PROLOG

23 3 1
                                    


ERYNA memandang orang orang yang berada dihadapanya waktu itu.
Entah kenapa rasa berdebar debar semakin menjadi jadi.
Bibir yang kelihatan sedikit lembab itu diketap.
Tumpuan matanya berhenti pada satu wajah yang membuatkannya tenang.
Entah kenapa.
Dia berdehem perlahan sebelum memulakan bicara.

"Nama saya Eryna izzati, boleh panggil saya Eryna,"
Ringkas saja dia memperkenalkan diri. Fikiranya buntu.
Apa yang hendak dia beritahu,
Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu.

Nak kata dah lama dia tidak memperkenalkan diri, tak juga rasanya,
Tapi, sudah memang sifatnya begitu
Susah betul hendak mengeluarkan bicara dan berbual ketika dia menjadi tumpuan semua orang. Kekok dan pemalu itulah seketul Eryna, hanya orang terdekat sahaja yang faham perangai gadis ini

"Itu sahaja ke Eryna?"
Pengecara program, encik hafiz, tiba tiba bangun dari duduknya.
Tersenyum saja bibir lelaki itu semenjak mereka masuk ke dalam dewan
Untuk sesi suai kenal.

Eryna mengangguk sekali memandang sekelilingnya

"Okey. Dibuka untuk soalan. Tiga soalan sahaja."
Seorang lelaki yang duduk bertentangan dengan Eryna mengangkat tangan,
Membuatkan bukan sahaja Eryna, tapi lebih daripada 13 pasang mata, semua tertumpu kepadanya.

"Tahun berapa? Kos apa?

"Eh, itu dah jadi dua soalan. Pengacara bersuara membuatkan orang lain mengiakan.

Lelaki itu tersenyum menampakan lesung pipi kirinya,
"Kira satulah encik Hafiz."
Lelaki itu bersuara

Encik Hafiz mengangguk. Mata terus memandang ke arah Eryna

"Tahun satu. Kos dentistry."
Dengan tenang Eryna menjawab soalan,

Tiba tiba ada seorang gadis mengangkat tangan
"Saya nak tanya, Dah berpunya ke belum?."

Merah padam muka Eryna, nak jawab ke tak
Soalan pun , time ni lah nak tanya, omel eryna dalam hati

"Eryna ada jawapan ke tidak" tanya encik hafiz
Membuatkan orang yang berbisik bisik senyap seketika

Eryna mengerling ke arah lelaki pertama yang bertanya kepadanya tadi.
Seakan akan masih hendak mencari sedikit kekuatan untuk menjawab berberapa soalan lagi

"Dah ada yang punya "
Spontan ayat itu keluar dari mulutnya.
Izz yang dilantai bersebelahan dengan tempat Eryna berdiri pantas
Mengangkat muka.
Dahinya berkerut sedikit. Sejak bila? Desis hatinya. Seketika dia tersenyum pula. Nak main mainlah tu. Takut sangat orang nak mengurat dia,
Tahulah cantik,
Ni kalau aku menyampuk bagitahu dia single maunya satu bandar berebut nak meminang HAHAHA!

"Okay ada soalan lagi.?" Encik hafiz membuka lagi soalanya

"Tak ada dah kut"
Kedengaran satu suara menjawab

"Kalau tak ada, Eryna boleh duduk.

Giliran berubah. Eryna melabuhkan punggungnya , manakala izz pula yang bangun







DANIAL tersenyum memandang orang yang sedang memperkenalkan diri.
Entah kenapa matanya seakan akan tergam untuk memandang tempat yang sama.
Tempat yang sama? Yaa, pada wajah yang kelihatan ke merah merahan itu
Walaupun mereka sedang duduk di bilik penghawa dingin. Dia boleh lihat wajah itu bertukar riak ketika ditanya, sama ada dirinya sudah berpunya atau belum, tidak mungkinlah gadis secantik itu tidak mempunyai kekasih hati ,

Nampaknya nasib tidak menyebelahi dirinya,
Orang yang mampu menarik perhatianya semenjak mereka dalam bas untuk kesitu lagi rupanya sudah berpunya. Tapi tak salah jika dia menaruh perasaan . Asalkan dia tidak mengganggunya. Itu sudah cukup.

"Oi danial, giliran kau lah."

"Ohh haaa, pantas dia bangun, terperanjat dengan sergahan rakan yang duduk sebelahnya, mana tidaknya asyik berangan dari tadi.

Ketika memperkenalkan diri, matanya tidak ke tempat lain, melainkan pada wajah orang yang duduk bertentangan denganya itu. Walaupun gadis itu sedari tadi sudah menundukan wajah ketika mata mereka bertembung

"Saya Danial ukasyah. Panggil Danial, tahun tiga, sains forensik, masih tidak berpunya." Sengaja dia terus memberi kenyataan itu, supaya sekawan perempuan yang berada selang berapa orang daripadanya tidak bertanya benda yang sama.







Be My wife ( SLOW UPDATE )Where stories live. Discover now