bab 4

8 2 0
                                    

Senyap

"Hello...eryna?" Tegur Aaiyan di hujung talian.

Eryna mengetap bibir bawahnya , dia menyesal memberi nombor telefonnya kepada lelaki itu. Disebabkan lelaki kacukan ini selalu mengekorinya di kelantan kononnya amanah ayah untuk dia jaga eryna , sempat lelaki ini minta nombor telefon.. mahu tak mahu dia ikutkan saja kerana rimas asyik diekori , selagi tidak bagi selagi tu dia ikut.
Menyesal? Menyesal sebab tak bagi nombor palsu

"Ya. Kenapa call ni?" Eryna buat muka tidak senang walaupun dia tahu lelaki itu tidak dapat melihatnya,

"Saya nak ajak awak keluar boleh? Awak ada masa?" Terus Aaiyan bertanya

Eryna tercengang seketika dengan pelawaan itu. tidak ada seorang lelaki pun yang mengajak dia keluar bersama. Tambahan lagi lelaki yang baru dia kenal berberapa hari lepas.
Dia sendiri tidak tahu kenapa lelaki ini boleh suka suka hendak mengajak dia keluar sedangkan dia dan lelaki itu bukan ada hubungan apa apa.
Lelaki itu ingat . Ibu dan ayah akan benarkan dia keluar dengan mana mana lelaki begitu saja. Jangan harap!

"Ermmmm......saya kena tanya ibu dan ayah dulu." Eryna sengaja bagi alasan dan dia harap lelaki itu faham maksud yang dia tidak mahu keluar.

"Baru tadi saya singgah tempat kerja ibu awak sebab bawa mummy pergi sana. Saya dah cakap dengan ibu , ibu bagi je, sebabtu saya tanya awak ada masa tak?"

Eryna pelik. Bagaimana pula ibu boleh membenarkan dia keluar bersama lelaki semudah itu. Apa yang sebenarnya dirancang oleh ibu dan lelaki itu.
Bisik eryna dalam hati

"Say...saya dekat rumah sekarang ni, tak ada transport nak keluar macam mana?" Semakin pandai dia putar belit untuk membuat alasan
Supaya lelaki itu faham. Lagipun sekejap lagi dia dan kakaknya akan keluar hantar bekal untuk ibu
Eryna jenguk melihat kakaknya didapur. Yang dari tadi sudah senyap dari membebel. Barangkali dia asyik membalas mesej dari kekasihnya mungkin

"Saya boleh ambil awak dekat rumah." Jawab Aaiyan selamba

Dah kenapa mamat ni , sungguh sungguh nak ajak aku keluar sama
Eryna memejam matanya rapat . Sebelum dia membalas kata kata Aaiyan
"Nantilah. Sekejap saya kena tanya ibu sekali lagi . Nanti apa apa saya bagitahu awak."

"Okeylah kalau macamtu , saya tunggu . Kalau awak rasa taknak keluar dengan saya pun tak apa. Apa pun. tak boleh ke boleh ke, bagitahu saya." Jawab Aaiyan langsung tiada nada hampa

Eryna anggap saja Yang lelaki itu akan terima apa jua jawapannya, yang penting dia tidak mahu.

"Yalah.bye assalamualaikum." Talian terus dimatikan tak semena mena jantungnya berdegup kencang. Macam ada sesuatu yang tak kena.

Baru berberapa ketika dia meletakan telefon bimbitnya itu, ia berbunyi lagi
Kali ini pesanan ringkas pula, aik! Lajunya aku tak sempat nak berfikir pun.
Eryna membentak dalam hati.
Telefon bimbitnya diambil lagi dan ditekan, ohhh.. diana rupanya mesej dibuka


~Diana~

Eryna, diana ni. Kau balik cuti kan, Free tak? Jom lepak?

~Eryna~

Siapa lagi yang join?

