'Ding dong'
Bunyi pintu kedai apabila seseorang masuk ke dalam atau ke luar dari kedai menyapa gegendang telinga.
Akhirnya selepas 15 minit, muncul pun kelibat seorang Eliya Farhana.
"Sorry wei, aku tak sengaja! Kau dah lama ke?" Tanya Eliya. Tengok muka Eliya sekarang ni macam nak di cakar-cakar aje. Dengan bulu mata palsu. Lentik. Aku ni pakai mascara aje. Rambut pun ikat diikat low bun tahu?
Soalan Eliya dihiraukan, malah muka beku ditayangkan. Lalu dia hanya menoleh pandangannya ke tepi.
"Wei sorryla, aku serius tak sengaja." Pinta Eliya lagi. Ya dia tahu dia salah, rumah dia dekat, rumah Neera jauh. Tetapi dia yang lambat. Neera bukan sejenis suka orang yang lambat bila sudah berjanji. Mulalah merajuk dan perlu memberi 1001 alasan kenapa lambat. Aduh macam mana ya?
Kerusi yang berada berhadapan Neera ditarik lalu Eliya melabuh duduk di atasnya sebelum tangan Neera diraih lembut. Digosok belakang tangan Neera menggunakan ibu jari secara perlahan. "Aku belanja kau Red Velvet Cheesecake nak?"
Pandangan Neera yang memandang tempat lain dari tadi dipusingkan menghadap Eliya. Pandangan tajam diberikan. "Yelah."
Tiada masa dia mahu merajuk lama-lama, dah orang nak belanja tu iyakan ajela. Nanti tak jadi melepas pula.
"Yay! Kan senang gitu! Jap aku pergi order." Baru saja Eliya mahu bangun dari tempat duduk untuk ke kaunter, Neera menahannya dahulu.
"It's okay. Biar aku order. Meh card kau." Tangan dihulur ke arah Eliya sebelum dia bangun daripada duduknya.
"Amboi kau. Pantang bila aku cakap aku nak belanja. Nah!" Kad bank yang baru sahaja dikeluarkan daripada beg dompet diletakkan atas tapak tangan Neera. Seraya itu Neera hanya meninggalkan Eliya seorang diri. Eh dia tidak cakap pun dia mahu apa.
Lantaklah, mesti nanti Neera tolong belikan. Dia percaya dengan Neera. Citarasa mereka lebih kurang sama sahaja.
Sampai sahaja di kaunter mata Neera menjadi tidak tentu hala. Pelbagai jenis pencuci mulut yang ada dalam kaca, diletakkan di bahagian kaunter agar senang pelanggan melihat apa yang kedai ini sediakan. Salah satu teknik untuk menarik perhatian pelanggan.
Semuanya nampak sedap dan masih penuh dalam pinggan seperti baru diisi kecuali... Red Velvet Cheesecake yang Eliya katakan mahu belanja itu. Ada satu potong sahaja lagi?! Laku keras nampaknya favourite keknya. Tak boleh jadi ni! Kena pesan sekarang jugak sebelum ada yang memesannya dahulu.
"Urm bagi saya satu Red Velvet Cheesecake."
"One Red Velvet Cheesecake."
Serentak suara itu bergabung.
Pandangan Neera terangkat sedikit milihat seseorang yang berdiri disebelahnya ini. Eh aku pesan Red Velvet Cheesecake, kau nak pesan jugak. Tampar kang, tadi taknak!
"Excuse me, Sir. I yang datang sini dulu and berdiri dekat sini dari tadi. I yang order dulu." Neera cuma mahu menegakkan kebenaran, sebab memang dia yang beratur di sini dulu. Kalau nak beratur belakanglah!
"I know. But dari tadi kau berdiri sini tapi tak order-order jadi aku pesanlah dulu. Salah ke?" Soal lelaki itu dalam nada yang agak sombong. Dengan gaya tangan diseluk ke dalam poket ala-ala macho.
"Eh salahlah sebab saya beratur dulu! Whatever. Now excuse me, saya yang order dulu cake ni." Malas dia hendak layan lelaki makan tiang ni. Cepat-cepat dia mengambil alih perhatian pelayan di kaunter itu. Dia pun teragak-agak mahu angguk atau geleng.
"Saya yang beratur sini dulu." Sambung Neera lagi. Pekat perkataan saya dituturkan kali ini. Ya saya, saya yang beratur dulu!
"Urm..." Pelayan itu hanya menggaru kepala, tidak tahu mahu membalas apa. Sesuasana yang agak hening dirasakan.