Bab 4

112 9 0
                                    

Tengku Adzriel melangkah turun kebawah bersama isterinya sebelum melangkah masuk keruang makan. Kelibat seseorang yang sudah lama tidak kelihatan mengejutkan Tengku Adzriel.

"Ibu, Rien ke tu?" Soal Tengku Adzriel menarik perhatian ibundanya. Ratu Evelyne mengerling anak sulungnya sekilas lalu mengangguk. Dia kembali berborak dengan anak kesayangannya itu.

Tengku Adzriel mendekati meja makan sebelum melabuhkan diri bersebelahan dengan Ratu Evelyne. Nafisa pula melabuhkan diri ditepi suaminya.

Tengku Adzrien Zein yang sedang berborak dengan Ratu Evelyne itu mula terpandang Nafisa. "Nafisa?" Gadis itu mengangkat wajahnya tatkala mendengar namanya diseru. "Zein?"

Tengku Adzriel mengerutkan dahinya sambil melihat isteri dan adiknya bersilih ganti. "Korang kenal?" Soal Tengku Adzriel kepada Nafisa dan Tengku Adzrien.

Perlahan lahan Nafisa mengangguk mengiyakan pertanyaan daripada suaminya itu. "Macam mana boleh kenal?" Tanya Ratu Evelyne pula.

"Dia ex-"

"Dia girlfriend Rien. Macam mana dia boleh ada dalam rumah ni?" Tanya Tengku Adzrien ingin tahu. "Girlfriend?" Terkejut Tengku Adzriel mendengar kenyataan yang keluar dari mulut adiknya itu.

"Lah girlfriend ke? Ha Adzriel! Kan ibu dah kata tak payah kahwin dengan dia. Dia dah berpunya. Kahwin je dengan Tengk-"

"Ratu, ni Tengku Felisha dah sampai," celah seorang pelayan istana itu memberitahu kehadiran seorang gadis yang merupakan anak kepada Raja Kerajaan Euthoria.

Ratu Evelyne menoleh sebelum tersenyum lebar. "Panjang umur. Meh sini Felis kita makan sama sama," ajak Ratu Evelyne seraya menarik tangan gadis itu.

"Ni Fisa, bangun bagi Felis duduk tepi Adzriel," arah Ratu Evelyne kasar seraya menolak tubuh Nafisa. Nafisa mendengus kasar sebelum bangun dari duduknya. Dia mengubah tempat duduk dihadapan suaminya.

Tengku Felisha hanya mendiamkan diri seraya melabuhkan diri dikerusi bersebelahan dengan Tengku Adzriel. Tengku Adzriel yang perasan benda itu terus menjarakkan sedikit kerusinya dengan kerusi yang diduduki oleh Tengku Felisha.

Manakala Nafisa pula hanya sibuk menjamu selera. Langsung tidak peduli akan keadaan sekeliling.

"Eh Felisha," tegur seseorang yang baru tiba menarik perhatian mereka semua. "Eh ayahanda." Tengku Adzriel mengangkat kepalanya lalu menghadiahkan senyuman manisnya kepada jejaka berumur itu.

"Uncle." Felisha menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat. Raja Faleeq tersenyum nipis membalas sapaan gadis itu lalu melabuhkan diri dikerusi meja makan yang khas untuknya itu.

Dia memandang Tengku Adzriel, Tengku Adzrien, Tengku Felisha dan Nafisa bersilih ganti. "Kamu dah tukar bini ke, Adzriel?" Soal Raja Faleeq membuatkan air yang diminum oleh jejaka itu tersembur keluar.

"Ha?"

Raja Faleeq menghela nafas seraya menggelengkan kepalanya perlahan. "Kenapa Tengku Felisha yang duduk tepi kamu? Dah tu Rien, kenapa kakak ipar kamu duduk tepi kamu?"

"Kakak ipar?" Terkejut Tengku Adzrien mendengar kenyataan itu. Maknanya gadis itu telah berkahwin dengan abangnya.

"Ha itulah selalu sangat hilang. Diorang dah kahwin minggu lepas," balas Raja Faleeq memberitahu kebenaran. Tengku Adzrien yang mendengar itu mula mengenggam penumbuk kuat menahan amarahnya.

Ratu Evelyne pula tersenyum sinis. Dari apa yang dilihatnya, anak kesayangannya sedang menaruh hati kepada Nafisa. Dia tidak kisah jika Nafisa menjadi menantunya namun Nafisa harus jadi isteri Tengku Adzrien Zein dan bukan Tengku Adzriel Zayn.

NAFISA duduk dikerusi yang terdapat ditaman air. Ditangannya terdapat segelas jus oren yang dibancuh oleh seorang pelayan istana.

Dia menghirup jus itu sambil memandang sekeliling sebelum satu suara menarik perhatiannya. "Hawa!!"

Gadis itu menoleh sebelum menikam tajam bebola mata Tengku Adzriel. "Berapa kali aku nak cakap jangan panggil aku Hawa!!" Ujar Nafisa seraya mengetap giginya kuat.

"Hawa buat apa dekat sini?" Soal Tengku Adzriel. Dia melabuhkan diri dikerusi yang berada dihadapan isterinya.

"Tengah cuci tahi kuda ni hah!" Jawab Nafisa sinis. Tak nampak ke dia sedang minum air?

"Ouh Hawa teringin nak cuci tahi kuda ke? Jom kita pergi kandang kuda dekat belakang Istana," balas Tengku Adzriel selamba membuatkan Nafisa semakin geram. Subhanallah! Sungguh menguji kesabaran!

"Kau ni kenapa?!" Soal Nafisa seraya menoleh menghadap suaminya. "Abang," perbetul Tengku Adzriel.

"Ee tak hingin," balas Nafisa lalu kembali memandang kehadapan. Burung burung yang berkicauan dilangit dipandang tanpa riak.

Tengku Adzriel tersenyum. Jujur dia kata isterinya sangatlah cantik. Walaupun kahwin paksa namun dia sudah jatuh hati pada gadis berambut perang beralun itu.

Dia sudah lama berkenan dengan gadis Malaysia dan isterinya merupakan kacukan Malaysia memandang Permaisuri Auroura berasal daripada negara sebelah iaitu Malaysia dan Raja Xayden membesar diMalaysia.

"Apa pandang pandang?" Tanya Nafisa apabila sedar yang dirinya diperhati. "Salah ke pandang isteri sendiri, hm?" Soalan dibalas soalan.

Nafisa menjeling tajam jejaka itu.

"Fisa!!" Nafisa menoleh sebelum tersenyum. "Feli." Nafisa membalas sapaan gadis itu. Tengku Felisha mengambil kerusi lalu dilabuhkan ditepi sahabatnya.

"Woo bahagianya korang!!" Ujar Tengku Felisha sambil memandang Tengku Adzriel dan sahabatnya bersilih ganti. "Bahagia? No!" Balas Nafisa menafikan penyataan yang keluar dari mulut Tengku Felisha.

"Hawa tak bahagia ke hidup dengan abang?" Celah Tengku Adzriel menyoal. Dia memandang tepat wajah isterinya.

"Takk!!" Nafisa bangun dari duduknya lalu menarik tangan Tengku Felisha masuk kedalam meninggalkan suaminya disitu seorang diri. Makin lama dia disitu, makin gila dibuatnya.

𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀 | 𝐂Where stories live. Discover now