BLURB

1K 81 17
                                    

"Pendosa macam aku... tak layak nak bagi didikan agama dekat anak-anak dalam madrasah ni. Kau, abi dengan pengajar-pengajar kat madrasah ni lebih tinggi ilmunya." - TAUFIQ HANZALAH

Peluang kedua telah melahirkan Hanzalah yang sentiasa menyerahkan jiwa dan raganya kepada Sang Pencipta.  Dek terhukum dengan noda silam juga, Hanzalah merasakan pendosa  sepertinya tak layak mendidik anak-anak remaja tentang ilmu agama.

"Orang muda macam kita ni sepatutnya kena enjoy dulu dengan hidup kita. Kalau dah tua macam daddy, barulah kita belajar macam mana nak jadi orang Islam." - HIDAYAH HAYLA

Statusnya sebagai model terkenal di kota metropolitan menjadikan Hayla seorang yang berfikiran bebas. Baginya, kebebasan itu hak setiap individu. Puas diberikan tazkirah oleh si ayah, Hayla tetap dengan hatinya yang teguh dengan keasyikan duniawi.

Permintaan terakhir daripada Datuk Sulaiman yang menghidap penyakit mematikan telah menghubungkan dua manusia dari dua dunia yang berbeza...

"Hanzalah... tolong pak cik. Nikahi Hayla. Jadikan Hayla isteri kau. Jaga Hayla seperti kau jaga nyawa kau sendiri... bimbing Hayla tentang Islam." - DATUK SULAIMAN

Sungguh, permintaan si ayah membuatkan Hayla merasakan Taufiq Hanzalah pemusnah kebahagiaannya bersama Marzuki! Semakin dia membantah, semakin kuat Datuk Sulaiman mendesaknya untuk berkahwin dengan Hanzalah! 

"Sampai mati pun aku merana hidup dengan kau! Aku bencikan kau, Hanzalah!" - HIDAYAH HAYLA

Dek terhutang budi dengan Datuk Sulaiman yang telah menyelamatkan Madrasah Ubadah daripada ditutup, Hanzalah sudi memperisteri Hayla meskipun hanya kebencian yang dilontarkan oleh isterinya. Nawaitu kerana Allah, Hanzalah menikahi Hayla tanpa cinta.

"Daripada awak berendam dalam api neraka sebab tak nak solat nanti, biar saya yang rendam isteri saya dalam bath tub dulu." - TAUFIQ HANZALAH

Di saat Hayla punya 1001 cara untuk membuatkan Hanzalah undur diri, Hanzalah juga punya rentaknya sendiri untuk membimbing si isteri menuju keredaan Allah. 

TAUFIQ HANZALAH: PENDOSA TANPA NOKTAH (EBOOK)Where stories live. Discover now