"Mummy daddy, Neera keluar dengan Liya dengan Syu dulu tau! Bye!" Kasut tumit tinggi berjenama ysl menjadi pilihannya hari ini. Kasut itu dipakai lalu dikemaskan sebelum mengambil kunci kereta di dalam beg tangannya.
'Klik klik'
Bunyi kunci pintu kereta itu dibuka, kaki membawa langkah ke arah kereta Porsche miliknya yang sudah lama dia tinggalkan di Malaysia. Oh Milka! Ya dia memberi nama keretanya, Milka. Pelikkan? Biarlah dunia dia.
Belum sempat mahu membuka pintu kereta, Datin Fadilah sudah menjerit memanggil Neera. "Neera nak pergi mana waktu-waktu macam ini?! Sekarang ini dah masuk waktu maghrib. Kalau iya pun solatlah dulu."
"Cuti!" Seraya itu pintu milik pemandu dibuka dan terus memasuki ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan, tidak sampai beberapa minit kereta Porsche berwarna cream itu dipandu keluar melepasi pintu pagar utama.
Datin Fadilah hanya mampu menggeleng. Haih anak dara yang seorang ini.
Punat open roof ditekan, kini bumbung Porsche miliknya terbuka secara automatik. Dapatlah dia rasai permandangan sewaktu senja sambil rambutnya berterbangan melepasi angin yang sangat sejuk. Sebelum dia keluar tadi hujan baru berhenti. Jadi tidak peliklah jika suhu sekarang ini lebih rendah dari yang biasa.
Sekarang dia on the way ke rumah Eliya. Minah ni memang, orang suruh hantar kereta pergi bengkel taknak. Katanya boleh dia tumpang Milkanya ini setiap masa. Dulu tidak boleh sebab dulu masih di Sydney, sekarang ini dia mengambil kesempatan ke atas Neera pula. Dia ingat aku ni balik KL untuk jadi driver tak bergaji dia ke? Nasib kawan.
Rumahnya dengan rumah Eliya tidaklah jauh dan tidaklah dekat mana. Perlu juga melepasi beberapa traffic lights. Pada waktu macam ini pun boleh jem, tetapi tidak pelik sebab sekarang waktu orang balik kerja. Dalam dia menunggu lampu isyarat untuk bertukar warna. Sempat dia Bluetooth lagu daripada telefon ke keretanya. Lagu bertajuk 'You don't own me feat g-eazy' dipasang. Pembesar suara dikuatkan sedikit.
"To say and do whatever I please." Kini bahagian kegemarannya sudah tiba. Memang sempat dia buat satu konsert tengah jalan ni.
"You don't own me." Suara Neera kini makin tinggi.
"Oh, no... oh... no... no!"
Neera menyanyi sakan tanpa dia sedari ada yang memerhati dia daripada tadi. Yang naik motosikal jangan cakaplah.
Argh tidak kisahlah siapa mahu tengok pun! Yang penting dia gembira.
"Woi boleh senyap tak?" Tempik seorang lelaki yang berhenti disebelahnya.
Neera yang dari tadi hanya dalam dunianya sendiri tersedar dari mimpi seakan dia seorang penyanyi nombor 1. Ish, kacaulah! Neera memusing kepala ke sebelah kiri untuk melihat siapa yang berani kacau dia di pertengahan konsert nya tadi. Dengan riak wajah yang menyampah Neera hanya bertanya. "Apahal?"
"Apahal kau tanya? Eh, engkau menyalak dari tadi macam orang gila. Kena histeria ke? Kalau ya aku boleh panggil ustaz sekarang jugak." Sempat lelaki itu menyidir.
Neera mengetap bibir. Eh mamat ni kalau nak tegur sekalipun tidak perlu kut sampai menyidir dia begitu. "Eh saya tahulah suara saya ni sedap! Awak tak perlulah sindir saya macam tu."
Kening lelaki itu terjongket sedikit. "Sedap? Macam suara Shrek aje." Balas lelaki itu sambil ketawa seakan mengejek.
Mata dipejam menahan geram. Tangan Neera menggenggam kuat stereng kereta. Dia panggil aku Shrek? "Eleh memang suara awak tu macam suara Cakra Khan pun. Entah-entah lagi teruk!"
"Tapi lagi better dari kaulah."
"Awak ni dah kenapa? Saya tak kacau orang pun kan?!"
"Kacau. Sekarang ni tutup mulut kau, slowkan volume. Kalau nak bukak kuat-kuat jugak, pergi masuk gua. Nak suruh tutup bumbung, tapi kereta kau tak ada bumbung pulak. Bayar separuh ajeke?" Sindir lelaki itu lagi. Puas hatinya! Dia buka tingkap kereta untuk mendapatkan angin malam. Malah bukan sahaja angin malam dia dapat, penyakit telinga bernanah pun dia dapat sekali. Pakej.