bab 1

15 3 0
                                    

Satu persatu. Apa yang ada di dalam buku di hadapan matanya cuba ditanamkan dalam ingatan . Sedang asyik dia menelaah.
Bunyi alunan muzik sedikit mengganggu tumpuanya.

Mana pula aku letak talifon ni? Bisik hati eryna sambil tangan halusnya menyelongkar bag tangannya. Laci . Celah buku . Seterusnya bawah bantal
Selepas alunan muzik itu berhenti barulah dia menemui talifon pintar nya
Screen talifon ditatap seketika.
Nama ibu tertera di situ. Bibir merahnya tersenyum, sungguh dia rindukan ibu , sekian lama tidak bersua muka Dengar suara sahaja tidak cukup.

"Assalamualaikum ibu." Semakin lebar senyuman dibibirnya.

"Waalaikumussalam. Haa Eryna kenapa tak angkat call ibu tadi. Ibu call lagi sekali baru kamu angkat?" Laju saja mulut puan mazlin bertanya

"Eryn cari talifon tadi bu , tak ingat letak dekat mana. Kenapa ibu?"
Dia bangun dari kerusi kemudian punggungnya dilabuhkan atas katil
Seketika dia mengerling ke arah rakanya yang sedang fokus melakukan kerja masing masing

"Tak ada apa. Ibu saja call eryn. Eryn ada jumpa dengan anak kawan ibu?"
Begitulah kebiasaanya telefon untuk bertanya khabar anaknya yang berada di kejauhan.

"Anak kawan ibu yang mana satu ni bu?" Eryna mengerutkan dahinya sebuk fikirkan siapa yang dimaksudkan ibu.

"Alahhh anak kawan ibu, yang ibu cerita dulu tu, anak kawan ibu tulahhhh."

Tersengih eryna dengan perangai ibunya yang sorang ni,
"Manalah eryn nak jumpa bu. Eryn kenal pun tidak, entah pernah jumpa ke tidak sebelum ni." Alasan cuba dicipta untu menjaga hati ibu

"Eryn jumpalah dia, kenal kenalan, ibu teringin nak bermenantu."

Eryna berdehem kecil, kalau tengah minum ni maunya tersembur satu bilik,
"Eryn belum habis belajar lagilah ibu," takkanlah nak suruh eryn berkahwin pula. Namun hanya sekadar terluah dari benaknya. Bukan nya apa . Di dalam biliknya ini bukan hanya dia sahaja. Buatnya rakanya yang lain dengar apa pula mereka kata. Tak pasal pasal jadi cerita lain pula malam tu.

Lusa dah mula cuti. Tapi tidak lama
Dapatlah luangkan masa sekejap dengan ibu , lepaskan rindu lah katakan











seminggu berlalu

"Makcik mazlin" dengan lembut Aaiyan menyambut huluran tangan tua milik wanita itu,

"Ehh Aaiyan kamu nak balik juga ke.?" Tanya puan mazlin selepas bersalaman dengan Aaiyan ,

"A'ahh , Aaiyan cuti sekejap je, esok dah kena balik office, lepastu dah kena outstation dekat kelantan.
Sekilas Aaiyan mencuri pandang wajah cantik milik Eryna

"Ohh dekat jelah dengan eryna, boleh lah kamu tengok tengok kan anak pakcik ni." Sampuk encik adnan

Eryna hanya berdiri kaku. ekk pun tidak okkk pun tidak,
Dengan selamba eryna membelek tiang rumahnya
Macamlah kelantan tu kecil , ingat senang ke nak jumpa. Bisik eryna dalam hati

"In sya allah pakcik , mommy ada cerita yang eryna nak balik sana petang ni kan."
Mata hitam pekat Aaiyan tidak lepas memandang wajah eryna
Eryna yang perasan ketika mata mereka bertembung , terus melarikan matanya ke tempat lain ,

Eryna dapat rasa inilah lelaki yang ibu cerita berapa hari yang lepas,
Kata ibu. Lelaki ini satu kelas dengan kakaknya sewaktu di tingkatan lima.
Selebihnya dia malas hendak ambil tahu .

