Seduction | 28

5.6K 377 23
                                    

        SATU PER SATU pakaian yang dikeluarkan dipadankan dengan satu sama lain. Dari pagi sehingga masuk waktu tengah hari, dia masih tidak habis mengemas pakaian untuk dibawa ke Florence. Penampilan adalah nombor satu bagi Amanda Vierra. Dari hujung rambut ke hujung kaki semuanya harus sempurna dengan jenama-jenama terkenal.

Kalau dia keluar dari rumah, tanpa mengenakan perhiasan yang paling minimal pun boleh buat dunia disekeliling terasa hambar.

Sejak awal pagi tadi juga, notifikasi dari telefon bimbit semua diabaikan. Cukup dia beritahu dia sibuk hari ini dan tak mahu diganggu kepada orang-orang penting.

"Perfect!" Ujarnya sendiri sambil tersenyum lebar. Lengannya disilangkan ke dada.

Sedang dia leka melayani diri sendiri, loceng rumahnya berbunyi membuatkan senyuman diwajah memudar bertukar dengan kerutan. Dia sudah cakap dia tak mahu diganggu!

Tak mungkin itu Bobby ataupun Gina, Bobby dah cakap yang dia tak akan datang hari ini sebab dia ada temujanji dengan doktor pembedahan plastik untuk tambah kemancungan hidung.

Gina pula, dia kena iringi pelawat dari UK hari ini di pejabat.

Daniel? Semalam, lelaki itu kata dia akan sibuk seharian hari ini memandangkan esok mereka akan berangkat ke Itali.

Hans? Tidak mungkin. Kalau Hans nak jumpa dia, Han akan suruh dia datang kepada Hans.

Tidak menunggu lama, Amanda terus keluar dari bilik dan meluru kearah pintu.

Sebaik pintu rumah dibuka, Amanda terkaku.   Satu figura yang tak disangka-sangka akan muncul kini berdiri penuh ego dihadapan pintu rumahnya.

Senyuman Amanda mati.

Matanya tidak berkedip memandang manusia itu. Tangannya mula menggenggam pemegang pintu dengan lebih kuat.

Tiada secalit senyum di wajah itu, tiada sapaan mesra seperti kenalan biasa. Persis manusia yang tiada adab, manusia itu menerjah masuk ke dalam rumahnya dengan masih berkasut hitam berkilat.

"Amanda Vierra binti Taufiq Isa"

Meremang bulu roma Amanda bila nama penuhnya diseru bibir jijik Megat Darrius. Ya, Tan Sri Megat Darrius.

Sambil matanya masih memandang tidak percaya kearah lelaki yang sudah berdiri di ruang tamu rumah, senyuman palsu ditarik habis, "You know my name, uncle"

"And don't act like you don't know me, Amanda"

Senyuman di wajah Amanda memudar. "Of course I know you, Daniel's daddy..."

"Or... you know me as your mother's murderer" selamba soalan sensitif itu dilontarkan.

Detik ini, hatinya terasa menghancur dalam sekelip mata. Kekuatan yang dia bina bertahun-tahun dari rasa benci dan dendam... musnah saat ini.

Senyuman yang tadi kian menghilang kini terhapus sepenuhnya. Fikirannya jadi kosong serta merta bila disoal dengan sesuatu yang dia tak pernah fikir Megat Darrius akan tanya padanya.

Rahangnya diketap kuat bila dada sudah terasa mahu pecah. Sakit... dia tak sangka rasa sakit ini akan kembali hadir setelah sekian lama dia cuba untuk ubati. Sekelilingnya mula terlihat gelap dan hanya ada Megat Darrius di hadapannya.

Kaki yang mula terasa longlai cuba digagahkan.

"Or... you know me as your mother's murderer"

"Or... you know me as your mother's murderer"

"Or... you know me as your mother's murderer"

Mata yang sudah mula ditakungi air mata sedaya upaya ditahan agar tiada satu titik pun mengalir. Dia tak akan sesekali tunjuk lemahnya dia dihadapan manusia ini.

Book 4 : SeductionTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang