" Hello? "" Apa? " sahut Jim perlahan. Pintu pagar dibuka perlahan. Anak mata Jim terus menerkam mata lelaki di hadapannya. Siapa mangkuk ni.
" Can I meet your boss? Please? " bibir lelaki di hadapannya perlahan mengukir senyuman. Senyuman ikhlas...
" Kau siapa? Apa kau nak.. " Jim perlahan menarik pistolnya dari belakang keluar. Lelaki dihadapannya di renung atas bawah.
Lelaki dihadapannya hanya tersenyum sebaris. Nampak macam tak kisah pun tindakan yang akan dilakukan oleh Jim selepas ini.
Jim mula rasa terbakar dengan reaksi lelaki ini. 'Siapa kau'..bisik Jim dalam hati.
" Can I meet your boss, please? " soal lelaki itu tenang.
" Aku tanya kau, siapa kau? Itu je. Tak reti nak jawab ke? " Jim mula berlagak tenang tapi dalam hati dah menyumpah hidup lelaki ni.
" Raz, he's the one who send me here, to meet your boss, Auliya. "
" Proof ? " kening kanan Jim terangkat sedikit. Pistol ditangan mula tenang disimpan semula. Nak percaya, tapi rules Aliya,..
' Jangan percaya orang yang mudah tersenyum. Remember,innocent face always win..so, don't be a loser to trust them easily. '
Fujitsu F-02D Flip Phone dibawa keluar dari kocek seluar dia. Nombor Raz di paparan skrin telefonnya dihala tepat pada muka Jim. Tapi tak sangka lelaki ini cekap. Dia rakam perbualan antara dia dan Raz semasa mereka berbual dalam call tadi.
" Oh. So, Raz yang hantar kau? "
Lelaki ini hanya mengangguk perlahan. Tak lekang senyuman dibibir.
" Hm. Follow me. " Jim terus toleh ke belakang. Matanya tertumpu pada cermin pantulan dan matanya tepat merenung lelaki yang berjalan mengikuti belakangnya. Something fishy..
" Kenapa Raz panggil kau? " soal Jim dingin. Dari tadi lagi, Jim dah meluat dengan lelaki ni. Tapi malas nak tunjuk. Nanti nampak sangat dia cemburu.
" Job. " sepatah sahaja ayat yang keluar dari hujung bibirnya.
" Oh. " Jim angguk perlahan. Pengawal dihadapan pintu utama ditepuk seraya melangkah masuk ke dalam rumah agam Auliya. Jim berhenti tepat di hadapan pintu dan terus toleh ke belakang.
" Tunggu dekat ruang tamu. Jangan pergi mana-mana. Kalau nak pergi tandas, minta izin pengawal yang berdiri dekat depan pintu tu. " ujar Jim tegas. Mata Jim hala ke arah lain. Malas nak pandang wajah lelaki ni. Jim terus berpusing ke belakang dan melangkah pergi dari situ.
Lelaki ni pula hanya tersenyum biasa. Angguk sekali cukup, terus masuk dalam rumah Auliya dengan mata yang bersinar. Siapa je tak bersinar tengok rumah besar macam istana.
" Kaya dah kau sekarang eh.. "
_________________________________________
Tayar motor aku laju masuk ke kawasan parkir kenderaan aku. Helmet, sarung tangan semua ditanggalkan. Aku dengan takde mood nya, pergi campak terus sarung tangan ke lantai. Takpe. Nanti ada lah tu orang yang bersihkan.
" Puan, awal balik hari ni? Dah habis kerja ke? " soal pengawal seraya menarik jaket kulit hitam di badan aku. Pengawal itu turut mengikuti langkah aku sambil bersuara.
" Tadi ada orang datang nak jumpa puan. Dia kata, Raz yang hantar dia. "
Langkah aku mati di hadapan muka pintu. Raz dah jumpa dah pengganti dia?
" Raz? " soalku tegang.
" Ya puan. Raz. Tadi lelaki tu tunjuk bukti yang dia call dengan Raz. Perbualan diorang berdua pun lelaki tu record, puan. " ujar Encik Fahmi dari belakang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Her Personal Assistant (In Editing)
غموض / إثارة-𝐀𝐮𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐭𝐚𝐥𝐲𝐢𝐚 " Selagi dia tak mati, aku takkan mati. Itu sumpah aku " Konflik antara sahabat. Obses. Dendam. Tikam belakang. Khianat. Semuanya terjadi apabila Auliya menjadi seorang sebatang kara yang kehilangan keluarganya. Wal...