Bab 21

96 8 0
                                    

"Dia keguguran!"

"Shit!"  Carut Tengku Adzriel seraya menumbuk kuat tilam katil wad itu. Perlahan lahan air matanya jatuh. Dia baru saja kehilangan ayah dan sekarang dia kehilangan anak pula.

"Aku yakin ni mesti idea Rien atau Felis. Diorang memang sengaja." Tengku Adzriel menggengam penumbuk kuat menahan marahnya.

Jarum yang dicucuk ditangannya di cabut kasar sebelum dia bangun dari katil itu. "Abang, nak pergi mana?" Soal Nafisa.

"Ambik hak keadilan untuk arwah Ayahanda dan Hawa." Tengku Adzriel melangkah keluar dari wad itu.

Darniell dan Naylisa hanya memerhati. Mereka tidak mampu menghalang.

"AGAK agaknya, suami saya pergi mana?" Soal Nafisa kepada Naylisa. Naylisa yang sedang menolak kerusi roda Nafisa itu masuk kedalam bilik tidur Tuan Puterinya terus terhenti.

"Tak tahu," balas Naylisa sepatah. Naylisa sambung menolak Tuan Puteri masuk kedalam bilik sebelum kembali bersuara "err Tuan Puteri, izinkan saya ketandas jap. Tak tahan dah ni," pinta Naylisa. Nafisa hanya mengangguk mengizinkan pelayan peribadinya itu untuk ketandas.

Naylisa terus berlari masuk kedalam tandas. Nafisa menggelengkan kepalanya perlahan.

Mata wanita itu memandang sekeliling bilik itu. Sudah lama dia meninggalkan bilik itu kerana tidur dikatil hospital.

Sedang memerhati sekeliling tiba tiba pandangan menjadi gelap. "Argh!!" Jerit Nafisa membuatkan Naylisa mula cuak. Dia membuka laju pintu tandas itu sebelum langkahnya mati.

"Tuan Puteri?" Naylisa mencari Nafisa disetiap sudut bilik itu namun tiada.

"TAPI Tengku belum sihat sepenuhnya," ujar Darniell cuba menghalang lelaki itu daripada menyerang Kerajaan Euthoria.

Tengku Adzriel merancang ingin menyerang Kerajaan Euthoria iaitu negara asal Tengku Felisha Saffiyya.

Gadis itu boleh membuat kacau dinegaranya takkan dia tidak boleh membuat kacau dinegara gadis itu?

"Saya serang sikit sikit je selainnya pihak tentera yang serang," ujar Tengku Adzriel membalas ayat pembantunya itu.

"Tapi.. nanti orang yang tak bersalah pun jadi mangsa..." Darniell tidak berputus asa untuk menghalang tengkunya itu.

"Jangan mimpi yang awak boleh halang saya." Mendengar itu, Darniell terus mendiamkan diri. Tiada guna dia menghalang harimau yang sedang mencari mangsa.

"KAU nak apa dari aku?" Jerit Ratu Evelyne. Dia memandang tepat kearah gadis bertopeng dihadapannya itu. Dia tiba tiba diculik kesini.

"Maybe.. anak kau and takhta kau?" Balas Tengku Felisha lalu perlahan lahan dia membuka topeng yang menutupi wajahnya tadi.

"Felis?" Terkejut Ratu Evelyne melihat wajah dihadapannya itu. "Apa? Kau expect aku baik ke?" Kening Tengku Felisha ternaik.

"Tak sangka. You betrayed me!" Ujar Ratu Evelyne kuat. "That's because kau tak halang suami kau daripada kahwinkan Adzriel dengan perempuan tu!"

"Ibu dah halang tapi ayahanda tetap dengan keputusannya," ujar Ratu Evelyne. "Kau ingat aku peduli pasal tu?"

Boom!

Serentak mereka berdua menoleh memandang kearah luar tingkap sebelum Tengku Felisha bertindak mendekati tingkap.

"Shit!"  Carut Tengku Felisha apabila melihat ada kawasan kawasan yang meletup akibat bom.

Dia membawa keluar telefonnya lalu mendail nombor ayahnya. "Kenapa ni ayah?" Soal Tengku Felisha kepada Raja Farith Safwan.

"Ada tentera dari Darendale datang serang Euthoria!" Ujar Raja Farith dari dalam talian.

Ratu Evelyne yang mendengar itu mula tersenyum manakala Nafisa yang berada sedikit jauh daripada Ratu Evelyne itu terkejut. Adakah ini rancangan suaminya?

𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀 | 𝐂Where stories live. Discover now