~Diana~

Budak budak kita je. Yang enam orang tu. Tak ada siapa sangat pun
Nak tak? Ada story pasal elden ni.

Mereka berbalas mesej dan eryna tidak tahu apa jawapan yang perlu dia berikan ketika nama elden dibangkitkan. Masakan dia lupa lelaki yang pernah dia cinta. Bukan mudah untuk dia buang jauh perasaan pada cinta pertamanya itu.tapi ada rasa takut bersarang dalam benaknya ketika itu.
Dia takut jika berita yang bakal dia terima nanti adalah berita perkahwinan elden.atau apa sahaja perkara yang dia tidak mahu dengar.
Dia masih tidak sedia untuk menerima berita berita itu

Perihal pinangan yang dihantar oleh keluarga Aaiyan, ikut menjadi salah satu  perkara yang buat fikiranya semakin serabut..

"Eryna. Apa hal kau ni? Yang kau tenung phone kau dari tadi tu kenapa? Aku suruh kau kemas tadi kan?" Marah ellysha. Tangannya pantas sahaja mengetuk kepala adiknya menggunakan penyapu bulu ayam.

Eryna mengelupur kecil, membentak dengan kelakuan kakaknya.
Boleh pula dia mainkan kepala orang. Dengan bulu ayam yang dah berhabuk tu. Habislah rosak rambut aku perempuan ni kerjakan .Eryna membebel dalam hati. Dia bangun dari duduknya

"Kau ni. Kotorlah main dengan benda ni." Bulu ayam dirampas dari tangan kakaknya
"Aku nak kemaslah ni." Sungut eryna dengan muncung panjang.

"Bersungut buat kerja pemalas." Bebel ellysha pula

Eryna menjelirkan lidah, telefon bimbitnya ditinggal seketika. Malas hendak membalas mesej dari rakan baiknya itu sementara dia berkemas

"Nak keluar dengan diana, atau nak keluar dengan mamat kacuk tu?
Tak keluar dengan diana nanti tak tahu pasal elden, kalau tak keluar dengan mamat kacuk tu, aku tak dapat apa apa pun. Keluar ke tak?"  Terkumat kamit mulut eryna seakan akan orang membaca mentera.
Masih lagi berkira kira apa yang patut dia buat.

Arghh!! Panas otak aku dari semalam tak berhenti berfikir.
Senang tak payah ikut diana, keluar dengan mamat kacuk tu jelah settle
Sekurang nya boleh aku korek sikit apa pasal mummy dia nak jodoh jodohkan dia dengan aku.

"Kak elly.. aku nak ikut kau keluar."

"Cepat sikit siap. Kau tu bersiap dahla lambat." Balas ellysha

Sepantas kilat segala kerja rumah diselesaikan, nanti bila sudah keluar awal petang pun , entah bila dia balik ingin mengemas rumah semula.




"Eryna! Kau nak ikut aku ke tak ni." Nak terkeluar biji mata ellysha menjenggil bila melihat eryna masih melepak depan televisyen sambil makan ikan goreng.

"Yelah ni." Gumam eryna sebelum masuk ke bilik untuk mencari baju sebelum mandi.

"Yelah yelah." Ellysha mengajuk ayat yang selalu keluar dari mulut adiknya. Yelah dia saja yang lebih, gerak nya tidak. Mana lah orang tak geram dengan dia.

"Kakak. Kau ada baju yang cantik cantik kan? Pinjam." Pinta eryna sambil melekat pada pintu bilik ellysha,
Dengan kak elly kalau nak minta apa apa kena bodek dulu, manja manja sikit baru dapat

"Cari sendiri boleh?" Ellysha malas hendak melayan . Makin lama melayan makin menjadi jadi pula lambat.
Eryna pantas membelek setiap pakaian yang ada dan sesuai walaupun dia berasa sangsi dengan perangai kakaknya hari ini, macam ada sesuatu yang tak kena.









Be My wife ( SLOW UPDATE )Where stories live. Discover now