Jung Yujun.
Remaja belasan tahun itu tersenyum sungguh manis dan indah sekali di hadapan cermin.
Hari ini, dia akan ke sekolah baharu.
Namun ..
Seminggu berlalu, senyumannya kian memudar.
Minggu berganti bulan, pada akhirnya senyumannya langsung.. hilang.
Tiada lagi Yujun yang ceria,
Yujun yang suka memberikan pelukan serta kucupan manja terhadap rakan semejanya.
Fikirnya, mereka sangat mengalu-alukan Yujun untuk bersahabat dengan mereka.
Merekalah yang menyapa serta mengajak Yujun duduk semeja dengan mereka.
Tanpa Yujun tahu bahawa merekalah yang bakal menjadi punca tersungkurnya dirinya serta peninggalan parut nan dalam buat Yujun.
Dia dibuli.
Dia dipaksa melayani mereka seperti raja. Dia ibarat butler di situ.
Yujun juga sering dibelasah dalam perjalanan pulang ke rumah.
Hari ini, Yujun tidak ke sekolah.
Hatinya untuk ke sekolah sudah luluh.
Cukup rapuh.
Dia hanya terperuk dalam biliknya sepanjang hari itu.
Apa salahnya ?
Apa yang perlu dia lakukan supaya dia boleh kembali belajar di sekolah dengan aman ?
Dia ..
Tidak tahu.
Bermacam perkara yang telah dia lakukan namun semuanya berakhir dengan penuh dukacita.
Keesokannya, Yujun duduk bersandar di sebatang pokok besar di halaman belakang rumahnya.
Merenung bintang-bintang indah di langit malam.
Tanpa sedar, Yujun kembali menitiskan air mata.
Dia tidak tahu bagaimana untuk mengawal kesakitan ini.
Prestasinya di sekolah juga semakin merosot.
Bagaimana untuk dia kembali mendapatkan fokus ketika belajar dan mengulangkaji pelajaran ?
Lamunan Yujun terhenti apabila dia mendengar bunyi kucing mengiau.
Kucing tersebut kedengaran seperti dalam kesakitan.
Kucing putih yang sungguh cantik.
Bulunya menawan, gebu dan cukup bersih.Tak lupa juga kedua belah mata kucing itu yang berwarna hijau gelap, hijau muda serta bertona turquoise.
Sungguh anggun sekali.
Yujun berdiam tidak berkutik buat beberapa saat sebelum bergerak refleks sebaik sahaja mendengar kucing itu berbunyi lagi namun kali ini lebih nyaring.
" Alo alo. Kesiannya dia.
Kaki tersepit dekat pagar.
Okay, okie. Sekejap, sabar sayang.
Biar saya tolong. "Yujun memegang kaki serta ekor kucing itu dengan cukup berhati-hati dan penuh kasih.
Terkadang jemarinya terasa pedih dan sakit kerana turut tersepit ketika ingin membantu kucing itu.
Kucing itu bergerak agresif, meronta-ronta untuk dilepaskan.
" Ya, sabar sayang. Sekejap.
Okay, siap ! ", kata Yujun.
YOU ARE READING
[✓] Sketsa Mini xikers (bab pendek)
Fanfictionbxb fluff & Malay | Bahasa Melayu These might be silly drabbles/shorts/one-shot ff but wwehe, saya suka. ✉