Bab 27

103 5 0
                                    

Selesai saja makan pagi, Raja Adzriel dan Tengku Adzrien terus bersiap untuk ke Istana Ridana bagi menyertai makan tengahari. Kerajaan Ridana memang suka membuat makan makan begitu bertujuan untuk merapatkan hubungan kerajaan kerajaan di dunia.

Dengan pakaian rasmi, Raja Adzriel memboloskan diri kedalam perut kereta Istana Darendale. Tengku Adzrien turut melakukan perkara yang sama.

"Tuanku, Tengku, dah boleh gerak atau belum?" Soal Ibrahim yang menjadi pemandu hari ini. Dia hanya memandang Raja mereka dicermin pandang belakang.

"Ya, mulakan perjalanan, Ibrahim," Raja Adzriel bersuara.

SELESAI saja makan makan itu, mereka bertolak untuk pulang. Banyak lagi kerja yang Raja Adzriel perlu lakukan.

Ingat lagi arwah isterinya ada pesan supaya buat pembinaan baharu untuk Negara Euthoria. Dia kata rakyat disana tidak bersalah. Yang bersalah hanyalah arwah Tengku Felisha Saffiya

Jadi dia perlu pulang cepat keistana untuk membincangkan apa yang patut dibina di Euthoria.

Hujan lebat yang turun saat itu menyebabkan jalan raya menjadi licin dan pandangan Ibrahim untuk memandu sedikit terganggu.

"Lebatnya hujan abang, apa doa ketika hujan turun?" Soal Tengku Adzrien kepada abangnya. Dia menoleh memandang kearah Raja Adzriel

"Allahumma toyyiban nafi'an," lafaz jejaka itu sambil menadah tangan lalu dia dan Tengku Adzrien mengaminkan doa.

"Tuanku, lebat sangatlah hujan. Menganggu pandangan saya. Boleh tak kalau saya berhenti sekejap?" Soal Ibrahim. Dia memang akan menggunakan gelaran 'saya' dengan Raja Adzriel memandangkan jejaka itu yang suruh.

Raja Adzriel sekadar mengangguk. Dia tahu akan jadi bahaya kalau dia biarkan Ibrahim memandu.

Ibrahim memusingkan stereng ke kiri untuk berhenti dibahu jalan.

Namun disebabkan jalan raya yang licin, Ibrahim mula hilang kawalan. "Ibrahim! Kenapa ni?" Kalut Raja Adzriel menyoal. Mulut tidak berhenti beristigfar.

"Jalan licin Tuanku!!" Balas Ibrahim yang masih cuba mengawal kereta itu daripada terbabas.

Nasib tidak menyebelahi mereka, mereka semua terbabas.

LAJU Naylisa dan Darniall berlari mendekati wad yang menempatkan majikan mereka.

Raja Xayden, Permaisuri Aurora dan Airiel turut berada disitu untuk melawat Raja Adzriel.

"Eh Tuanku, Permaisuri, Tuan Putera," Naylisa dan Darniall menunduk hormat apabila melihat Keluarga Kerajaan Vendoria itu.

Mereka sekadar mengangguk kepala sekali.

"Baru sampai ke?" Soal Permaisuri Auroura. Mereka berdua mengangguk mengiyakan pertanyaan itu.

"Macam mana dengan diorang, Permaisuri?" Soal Naylisa. Jelas terpancar wajah kerisauan. Ye lah. Dia telah hilang Ratunya, dia tidak mahu kehilangan Raja dan Tengkunya pula.

"Kami tak tahu. Doktor masih rawat diorang. Kamu jangan risau. Doa aje baik baik," balas Permaisuri Auroura.

Naylisa hanya memandang wajah gadis berniqab dihadapannya itu sebelum air mata mula bertakung ditubir mata.

"Diorang aje keluarga yang patik ada, Permaisuri.." luah Naylisa.

Permaisuri Auroura bangun dari duduknya lalu melangkah mendekati gadis itu. Gadis itu dipeluk erat. "Apa yang jadi di dunia ni pasti ada hikmah. Allah nak uji kita. 'Laa yukalifu allahu nafsan, illa us'aha'," ujar Permaisuri Auroura. Wanita itu melafazkan ayat 286 surah Al Baqarah

Ktak!

Serentak mereka semua menoleh kearah bunyi itu.

"Macam mana dengan mereka?" Soal Raja Xayden. Permaisuri Auroura dan Naylisa turut memandang kearah situ. Menunggu balasan Doktor Aziz.

"Hurm susah nak cakap, tapi kena. Dalam kemalangan ni, hanya seorang saja yang kami dapat selamatkan. Iaitu Raja Adzriel Zayn," beritahu Doktor Aziz membuatkan semua tersentak.

"Maksudnya..." Airiel bersuara. "Ya, Tengku Adzrien dan seorang lagi tidak dapat diselamatkan," ujar Doktor Aziz.

"Maafkan kami," pinta Doktor Aziz serba salah.

"Awak tak salah. Dah takdir diorang. Ni mungkin kifarah untuk Raja Adzriel atas apa yang dia dah lakukan," ujar Raja Xayden.

"Jom kebumikan Tengku dan Ibrahim disebelah makam Ratu," ajak Darniall. Yang lain mengangguk setuju.

HABIS semuanya, Tengku Adzrien memandang sayu kearah makam abangnya. Semalam isterinya, hari ni adiknya pula.

"Tengku, jom balik. Tengku masih sakit," pinta Darniall dibelakangnya.

Perlahan lahan Raja Adzriel memalingkan wajahnya memandang kearah Darniall. "Boleh tak kalau suruh Tengku Faizan yang jadi Raja. Saya tak layak," ujar Raja Adzriel menyuruh bapak saudaranya menjadi pemimpin.

"Tapi kenapa?"

"Saya tak layak jadi pemimpin. Saya Raja yang teruk. Lagipun saya dah lumpuh, Niall," ujar Raja Adzriel.

"Mana bol-"

"Sekarang saya masih Raja. Saya perintahkan awak. So buatlah. Saya tak nak sebab nak usaha baiki diri, Niall," tegas Raja Adzriel menyuruh jejaka itu.

Akhirnya Darniall setuju. "Okay Tuanku," balas Darniall.

Darniall terus berlalu pergi.

Raja Adzriel kembali memandang kearah makam dihadapannya sebelum air matanya mula jatuh.

"Maafkan abang, Hawa. Abang dah dapat kifarah. Abang kehilangan orang yang abang sayang. Abang lumpuh. Maafkan abang."

"Abang sayangkan Hawa. Jumpa sayang disyurga. Abang cuba untuk tidak meratapi sayang. Ana uhibbuki fillah," ujar jejaka itu. Hujan yang turun mula membasahi dirinya dan makam isterinya.

"Jaga diri disana. Jaga anak anak abang elok elok. Sejujurnya abang tak kuat tapi abang cuba. Abang nak jumpa sayang disyurga. Abang akan usaha baiki diri untuk masuk syurga. Tunggu abang, Hawa."

-TAMAT-

PRINCESS NAFISA MELABUHKAN TIRAI

START: 1 APRIL 2024
END: 16 AUGUST 2024

𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀 | 𝐂Where stories live. Discover now