Bab 3

34 4 0
                                    

"Eish geram betul!" Beg silang di bahu dicampak ke atas katil sebelum dia merebahkan badannya. Kaki menendang angin bagaikan menendang sesuatu di depannya.

Perasaanya sekarang ini. Geram!

"Berani betul mamat tu downgrade kan aku? Dahlah pakai cermin mata hitam, siapa pulak yang pakai cermin mata hitam waktu-waktu macam tu? Takut aku judge muka dia latu. Mesti tak hensem, entah-entah mata dia mata panda yang gelap gila tu!" Bebel Neera sendiri. Tak tahulah kenapa dia marah sangat, padahal lelaki itu tiadalah menghina dia teruk mana pun.

Mungkin sebab lelaki itu memakai cermin mata hitam, jadi dia tidak dapat cam 100% wajah lelaki itu.

"Eh tapi kenapa aku kisah pasal tu ek?" Neera menyoal diri sendiri. Pernah aje orang yang tidak suka pada dirinya ini berkata begitu kepadanya. Tetapi kali ini rasa lain sedikit.

Sedikit ajela.

Jam di pergelangan tangan dibuka, subang yang dipakai pun turut dicabut, lalu Neera bangun daripada baringnya ke posisi berdiri sebelum berjalan menghampiri meja solek.

Sudah pukul 3 pagi, dia memang baru balik. Itupun sebab meraikan hari jadi kawannya sahaja. Tak salah kan?

Sebelum tidur dia harus membuang solekan di muka dulu. Rosak pula mukanya nanti, tiada siapa mahu. Micellar water dicapai sebelum dituangkan sedikit ke atas kapas, lalu disapukan ke muka secara perlahan-lahan.

Selesai sahaja membuang solekan dimuka, terus dia pergi ke langkah seterusnya iaitu mencuci muka dan skincare routine yang wajib setiap hari dia lakukan.

Selepas itu baru boleh tidur dengan aman!

Baru sahaja dia mahu melelapkan mata, fikirannya pergi jauh sewaktu dia bergaduh dengan seorang lelaki yang menegurnya sewaktu dia dalam perjalanan ke rumah Eliya. Tunggu kau, aku cari!

Adu tak sengaja terfikir lagi sebenarnya. Tapi tak mengapa, daripada dia sendiri terus sakit hati, baik dia buat fake scenario dia memukul lelaki itu sampai lebam.

Okay kena-kena!

•••

"Eee taknak!! Awaklah, awak kata ada ikan kan, saya taknak!" Jerit Neera, manakala lelaki dibelakangnya masih memaksanya untuk terjun bersama.

"Alah dia tak gigit pun laa, jom." Ajak lelaki itu lagi. Telapak tangan Neera digenggam kuat sebelum mendekati sungai berdekatan mereka. Mandi sungai waktu-waktu begini seronok juga.

"Saya cakap taknak, taknaklah!! Janganlah paksa, saya tak suka!!" Tangan lelaki yang menggenggam tangannya itu cuba ditepis, namun gagal. Kudrat dia ini tidak kuat berbanding lelaki di hadapannya ini

"Lumpur lah kat sana, kotorlah saya!!" Tempik Neera lagi. Sungguh dia tak suka tempat-tempat yang begini jika tanpa relanya.

"Nanti masuk air hilang juga." Balas lelaki itu selamba.

"Awak ni suka paksa saya kenapa?"

"Biarlah." Tidak lama kemudian mereka sudah berada di sisi aliran sungai. Tinggal terjun sahaja. "Cepat aku kira satu dua tiga, kita terjun."

"Tak nak!"

"Nak."

"No!"

"Yes"

"j'ai dit non! ( i said no.)" Hah padan muka! Kan dah terkeluar bahasa yang dia belajar sewaktu mengambil Bahasa Perancis sebagai bahasa tambahan di sekolahnya dahulu.

"I said yes."

"Eh? Awak paham? Saya.. Argh!!"

'Kring kring, kring kring'

Cinta Ramadan Where stories live. Discover now