Bab 7

99 9 1
                                    

Selesai makan pagi, Nafisa berjalan mencari pengawal istana itu. Sedang mencari, kelibat salah seorang pengawal istana menyapa mata gadis itu.

"Fariz," panggil Nafisa membuatkan pengawal yang bernama Fariz itu mendekati Nafisa. "Ya Tuan Puteri."

"Sediakan kereta untuk aku. Aku nak keluar jumpa kawan," arah Nafisa kasar kepada pengawal itu. Fariz mengangguk laju sebelum terus melangkah keluar untuk menyediakan kereta kepada

Tanpa mereka sedar, disebalik dinding terdapat seorang gadis yang sedang mendengar perbualan diantara Nafisa dan Fariz sebelum mengukir senyuman sinis.

"Time to play!!"

LAJU Tengku Adzriel, Ratu Evelyne dan Raja Faleeq berjalan keluar dari istana sebelum Tengku Adzriel menjerit memanggil pemandunya. "Kamal!!"

"Ya Tengku," sahut jejaka yang dipanggil Kamal itu setelah tiba dihadapan keluarga itu. "Kami nak keluar sekejap." Kakinya dibawa menuju ke kereta istana yang tersedia elok dihadapan Istana.

"Eh tapi Tengku, kereta tu Fariz sediakan untuk Tuan Puteri. Beliau kata beliau hendak keluar jumpa kawan," ujar Kamal memberhentikan tindakan majikannya.

Mata Tengku Adzriel naik memandang kearah Kamal lalu bersuara "sediakan kereta lain. Lepastu saya nak korang jaga Tuan Puteri elok elok. Dah jom Ayahanda dan ibunda." Ratu Evelyne dan Raja Faleeq turut melangkah masuk kedalam kereta milik Istana Darendale itu. Kamal turut melangkah masuk kedalam sebelum kereta itu meluncur laju meninggalkan kawasan itu.

DALAM perjalanan pergi ke destinasi mereka iaitu Istana Euthoria ingin makan tengahari bersama, mereka berbual kosong.

"Ehh abang, tengok ni. Cantikkan Felis!!" Puji Ratu Evelyne seraya menunjukkan gambar Tengku Felisha yang mengenakan baju kebaya kepada suaminya. Raja Faleeq mengerling sekilas gambar yang ditunjukkan kepadanya itu sebelum mengangguk perlahan.

"Cantik lagi menantu abang," puji Raja Faleeq membuatkan Tengku Adzriel menyampuk "haah betul tu ayahanda."

Ratu Evelyne mencebikkan bibirnya sebelum kembali menoleh kehadapan. Tak habis habis dengan Nafisa! Felisha lagi better, okay!!

Terasa seperti kereta itu hilang arah membuatkan Ratu Evelyne bersuara "Kamal! Bawa elok elok Kamal!"

"Tak Ratu. Macam ada something yang tak kena dengan kereta ni," balas Kamal yang masih cuba untuk mengawal kereta itu.

Dahi Raja Faleeq mula berkerut tatkala terhidu sesuatu. "Kenapa macam ada bau sesuatu?" Soal Raja Faleeq. "Macam bau asap je," balas Tengku Adzriel yang turut terhidu bau itu.

"Makin kuat bau dia," ujar Raja Faleeq.
Kamal mengecilkan matanya memandang kearah bonet dibahagian hadapan. Banyak asap yang keluar dari situ.

"Raja Ratu! Kereta ni nak terbak-"

Boom!


Maaf chapter ni pndek 😘mls taip pepnjng..

𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀 | 𝐂Where stories live. Discover now