"Yalah, petang ni makcik nak hantar eryna, dia naik bas dah petang ni. Makcik nak kena tunggu
Selagi dia tak naik selagi tu dia tak bagi makcik balik,"
Sakat makcik mazlin

Eryna hanya pasang telinga. Ibunya macam tak tahu yang dia takut dengan orang ramai.
Buat kata dia ditinggal bas ke. Salah bas ke , tak adelah dia takut bersendirian.

Aaiyan tergelak kecil hingga menampakan gigi putihnya yang tersusun rapi
Eryna hanya mengerling sekilas
Sekali pandang memang kacak , dengan rupa yang sempurna macamni mesti ramai yang tergoda,
Wanita pula keliling pinggang?
Ohh no! Minta dijauhkan, bebel eryna dalam hati

" Aaiyan pergi dululah pakcik , makcik."

Ketika Aaiyan mendekati encik adnan dan menghulur tangan untuk bersalam
Membuatkan eryna terkulat kulat sendiri ditempatnya.
Sebenarnya bukan dia tidak mahu menghampiri .
Tapi entah kenapa ada rasa segan yang bertandang dalam benak.
Bukan dengan lelaki itu seorang sahaja yang dia segan.
Dengan mana mana lelaki pun dia segan.

"Cepatnya kamu nak balik Aaiyan, kamu sorang aje ke drive?"
Balas encik adnan, dia tidak puas berbual dengan lelaki muda itu

"Sorang aje pakcik. Dah biasa drive sorang,"

"Yalah. Kamu tolong tengok tengokan si eryn ni yaa"
Bisik encik adnan

Makcik mazlin hanya gelengkan kepala dengan perangai suaminya itu

"In sya allah pakcik."













Usai bersalaman dengan kedua orang tuanya eryna mengangkat beg kecilnya bersedia untuk bawa ke dalam bas,

"Eryna, kamu kenal kenalah dengan si Aaiyan tu, dia baik orangnya, ayah suka,"

Tiada respon dari eryna, eryna hanya membalas dengan senyuman sahaja,

"Nanti dah sampai call ibu,"
Eryna mengangguk sebelum naik ke atas bas

Saat saat ingin berjauhan dengan keluarga, saat itulah hatinya sebak entah kenapa. Padahal tak lama lagi dia akan balik lagi untuk cuti pertengahan semester pula.
Bayangan kedua orang tuanya perlahan menghilang,
Eryna mula betulkan kedudukan nya, selesa untuk menyandar

Tengah asyik mengelamun tiba tiba ada suara datang sergahnya dari tepi

Eryna izzati!

"Hello bu...." tanganya yang masih memegang talifon ditelinga kanan
Dipindahkan sebelah kiri.

"Apasal kau ni?" Izz mengerutkan dahi . Kurang faham dengan reaksi Eryna waktu itu ,

"Tak ada apa.. kejap..." eryna membetulkan duduknya,
"ibuu...." dia memanggil pula pada talifon

"Kau ni betul ke tak?" Sakat izz sambil menyinggul lengan Eryna
" Dari tadi kau pegang fon tu. Sampai aku datang ni pun kau tak perasan
Lepastu kau nak hello hello lagi. Entah entah tak call pun."

"Eryna melihat pula pada screen talifon nya,
"A'ahhh," terus dia menoleh ke arah izz

"Kau okay ke tak aku tanya ni?"

Dia mengeluh kecil, entah kenapa tiba tiba dia teringat kata kata ibunya.
Ibu nak sangat tengok dia kahwin, ibu takut ibu tak sempat,
Ayat ibunya buat dia takut, sampai sudah habis berbual pun masih lagi dia memikirkanya

"Ceritalah dengan aku." Izz bertanya lagi

Akhirnya eryna mengalah , dia bercerita juga dengan izz,
Cerita dari A to Z
Izz setia mendengar luahan kawan baiknya ini
Sesekali dia bertukar cerita dengan izz,
Selebihnya mereka sambung bercerita dekat luar













Be My wife ( SLOW UPDATE )Where stories live. Discover now