Bab 16

93 7 0
                                    

Perlahan lahan Nafisa mencelikkan matanya sebelum kembali dipejam akibat cahaya yang menusuk mata. Dia mengosok matanya lalu dibuka semula.

"Tuan Puteri." Nafisa menoleh kearah suara itu. Kelihatan Naylisa iaitu pelayan peribadi Nafisa berlari kecil kearah katilnya.

"Lisa, macam mana saya boleh ada sini? Tadi saya pergi hospital.." soal Nafisa kepada pelayan peribadinya. "Erm Kamal beritahu saya yang Ratu suruh Kamal hantar Tuan Puteri balik. Ratu taknak Tuan Puteri pergi hospital," balas Naylisa menjawab soalan tersebut.

"T-tapi Adzriel suami saya.." ujar Nafisa sayu. Kenapa Ratu Evelyne tidak membenarkannya melawat Tengku Adzriel?

Naylisa tidak membalas apa apa. Dia juga hairan kenapa Ratu tidak benarkan Nafisa yang merupakan isteri kepada Tengku Adzriel pergi ke hospital.

"Sekarang pukul berapa?"

"Pukul 6 petang, Tuan Puteri," jawab Naylisa. "Malam ni awak boleh tolong saya tak?" Laju Naylisa mengangguk.

"InsyaAllah boleh, Tuan Puteri. Tolong apa tu?" Tanya Naylisa kepada Tuan Puterinya. Dia memandang tepat wajah cantik Nafisa.

"Teman saya mengelinap keluar dari istana malam ni. Saya nak pergi hospital." Terbeliak mata Naylisa mendengar itu. Biar betul Tuan Puterinya ini?

"Boleh tak, Lisa?"

"Err boleh boleh," laju Naylisa membalas. Nafisa mengangguk lalu bangun dari duduknya. Dia melangkah masuk kedalam tandas.

SELESAI bersiap, Nafisa dan Naylisa melangkah keluar dari istana mengikuti pintu belakang. Perlahan lahan mereka melangkah bagi mengelakkan terkeluar sebarang bunyi yang boleh menarik perhatian penjaga Istana Darendale itu.

"Yeay kita berjaya!!" Ujar Naylisa setelah mereka berjaya keluar dari kawasan istana tersebut.

"Shuh!!" Jari telunjuk naik diletakkan dibibirnya menyuruh pelayannya diam. "Ish jangan bising nanti kantoilah." Naylisa tersengih.

Mereka berjalan beriringan menuju ke Hospital Besar Kerajaan Darendale.

Hampir 20 minit berjalan, akhirnya sampai juga didestinasi. Mereka menaikki lif untuk naik ke tingkat 4 dimana terletaknya wad yang menempatkan Tengku Adzriel.

Perlahan lahan Nafisa menolak pintu wad itu lalu melangkah masuk kedalam bersama Naylisa.

"Assalamualaikum abang," ucap Nafisa seraya melabuhkan diri dikerusi kosong tepi katil wad itu.

Naylisa sekadar memerhati.

Perlahan lahan tangan gadis itu bergerak menyentuh tangan suaminya. "Dari pagi tadi lagi abang tidur, taknak bangun ke?" Soal Nafisa walaupun tahu yang soalannya tidak akan dijawab.

"Abang dah taknak tengok muka isteri abang ni eh? Yelah isteri abang ni kan isteri derhaka," ujar Nafisa lagi. Naylisa yang mendengar itu terus mengangkat kepalanya memandang kearah Nafisa.

"Malam ni Fisa tidur sini dengan abang eh," kata gadis itu sebelum menoleh memandang kearah Naylisa. "Awak nak balik? Pergilah. Jap saya call Kamal datang ambik awak."

"Eh takpalah. Saya tidur sini jugak," tolak Naylisa lembut. "It's okay. Awak baliklah." Naylisa tersenyum nipis lalu mengangguk.

Dia melangkah keluar dari wad itu.

Nafisa mencapai telefonnya lalu mendail nombor Kamal. Setelah berbual, dia mematikan panggilan lalu telefon itu diletakkan ditepi semula.

Dia memeluk tangan suaminya lalu meletakkan kepalanya keatas katil. Walaupun katil wad itu katil Queen, Nafisa tetap tidur sambil duduk diatas kerusi begitu. Perlahan lahan matanya tertutup.

RATU EVELYNE NATALIYA melangkah masuk kedalam wad diraja yang menempatkan anaknya bersama sama Tengku Felisha.

Masuk saja kedalam, mata Tengku Felisha terhenti pada satu kelibat yang sedang tidur ditepi Tengku Adzriel.

"Ibu.. iatu bukan perempuan tu ke?" Soal Tengku Felisha Saffiyya sambil jarinya ditundingkan menunjuk kearah Nafisa.

Ratu Evelyne menoleh memandang kearah yang ditunjukkan oleh Tengku Felisha. Wajahnya berubah tegang sebelum mendekati gadis tersebut.

"IZZHAWA NAFISA!!" jerit Ratu Evelyne bagi mengejutkan Nafisa yang sedang tidur itu.

Perlahan lahan Nafisa membuka matanya sebelum memandang kearah suara yang mengejutnya itu. "Eh ibu.."

"Siapa ibu kau? Panggil aku ratu!! Ni kau datang sini buat apa?" Tegas wanita berumur itu menyoal.

"Fisa datang melawat Adzriel aje," balas gadis itu perlahan. "Siapa izinkan kau masuk wad ni? Menantu aku je dibenarkan masuk!!" Sempat dia mengerling sekilas memandang kearah Tengku Felisha.

"T-tapi.."

"Tapi apa? Kau nak cakap kau menantu aku? Sorry, aku tak pernah anggap kau sebagai menantu aku!!" Ujar Ratu Evelyne sebelum bertindak menarik tangan Nafisa bangun dari duduknya lalu menolak gadis itu sehingga terjatuh.

"Aduh!!" Menyerang kesakitan dibuatnya. Tangannya bergerak laju memegang perutnya yang tiba tiba terasa sakit selepas ditolak oleh Ratu Evelyne itu.

Ratu Evelyne menghiraukan Nafisa. Dia melabuhkan duduk dikerusi yang diduduki oleh Nafisa tadi manakala Tengku Felisha hanya memandang Nafisa tanpa rasa ingin menolong.

Sedikit demi sedikit air mata Nafisa jatuh. Dia memegang dinding lalu perlahan lahan bangun dari jatuhnya itu. Dia menghadiahkan senyuman nipis kepada bekas sahabatnya itu lalu melangkah keluar.

Tengku Felisha membuat gaya geli geliman melihat senyuman Nafisa itu sebelum matanya jatuh pada tangan Nafisa yang memegang perut itu.

Dengan dahi berkerut, Tengku Felisha mendekati Ratu Evelyne. "Ibu.." Ratu Evelyne menoleh.

"I think there are have things that we don't know," ujar Tengku Felisha. Matanya langsung tidak memandang wajah Ratu Evelyne sebaliknya dia memandang pintu wad yang baru saja ditutup oleh Nafisa tadi.

Dahi Ratu Evelyne mula berkerut tatkala mendengar itu. "Benda apa?"

Gadis itu mendekatkan mulutnya dengan telinga Ratu Evelyne lalu membisik sesuatu.

Ratu Evelyne tersenyum sinis. Tengku Felisha juga.

𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀 | 𝐂Where stories live. Discover now