Bab 1

172 8 0
                                    


"Ladies and gentlemen, we have landed at Kuala Lumpur International Airport. To all visitors, welcome to Malaysia and to our Malaysian, welcome home.
Tuan-tuan dan puan-puan kita telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kepada pelawat kami ucapkan selamat datang ke Malaysia dan kepada warganegara, selamat pulang ke Tanah Air."

Terasa sebak di dalam dada semakin mendatang. Sudah lama dia tidak menjejak kaki di tanah air sendiri. Disebabkan dia mengambil peluang untuk menyambung pelajarannya ke Sydney, Neera terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga selama beberapa tahun. Dan sudah tiba masanya dia balik ke Kuala Lumpur semula.

Tipulah kalau dia kata dia tidak rindukan Malaysia walaupun dialah paling beria-ria untuk tinggalkan Malaysia suatu ketika dahulu.

Tanpa membuang masa Neera bangun dari tempat duduk first class seat sebelum mencapai beg galas yang dibawa bersama keluar dari kapal terbang.

Lantas dia berjalan ke immigration dahulu sebelum mengambil bagasi dan bawa bersama-sama ke tempat menunggu.

Neera mengeluh. Haih... ingatkan sampai saja di ruangan menunggu akan ada yang menunggu ketibaannya pulang dari Sydney. Rupanya jangkaan jauh dari yang apa dia fikirkan.

Iphone miliknya dikeluarkan dari dalam beg galas sebelum dia jalan menolak bagasi keluar dari dalam KLIA. Tangan masih fokus ke arah skrin telefon. Mana tahu ada mesej dia terlepas pandang.

"Neera!!"

Tersentak Neera apabila bahunya disapa secara tiba-tiba. Kepalanya dipusingkan kebelakang, mahu melihat siapa yang pandai-pandai menyapanya dengan cara begitu dan...

"Eliya!!"

Badan wanita muda yang sebaya dengannya itu terus dipeluk erat. Rindunya dia sama kawan baiknya ini!

"Aku ingat kau lupa tau!!" Ujar Neera. Mati-matian dia ingat tiada siapa yang akan menjemputnya.

"Takkan aku boleh lupa?" Balas Eliya sambil tertawa.

"Kau sorang je ke?" Soalan yang dia sudah tahu jawapannya ditanya.

"Eh taklah. Habistu belakang kau apa?"

Kening Neera ternaik sedikit, dahi sudah berkerut. Hah? Apa yang si Liya ni cakap? Tidak lama kemudian dia pusing ke arah belakang dan buat kali kedua dia...

"Mummy daddy!!" Seraya itu dia berlari mendekati kedua orang tuanya. Kedua tangan mereka didepa sebelum Neera menyatukannya. Pelukan yang sudah lama dia rindui terubat. Air mata tiba-tiba sahaja mengalir.

"Eh kenapa Neera nangis ni? Tak happy ke jumpa mummy dengan daddy?" Soal Datin Fadilah. Tiba-tiba sahaja menangis.

"Eee mummy dengan daddy ni jahat tau!!" Hidung yang sudah tersumbat itu dihembus menggunakan tisu yang diberi oleh Eliya dibelakang. Cekap betul Eliya, tahu apa yang perlu dibuat dalam situasi begini.

"Eh apa pulak jahat? Daddy sanggup cancel meeting untuk Neera tahu?" Balas Dato' Jamri dengan senyuman sebagai tanda dia tak tipu dia harus batalkan mesyuarat penting hari ini hanya kerana mahu menyambut kepulangan anak bongsunya.

"Jahatlah sebab Neera ingat mummy and daddy dah lupa Neera balik harini." Lantas air mata yang ditahan tadi gugur semula. Pelukan mereka satu keluarga bersatu semula.

"Mana mungkin kitaorang lupa hari penting ni sayang..." Ucap Datin Fadilah. Tangan kirinya mengosok-gosok belakang badan Neera yang berlapik sweater yang tidak tebal mana.

Pelukan direnggangkan. Mata mengelilingi satu kawasan KLIA. Baru dia tersedar sesuatu.

"Abang Rais mana mummy?" Mata masih menilik satu persatu sudut di KLIA itu tetapi masih tiada bayang abangnya.

Cinta Ramadan Where stories live. Discover now