memimpinnya. "Kau tinggal mana?" Soal Tengku Adzriel.

"Is-istana Vendoria," jawab Nafisa tersekat sekat. Berkerut dahi Tengku Adzriel mendengar balasan itu sebelum terus menoleh memandang kearah wajah gadis disebelahnya itu.

"Kau anak Raja Xayden?" Nafisa sekadar mengangguk. Tengku Adzriel menutup mulutnya menggunakan tangan. Selalunya tengok gambar je, sekali tengok depan depan. Betul betul cantik gadis ini.

"Ni kau okay tak?" Soal Tengku Adzriel lagi. Nafisa tidak membalas malah hanya berdiam diri. Tengku Adzriel menghela nafas berat sebelum mula diam. Dia menoleh kebelakang memandang makanan yang tumpah itu sebelum kembali memandang kehadapan. Riak wajah kelihatan sedih.

Duit aku!

Smbung update lps raya..

𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀 | 𝐂Where stories live. Discover now